Jual Diri Untuk Bayar Hutang


Sehingga kelmarin, Aleksandr Kramarenko sudah menerima 200 bidaan, termasuk daripada lelaki.

Moscow: Selepas gagal memenuhi kontrak yang ditandatangani dengan Pich Shop - syarikat hadiah atas talian di sini - seorang lelaki berusia 21 tahun bersetuju untuk dilelong kepada wanita yang membuat bidaan tertinggi dan berkahwin dengannya selama setahun, sebagai cara untuk mengelak dia disaman.

Syarikat berkenaan minggu lalu mengiklankan tawaran untuk melelong Aleksandr Kramarenko, 21, yang dikatakan boleh dikahwini dengan jaminan setahun.

Iklan itu turut menyatakan usia, ketinggian, berat, lambang zodiak dan minat lelaki berkenaan.

Syarikat itu mempelawa wanita yang berusia tidak melebihi 35 tahun membida untuk meraih peluang menjadi isteri Kramarenko selama setahun. Bidaan minimum ditetapkan sebanyak 10,000 ruble (RM735).

Ketika dihubungi, Pich Shop dan Kramarenko mengesahkan kesahihan iklan berkenaan.

Kramarenko ditawar untuk dijual selepas ia berhutang sebanyak 3.12 juta ruble (RM228,000) kepada syarikat itu setelah gagal memenuhi kontrak menyediakan bahan untuk dicetak pada masa yang telah dipersetujui kedua-dua pihak.

Syarikat itu bercadang mengambil tindakan mahkamah untuk menyamannya tetapi pada masa sama menawarkan dia pilihan - dilelong dan berkahwin selama setahun dengan wanita yang membelinya.

Kramarenko yang terdesak bersetuju.

Sehingga kelmarin, Pich Shop yang bertindak demikian kerana mahu mempromosi syarikatnya, sudah menerima 200 bidaan, termasuk daripada lelaki.

Bagaimanapun, lelongan itu hanya dibuka kepada wanita tidak melebih 35 tahun.

Pemenang akan diumumkan sedikit masa lagi bersama-sama tarikh perkahwinan.


LIKE FACEBOOK PAGE KAMI UNTUK UPDATE LEBIH PANTAS

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Minyak Cap Kapak Berusia 80 Tahun

PENGASAS minyak angin Cap Kapak, Leung Yun Chee berhijrah dari China ke Singapura pada 1928 dalam usaha untuk mengubah hidupnya

Ketika tiba di Singapura, dia bertemu dengan pakar perubatan Jerman, Dr Schmeidler yang berkongsi dengannya resipi minyak ubatan yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit

Mendapat ilham dan inspirasi, dia terus memulakan penghasilan produk dan daripada situlah jenama Minyak Cap Kapak dilahirkan

Pun begitu, ketika awal perniagaannya, jenama itu masih tidak dikenali ramai pada awal 1930-an. Yun Chee terpaksa berhadapan dengan persaingan yang kuat daripada jenama China dan Hong Kong

Dengan semangat yang tinggi, Yun Chee nekad memasarkan produk dengan agresif. Dia mula mencipta logo bersama-sama dengan pasukan ilustrasi dan pereka grafik, yang mana kini telah menjadi antara logo ikonik bagi jenama itu

Bukan itu sahaja, Yun Chee turut mengedarkan risalah di seluruh Singapura dan membuahkan hasil dengan mencatatkan jualan yang tinggi

Namun, pada 1937 hingga 1945 ketika perang tercetus di seluruh dunia, banyak perniagaan berjuang untuk terus hidup. Banyak jenama yang tutup kerana tidak mampu bertahan

Tetapi berlainan pula dengan Yun Chee, dia menganggap perang itu merupakan peluang untuk berkembang. Jenama itu terus bersaing dengan jenama luar dan hasilnya, Minyak Cap Kapak menjadi jenama yang dikenali, sekali gus menjadi pemimpin dalam segmen itu sehingga hari ini

Pada 1950 hingga 1970, syarikat itu terus mengorak langkah dengan mengembangkan perniagaan sehingga ke Asia

Antara negara pertama yang diterokai adalah Arab Saudi selepas ia telah diguna pakai oleh jemaah ketika menunaikan haji

Pada 1971, Yun Chee telah meninggal dunia dan anaknya, Leong Heng Keng telah mengambil alih tugasnya dengan mengembangkan perniagaan

Adiknya Leong Mun Sum turut menyertai syarikat sebagai Pengarah Urusan pada 1986

Hari ini, dengan lima kilang bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP), Minyak Cap Kapak bangga menjadi peneraju jenama bagi minyak perubatan di Asia


LIKE FACEBOOK PAGE KAMI UNTUK UPDATE LEBIH PANTAS

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Sejarah Asal Aji-No-Moto Sejak 1909

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Ajinomoto Malaysia Berhad, Keiji Kaneko menunjukkan sebahagian produk Ajinomoto.

PROFESOR Kikunae Ikeda dari Universiti Imperial Tokyo menemui sejenis rasa yang tidak dapat dikenal pasti dan berbeza daripada empat rasa asas yang wujud dalam makanan sekitar 1908.

Beliau mengesan rasa tersebut dengan ketara ‘dashi’ (pati sup Jepun) yang diperbuat daripada kombu. Beliau mula mengkaji gentian kombu kering dan mendapati bahawa rasa tersebut datangnya daripada glutamat dan menamakan rasa tersebut sebagai umami.

Profesor Kikunae Ikeda kemudiannya menghasilkan bahan perasa baharu berdasarkan glutamat kerana beliau berpendapat rasa yang sedap menggalakkan penghadaman.

Beliau mempunyai visi untuk meningkatkan nutrisi penduduk di Jepun dan berjaya mengenal pasti glutamat yang dijumpai di dalam kombu merupakan sumber umami.

Bahan perasa umami atau monosodium glutamat (MSG) diperbuat daripada bahan mentah semula jadi seperti tebu dan ubi kayu. Nama dagang monosodium glutamat termasuklah Ajinomoto.

Ajinomoto dipasarkan di Jepun pada 1909 dan kini lebih 100 tahun di seluruh dunia. Ia memasuki pasaran Malaysia pada 1965, Ajinomoto (Malaysia) Berhad dan mempunyai lapan cawangan jualan di negara ini.

Ibu pejabat Ajinomoto terletak di Jalan Kuchai Lama dan turut mengeluarkan produk Seri Aji dan Tumix serta Aji-Shio Pepper.

Lebih membanggakan, jenama ini berjaya menembusi pasaran 130 negara dan beroperasi di 27 negara dan merupakan antara 10 produk antarabangsa terbaik.

Ajinomoto dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi melalui proses penapaian, proses sama yang digunakan membuat tapai, sos soya, cuka dan dadih.

Bahan-bahan semula jadi (ubi kayu dan tebu) melalui proses pencairan dan sakarifikasi. Proses ini adalah larutan kanji yang diekstrak daripada bahan-bahan mentah ditukar kepada larutan glukosa melalui tindak balas enzim.

Selepas proses penapaian, mikrob menukar glukosa kepada asid glutamik dan larutan MSG dihasilkan.

Apabila proses penapaian dilaksanakan, larutan MSG ditukar kepada bentuk hablur atau kristal dengan penyejatan air yang berlebihan dan dikeringkan dengan udara panas.

Selepas itu, pembungkusan dan pemeriksaan iaitu MSG dibungkus di bawah jenama Ajinomoto dan dipasarkan dengan kualiti yang diluluskan.




 

LIKE FACEBOOK PAGE KAMI UNTUK UPDATE LEBIH PANTAS

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>