Makhluk Halus Misteri - Hantu Jerangkung


1. Hantu Jerangkung adalah sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan menginiaya orang lain. Pemeliharaan makhluk halus seperti ini turut dikenali sebagai saka. Jerangkung bisanya dipelihara dengan tujuan membantu pemiliknya melindung diri atau bagi memusnahkan musuh. Jerangkung mampu merasuk mangsanya dan menjadikan mangsanya menderita.

2. Pemelihara Jerangkung biasanya akan membeli atau memuja untuk mendapatkan Jerangkung. Jerangkung yang dipelihara, dipercayai secara umum akan mematuhi perintah tuannya selagi ia dijaga dengan baik. Sekiranya gagal, Jerangkung akan menghisap darah ahli keluarga terdekat pemiliknya.

3. Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat bagi membela/memelihara Hantu Jerangkung ini adalah satu perbuatan syrik dalam agama Islam. Sekiranya tidak dijaga dengan baik, Jerangkung akan membinasakan ahli keluarga terdekat pemilik Jerangkung.

4. Sekiranya Jerangkung tidak lagi diperlukan, pemilik Jerangkung perlu mendapatkan tuan pengganti, atau menghantar Jerangkung itu balik ke tempat ia dibeli, atau ia perlu dibuang. Biasanya dihanyutkan dengan acak ke dalam sungai.​

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Kisah Bohong Dongeng Pari-Pari


SELAMA 65 tahun, ramai pihak termasuk penulis terkenal, Sir Arthur Conan Doyle, percaya bahawa pari-pari bukan sekadar makhluk fantasi yang wujud dalam kisah dongeng sebaliknya hidupan kenit yang mampu terbang itu diyakini benar-benar wujud di dunia ini.

Keyakinan itu bermula pada 1917 apabila seorang kanak-kanak perempuan, Frances Griffiths, 9, pulang ke rumahnya di Bradford, England dalam keadaan kasut dan sarung kakinya basah. Melihat keadaan itu, ibunya, Annie, mula berang lalu memarahi anaknya itu. Sudah berkali-kali dia melarang Frances bermain-main di Sungai Cottingley yang terletak berhampiran kediaman mereka tetapi anaknya itu tetap berdegil.

Apabila ditanya mengapa kanak-kanak itu suka bermain di tepi sungai berkenaan, Frances memberikan jawapan aneh yang amat mencabar logik akal.

“Saya ke sana untuk melihat pari-pari!” kata kanak-kanak itu. Sepupu Frances, Elsie Wright, 16, turut menyokong kata-kata itu dan mengakui bahawa pari-pari memang wujud di tepi sungai berkenaan.

Pada mulanya, Annie dan ibu saudara Frances, Polly Wright tidak percaya dengan alasan itu tetapi riak wajah mereka mula berubah selepas kanak-kanak itu menunjukkan gambar yang dirakam mereka.

Gambar itu benar-benar mengejutkan - tertera imej Frances berada di belakang sekumpulan pari-pari yang sedang menari di tepi sungai itu.

Dua tahun kemudian, Annie dan Polly menunjukkan gambar aneh itu kepada penceramah ajaran spiritual Theosophy, Edward Gardner. Lelaki itu turut terkejut melihat imej pari-pari berkenaan dan meminta negatif gambar dihantar kepadanya untuk dikaji lebih lanjut.

Di hadapan pakar fotografi, Harold Snelling, gambar itu sekali lagi dikaji dengan teliti dan selepas beberapa lama, pakar itu mengemukakan kesimpulan yang mengejutkan - gambar itu adalah asli dan imej pari-pari itu adalah imej hidup dan bergerak!
Gambar itu kemudian ditunjukkan kepada Conan Doyle yang juga ahli pergerakan spiritual yang percaya bahawa manusia dapat bercakap dengan roh seseorang yang mati menerusi perantaraan psikik. Doyle menjelaskan bahawa gambar itu adalah bukti bahawa terdapat ‘dunia lain’ di sebalik alam realiti ini.

Kisah bukti kewujudan pari-pari itu semakin menggemparkan ramai pihak apabila Doyle menyiarkan gambar berkenaan bersama artikel mengenai pari-pari yang ditulisnya dalam majalah The Strand.

Pada 1920, Gardner memujuk kanak-kanak itu merakamkan lebih banyak gambar pari-pari dan selepas beberapa minggu, lima gambar pari-pari berjaya dirakamkan Frances dan Elsie.

Setahun selepas itu, seorang ahli nujum terkenal, Geoffrey Hodson, dibawa ke Cottingley untuk mengesan sama ada kawasan itu benar-benar dihuni makhluk halus. Dia akhirnya mendakwa yang dia turut dapat melihat pari-pari itu sama seperti Frances dan Elsie.


Tahun demi tahun, kisah berkenaan terus diperdebatkan ramai pihak. Misteri gambar pari-pari itu akhirnya berlarutan selama 65 tahun dan dari kecil, dua kanak-kanak perempuan itu akhirnya dewasa dan tua.

Ketika Elsie berusia 81 tahun, dia sekali lagi ditemuramah wartawan majalah The Unexplained, Joe Cooper dan akhirnya, di hadapan lelaki itu, dia mengaku bahawa kelima-lima gambar itu adalah palsu.

Pari-pari itu hanyalah gambar yang dilukisnya mengikut lukisan dalam buku Princess Mary's Gift Book. Gambar itu kemudian digunting dan dilekatkan pada tumbuhan dengan menggunakan jarum supaya kelihatan berdiri. Selepas gambar berkenaan dirakamkan, dia dan Frances membuang semua bahan bukti pembohongan itu ke dalam sungai.

Selepas 65 tahun, pembohongan itu akhirnya terbongkar tetapi sesuatu yang menyedihkan adalah hakikat itu tidak diketahui Sir Arthur Conan Doyle yang meninggal dunia pada 1930. Lelaki itu mungkin percaya bahawa pari-pari adalah wujud sehingga ke akhir hayatnya.

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Artifak Puisi Cinta Tertua Di Dunia


Inilah surat cinta tertua di dunia yang dijumpai di lembah Niffer, 150 batu dari Baghdad, Iraq. Ia dikatakan ditulis pada sekitar tahun 2200SM.

Penemuan ini berdasarkan kajian arkeologi oleh Profesor Noah Kramer dari Philadelphia University pada tahun 1889. Pada awalnya ada kira-kira 70 ribu artifak yang berbahasa Sumeria yang tidak dapat diterjemahkan maksudnya. 58 tahun kemudian, dua orang ahli dalam bahasa Sumeria berjaya menterjemahkan maksud yang terkandung di artifak itu. Artifak tersebut kelihatan seperti kepingan batu yang terukir. Jika melihatnya, memang tidak dapat kita membacanya.

Surat dalam bentuk artifak itu ditulis oleh seorang pendita tinggi (High Priest) bangsa Sumeria bernama Inanna yang ditujukan kepada seorang Raja yang merupakan bakal suaminya. Sudah menjadi tradisi masyarakat Sumeria, si isteri akan menulis puisi cinta kepada suaminya di malam perkahwinannya.


Ini adalah terjemahan yang telah dilakukan oleh ahli bahasa Sumeria tersebut:

Bridegroom, dear to my heart,
Goodly is your beauty, honeysweet,
Lion, dear to my heart,
Goodly is your beauty, honeysweet.
You have captivated me,
Let me stand tremblingly before you.
Bridegroom, I would be taken by you to the bedchamber,
You have captivated me,
Let me stand tremblingly before you.
Lion, I would be taken by you to the bedchamber.
Bridegroom, let me caress you,
My precious caress is more savory than honey,
In the bedchamber, honey-filled,
Let me enjoy your goodly beauty,
Lion, let me caress you,
My precious caress is more savory than honey.
Bridegroom, you have taken your pleasure of me,
Tell my mother, she will give you delicacies,
My father, he will give you gifts.
Your spirit, I know where to cheer your spirit,
Bridegroom, sleep in our house until dawn,
Your heart, I know where to gladden your heart,
Lion, sleep in our house until dawn.
You, because you love me,
Give me pray of your caresses,
My lord god, my lord protector,
My Shu-Sin, who gladdens Enlil’s heart,
Give my pray of your caresses.
Your place goodly as honey, pray lay your hand on it,
Bring your hand over like a gishban-garment,
Cup your hand over it like a gishban-sikin-garment.
<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Pesawat Pelik Ciptaan Alexander Graham Bell

AEA Cygnet : Pesawat Sayap 3 Segi Rekaan Alexander Graham Bell


Tahukah anda bapa telefon moden Alexander Graham Bell pernah mencipta sebuah kapal terbang dengan kepak yang tidak konvensional. Bell mencipta pesawat yang diberi nama Aerial Experimental Association Cygnet. Secara keseluruhan 3 variasi Cygnet dihasilkan diantara 1907 dan 1912. Dari gambar di bawah anda pasti dapat melihat konfigurasi sayap Cygnet yang unik. Tidak seperti pesawat rekaan Adik Beradik Wright, Cygnet menggunakan sayap yang terdiri dari 3393 sel tehrahedral. Bell banyak melakukan kajian menggunakan layang-layang tetrahedral. In fact Graham Bell jugalah yang mencipta layang-layang berbentuk terahedral ini. Bell merasakan jika sebuah layang-layang boleh terbang dengan menggunakan sel tehrahedral, mungkin sebuah pesawat boleh dihasilkan dengan menjadikan sel-sel tehrahedral sebagai sayap.

Cygnet memulakan hidupnya sebagai sebuah glider tanpa pesawat. Ianya ditarik dibelakang sebuah kapal stim. Ianya berjaya diterbangkan tetapi mengalami kerosakan ketika cubaan pendaratan. Sungguhpun begitu Bell meneruskan eksperimen meletakkan seorang juruterbang. Pada 6 Disember 1907, Thomas Selfridge menerbangkan Cygnet yang ditarik di belakang sebuah motorbot. Ia berjaya terbang setinggi 51 meter sebelum musnah ketika pendaratan. Masalah yang dihadapi oleh Cygnet ialah ianya mudah diterbangkan tetapi hampir mustahil untuk didaratkan. Thomas Selfridge terselamat ketika pendaratan Cygnet dan kemudian bekerja dengan Adik Beradik Wright. The sad thing is Thomas Selfridge kemudian meninggal dunia ketika menerbangkan sebuah Wright Flyer pada tahun 1908 . Beliau menjadi individu pertama yang terkorban ketika menerbangkan sebuah pesawat.

Anyway Bell meneruskan percubaan menjadikan Cygnet sebuah pesawat yang boleh digunakan secara komersil dengan menghasilkan Cygnet II dan Cygnet III. Kedua-dua variant Cygnet ini dilengkapi dengan ski dan roda bagi memudahkan proses pendaratan. Tidak seperti Cygnet I, kedua-dua versi Cygnet baru ini gagal terbang. Cygnet III hanya mampu "terbang" setinggi 2 kaki!

Bell akhirnya menamatkan projek Cygnet apabila Cygnet III mengalami kerosakan sayap yang teruk pada tahun 1912.








<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Ling Chi - Hukuman Mati Super Kejam Di Dunia


Di masa lampau beberapa negara masih memelihara hukuman mati yang super kejam. Seperti halnya yang pernah terjadi di China pada Dinasti Manchu (1644-1912). Pemerintahan yang berkuasa ketika itu melaksanakan hukuman mati paling kejam.

Hukuman mati tersebut disebut Ling Chi. Hukuman ini dilakukan dengan mengikat terhukum pada sebuah tiang di depan umum, lalu bagian tubuhnya diiris satu per satu selama tiga hari. Terhukum akan merasakan sakit yang luar biasa kerana bahagian tubuhnya dipotong sedikit demi sedikit hingga mati dalam tiga hari.

Selama tiga hari tersebut terhukum akan merasakan penderitaan yang sangat berat akibat luka pada potongan potongan tubuhnya. Namun apabila dalam beberapa jam si terhukum sudah mati, maka si pertanda juga akan dihukum mati.

Begitu kejamnya hukuman ini membuat semua orang takut melakukan kejahatan. Namun tidak semua kejahatan boleh diterapkan Ling Chi. Ling Chi hanya dikenakan kepada mereka yang melakukan kejahatan berat seperti membunuh keluarga kerajaan.

Saat ini beberapa negara seperti di Eropah sudah menghapuskan hukuman mati dengan cara apapun. Namun sebahagian negara masih mengekalkan hukuman mati bagi penjenayah kelas atasan. Hari ini 10 Oktober merupakan Hari Anti Hukuman Mati Sedunia.

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Anggota Badan Palsu Tahun 1560 - 1600


Tahun 1560 hingga 1600 terlalu lama berlalu tapi siapa menduga pada zaman ini rekaan anggota palsu manusia sudah begitu maju.

Jom kita tengok bagaimana rekaan yang diorang buat.























<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Pesawat Nuklear Pertama Dunia

Selamat datang ke program ANP (Aircraft Nuclear Propulsion - pesawat didorong nuklear) yang berlangsung dari 1951 sehingga 1957.


Program ini mengkaji samada pesawat perang berkuasa nuklear adalah sesuatu yang realistik atau tidak. Dua buah pesawat pengebom Convair B-36 diubah suai untuk projek ini.

Sebuah reaktor nuklear seberat 36000 pound (16 300 Kg) diletakkan didalam ruangan bom B-36 ini.

Bagi memastikan krew terselamat dari radiasi, pengahalang radiasi plumbum seberat 1 tan diletakkan diantara kokpit dan reaktor.

Disamping itu skrin hadapan setebal 30 cm diletakkan dihadapan bagi memastikan mereka benar-besar selamat dari overdose nuklear.




Here is the kicker. Reaktor ini tidak membekalkan tenagapun kepada 10 enjin pesawat yang kini diberi designasi NB-36.

Ianya sekadar diletakkan didalam pesawat untuk melihat sama ada reaktor boleh berfungsi didalam pesawat atau tidak.

I mentioned 10 engines earlier kan? They are 4 jet engines and 6 propeller ones.

Why so many? Pasal NB-36 terlalu berat. Tak cukup tujuhan nak take off!

Diantara 1955-57 sebanyak 47 penerbangan dilakukan dengan jumlah 215 jam penerbangan.

Ketika eksperimen dilakukan reaktor mencecah tahap kritikal sebanyak 89 jam penerbangan! Not a good sign.


Projek ini akhirnya dibatalkan pada tahun 1957.

Pihak USAF menyedari pesawat bertenaga nuklear memang tak feasible langsung.

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Para Malaikat Memberi Bantuan Kepada Pejuang Mujahidin Chechen

Dalam berjihad di jalan Allah swt, kejadian pelik dan aneh seringkali berlaku. Kejadian seperti ini sudah pun dirakam oleh Allah swt dalam al-Quran sejak 1,400 tahun yang lampau. Peristiwa di Badar dan semasa di Perang Hunain menyaksikan segerombolan bantuan malaikat turun membantu Rasulullah saw dan para sahabat di medan perang. Kejadian aneh ini disaksikan sendiri oleh para sahabat dan terdapat kesaksian mereka terkandung dalam hadis sahih Bukhari dan Muslim.

Tiada yang mampu dikatakan selain daripada memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt dan laungan takbir. Kejadian bantuan daripada tentera Allah ini turut sama berlaku di beberapa tempat terpilih seperti yang diberitakan berlaku di pergunungan Chenchya.

Inilah keistimewaan yang Allah swt berikan kepada pejuang-pejuang yang sentiasa meletakkan agama Allah di tempat paling atas berbanding perkara-perkara lain. Tiada sebab untuk Allah swt tidak memberi pertolongan sekiranya hal sedemikian memberi kemenangan kepada Islam. Maha Suci Allah Yang Maha Pemberi Pertolongan.

Ikutilah penceritaan daripada seorang Mujahiddin yang menjadi saksi kepada kejadian aneh ini. Moga Allah swt melimpat gandakan pahala kepada mereka dan menempatkan mereka di syurga yang telah dijanjikan.



Kesaksian Para Malaikat Memberi Bantuan

Kami berperang dalam satu batalion bersama komandan operasi, dan selama perjalanan kembali dari Grozny menuju ke sebuah gunung tiba-tiba muncul jet pejuang Rusia yang menerjunkan ratusan tentaranya. Kami mulai bersiap siaga. Pada waktu itu kami dalam keadaan berkaki ayam pada malam yang gelap gelita serta di atas tanah yang dipenuhi salji.


Tentara-tentera Rusia tersebut mendarat di atas gunung sedangkan kami berada dibawahnya. Hal ini membuat sudut pandangan kami menjadi tidak jelas, sedangkan bagi pihak mereka sangat jelas. Oleh sebab posisi mereka yang berada di atas kami menyebabkan kami tiada tempat untuk berlindung.

Komander Khattab​


Tapi tiba-tiba mereka diliputi kekacauan dan ketakutan dan mereka pun mulai menembak. Dan aku bersumpah atas nama Allah, kami melihat mereka menembak ke atas, padahal posisi kami di bawah.

Kemudian keadaan tiba-tiba berubah menjadi tenang dan hening. Kami pun menunggu hingga setengah jam. Komandan Khattab berkata,

“Saya ingin beberapa orang untuk mendaki gunung bagi mengetahui apa yang sedang terjadi dan mengapa mereka menghentikan tembakan”.

Seluruh mujahidin mengangkat tangannya. Maka komandan Khattab hanya memilih tujuh mujahiddin untuk mendaki ke atas. Setelah satu jam menunggu, kami mendengar tujuh mujahiddin yang ditugaskan untuk menyiasat melaungkan takbir di atas gunung. Laungan takbir tersebut memecahkan kesunyian malam.


Laungan takbir

Dengan rasa ingin tahu kami pun mendapatkan mereka. Sampai di atas gunung, segera kami bertanya kejadian sebenarnya. Sesaat kemudian seluruh Mujahidin bertakbir. Ternyata kami menemukan kejadian yang mengejutkan, ratusan tentara Rusia telah terpenggal.

Melihat keadaan tentara-tentara Rusia tersebut, kami beranggapan mayat mereka dipenggal dengan pedang yang begitu tajam, atau paling tidak mungkin dengan gergaji elektrik. Kami yakin tidak mungkin seorang manusia mampu melakukannya. Tambahan pula, tentera Russia terkenal dengan kecekapan dan kemahiran mereka dalam selok-belok peperangan.

Satu lagi kejadian aneh di mana senjata api mereka iaitu Kalashinkov masih tergengam di tangan mereka dan tidak sedikitpun mengalami kerosakan. Pisau-pisau dan senjata mereka yang lain pun masih lagi elok.

Jumlah tentara Rusia yang terpenggal ada sekitar ratusan orang. Melihat kepada hal sedemikian, kami menyedari bahawa sesungguhya Allah telah mengirim para malaikat-Nya untuk menolong kami.

Dipetik daripada buku “Karamah Mujahidin dari Masa ke Masa” oleh Abu Muhammad


<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Mujahidin - Pasukan Militer Islam Yang Disegani Dunia

Seorang Mujahid (Arab: مجاهد, muǧāhid, secara harfiah adalah “pejuang keadilan” atau "pejuang-kemerdekaan") adalah seseorang yang berjuang untuk kebebasan. jamak adalah mujahidin (Arab: مجاهدين , muǧāhidīn). Kata ini dari bahasa Arab yang sama triliteral sebagai jihad atau "perjuangan". Mujahidin juga dialih bahasakan menjadi mujahidin, mujahedeen, mujahidin, mujahidin, Mudžahedin-Mudžahid (Bosnia), mujaheddīn dan varian.
Dalam bahasa Inggris, kata Mujahidin tercatat sejak tahun 1958, dari Pakistan, diambil dari bahasa Persia dan Arab, sebagai jamak dari mujahid "orang yang berjuang dalam jihad", dalam penggunaan modern, untuk "gerilyawan Muslim."

Pada akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21, istilah "mujahidin" menjadi nama berbagai pejuang bersenjata yang menganut ideologi Islam dan mengidentifikasi diri mereka sebagai mujahidin.


Mujahidin Afghanistan

Dari berbagai kelompok Mujahidin yang ada di seluruh dunia, yang paling terkenal tentu saja selalu Mujahidin Afghanistan. Pada awalnya, kaum Mujahidin berperang melawan pemerintah Afghanistan yang disetir Soviet pada akhir 1970-an. Uni Soviet keluar dari Afghanistan di akhir 1980-an karena tidak kuat melawan para mujahidin.

Banyak muslim dari negara-negara lain menawarkan diri untuk membantu kelompok mujahidin di Afghanistan, dan memperoleh pengalaman yang signifikan dalam perang gerilya. Pada periode ini, Mujahidin yang paling terkenal adalah Abdullah bin Azzam.



Mujahidin Bosnia-Herzegovina

Mujahidin lahir di Bosnia selama perang Bosnia 1992-1995 setelah pembantaian yang dilakukan oleh tentara Serbia terhadap Muslim awam Bosnia. Jumlah kaum Mujahidin saat itu dikabarkan mencapai 4.000. Mereka datang dari tempat-tempat seperti Arab Saudi, Pakistan, Afghanistan, Jordan, Mesir , Irak dan Palestina.

Bukti-bukti menunjukkan bahawa sukarelawan asing tiba di pusat Bosnia pada separuh kedua tahun 1992 dengan tujuan untuk membantu saudara-saudara Muslim mereka melawan penjajah Serbia. Kebanyakan mereka datang dari Afrika Utara, Timur Dekat dan Timur Tengah. Relawan asing berbeza jauh dari penduduk setempat, bukan hanya karena penampilan fizikal mereka dan bahasa mereka berbicara, tetapi juga karena kaedah bertempur mereka.



Mujahidin di Chechnya
Kaum Mujahidin memainkan peranan besar dalam perang kedua Chechnya. Setelah runtuhnya Soviet Union dan kemudian deklarasi kemerdekaan Chechnya, pejuang mulai memasuki berbagai kawasan. Banyak dari mereka merupakan veteran perang Soviet-Afganistan dan sebelum invasi Rusia, mereka menggunakan keahlian mereka untuk melatih para pejuang Chechnya. Selama Perang Chechnya Pertama mereka ditakuti karena taktik gerila mereka, menimbulkan korban berat pada pasukan Rusia.

Setelah penarikan pasukan Rusia dari Chechnya, sebahagian besar mujahidin memutuskan untuk tetap tinggal di Negara itu.



Mujahidin di Kosovo

Menurut Serbia dan negara Eropa lainnya, sebagian besar pejuang Mujahidin dari Timur Tengah dan bahagian-bahagian lain dunia bergabung dengan Tentera Pembebasan Kosovo melawan pasukan Serbia pada perang 1997-1999.

Dianggar sebahagian dari mereka membentuk unit mereka sendiri dengan pemimpin yang fasih berbahasa Arab. Setelah perang sebahagian besar relawan asing kembali ke tanah asal mereka, dan beberapa dari mereka tetap di Kosovo di mana mereka menjadi warga negaranya.

Sesungguhnya, masih banyak lagi kaum Mujahidin yang lainnya di seluruh dunia, namun para Mujahidin Afghanistan, Chechnya, Bosnia-Herzegovina, dan Kosovo akan selalu dikenang karena kegigihan mereka dalam melawan para penjajah.


<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>