5 Pen Termahal Dunia


Aurora Diamente Fountain Pen, Usd 1.47060juta. Diasaskan sejak tahun 1919, jenama Aurora merupakan perngeluar pen pertama di Itali. Dah boleh beli 18 rumah dah ni, siot jer pen ni. Pen ni bertahtahkan 30karat berlian De Beers dan badan dibuat dari platinum.


Mystery Masterpiece yang dihasilkan oleh Mont Blanc and Van Cleef & Arpels Limited Edition bernilai Usd 730 000. Kolobrasi 2 syarikat ni dengan 3 orang pakar desingner menghasilkan pen ni dengan 3 edisi iaitu emerald, sapphires dan rubies.


Caran d’Ache Gotica Pen dibuat dari 892 potongan berlian sebanyak 7.10 karat dan 72 emerald serta 72 rubie yang dinilai dengan Usd 406,453. Pen Gotica ini dibuat di China sempenan sambutan Ghotic art and architecture.


La Modernista Diamonds Pen di nilai dengan Usd 265,000. Pen ini pernah mencatat rekod pen termahal pada tahun 2001 dan di senaraikan di Guinness Book Of Records. Pen ni dibuat oleh sebuah syarikat yang berpengkalan di Switzerland,Caran D'ache. Pen ni berjaya dijual di sebuah lelongan.


Limited Edition Boheme Papillon Pen design sebagai tanda kagum dengan ciptaan semulajadi iaitu rama-rama dan pen ini di nilai pada harga Usd 230,410. Design dan ukiran yang cukup mengkagumkan dengan warna putih, kuning dan emas mawar bertahtahkan 1400 berlian dan sapphire.


<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Sejarah Ayat Kursi


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintan dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.


Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Kesatria Templar- Pejuang Kristian Perang Salib


Kesatria Templar atau Poor Fellow-Soldiers of Christ and of the Temple of Solomon (Latin: Pauperes commilitones Christi Templique Solomonici),

merupakan antara pertubuhan pasukan tentera dari Kristian Barat yang paling terkenal.[3] Pertubuhan ini bertahan selama dua kurun semasa Zaman Pertengahan. Ia ditubuhkan selepas Perang Salib Pertama yang berlaku pada tahun 1096, dengan tujuan asalnya untuk memastikan keselamatan penganut Kristian yang mengunjungi Jerusalem selepas penaklukannya.

Kesatria Templar secara rasmi disokong oleh Gereja Katolik Rom sekitar tahun 1129, dan menjadi pertubuhan kebajikan yang disukai di seluruh dunia Kristian hinggakan keahliannya dan kuasanya berkembang dengan pantas. Kesatria Templar memakai mantel putih dan salib yang berwarna merah. Mereka adalah di antara unit tempur yang memiliki kemahiran tinggi semasa perang-perang salib.[4] Ahli-ahli pasukan ini yang tidak berperang akan menguruskan infrastruktur ekonomi di seluruh dunia Kristian, memperkenalkan teknik-teknik kewangan seperti perbankan, dan membina banyak kubu di seluruh Mediterranean dan Tanah Suci.

Kejayaan Templar bergantung rapat dengan perang salib; apabila kehilangan Tanah Suci, sokongan terhadap pasukan ini mula pudar. Khabar-khabar angin berkenaan upacara-upacara rahsia membawa kepada ketidakpercayaan, sementara Raja Philip IV dari Perancis yang mempunyai banyak hutang dengan pasukan ini mula menekan Paus Clement V bagi mengambil tindakan ke atas Kesatria Templar. Pada tahun 1307, ramai anggota pasukan ini di Perancis telah ditahan, dan diseksa untuk memberi pengakuan palsu. Mereka kemudian dihukum bakar hidup-hidup. Pada tahun 1312, Paus Clement, di bawah tekanan berterusan daripada Raja Philip, telah membubarkan pasukan Kesatria Templar.

Semasa awal penubuhan kumpulan ini, mereka telah menjajah Baitulmuqadis dan menjadikan Masjidil Aqsa sebagai ibu pejabat mereka.
Memandangkan kuatnya kesatuan ini dalam tentera kristian, mereka berjaya mendapat mandat dari Pope Honorius II pada tahun 1128 untuk menjalankan kerja mereka samada untuk memerangi tentera Islam dan juga menyebarkan Kristian.

Malah pada tahun 1139, Pope Innocent II telah memberikan mandat bebas cukai kepada kumpulan ini dan juga kebebasan untuk mendirikan gereja mereka.

Ini menjadikan mereka amat berkuasa dan kaya raya, malah bagi penganut kristian yang mahu mengunjungi baitulmuqadis, mereka hanya perlu meletakkan deposit wang di gereja kestaria ini di eropah dan kemudian boleh di keluarkan di gereja mereka di baitulmuqadis

Kekuasaan mereka akhirnya menemui penghujung dimana pejuang islam seperti Sala al Din Ayyub berjaya menumpaskan tentera mereka (seperti yang di gambarkan di filem Kingdom of Heaven) pada tarikh 2 Okt 1187

Kegemilangan mereka mula menurun dan akhirnya pada 13 Oct 1307, seramai 5000 ahli kumpulan ini di tangkap atas tuduhan menyebarkan dakyah songsang kristian oleh Pope Clement V.

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>