Misteri Kapal Sumpahan Flying Dutchman

Kisah kapal misteri Flying Dutchman yang berkaitan dengan laut kembali beberapa abad lalu. Dikatakan kapal Flying Dutchman, "kapal hantu" dilihat oleh orang ramai di seluruh dunia selama beratus-ratus tahun. Ada yang mengatakan bahawa sesiapa melihat kapal dan hantu kapal Dutchman akan membawa nasib buruk ke atas kapal dan kapal mereka mungkin akan karam.

Menurut fakta,kapal ini hanya nampak di kejauhan dengan sinaran cahaya samar-samar di malam hari.

Ia mungkin berasal dari cerita dongeng abad ke-17. Beratus-ratus tahun versi cerita ini wujud dan menakutkan para pelayar-pelayar Inggeris sehingga ke abad-20.

Ramai yang mengatakan , mereka pernah terserempak dengan kapal berhantu tersebut terutama di sekitar Cape of Good Hope, Afrika.


Kisah dan sejarah kapal hantu The Flying Dutchman

Pelayar kapal ini dikatakan bernama Hendrick Van der Decken berasal dari Belanda. Kapten Hendric.

Kapal dan misteri The Flying Dutchman adalah kapal hantu legenda yang tidak dapat berlabuh di daratan atau singgah mana-mana pelabuhan.

Kapten Falkenburg yang telah disumpah bersama-sama anak kapalnya itu menjadi jasad hidup dan berlayar di tujuh lautan untuk selama-lamanya sehingga ke hari kiamat.

Mengapa ia menjadi sebuah kapal berhantu?

Menurut legenda, Kapten Hendrick Van der Decken disyaki meminta bantuan iblis/jembalang laut untuk pelindungan dari badai dan taufan semasa pelayaran.

Namun ditengah pelayarannya ke Cape of Good Hope tiba-tiba cuaca buruk,ribut taufan melanda di depan kapal mereka dengan dasyat. Lalu, salah seorang anak kapal meminta supaya pelayaran dihentikan. Tetapi kapten Hendrick tidak mahu, lalu dia berkata...

"aku bersumpah tidak akan berundur dan akan terus membelah badai dan ribut untuk mencapai bandar tujuanku, atau aku beserta semua anak kapal akan terlaknat selama-lamanya jika kita semua berundur".

Tiba-tiba badai dengan dasyat menghentam kapal itu sehingga mereka kalah melawan badai dan akhirnya kapal mereka karam.

Mereka ditimpa sumpahan laknat

Dan dengan itu maka terkutuklah selama-lamanya Kapten Hendrick bersama para anak kapalnya itu dan menjadi jasad hidup dan berlayar di tujuh lautan untuk selama-lamanya.

Konon, Kapal tersebut dikutuk untuk melayari 7 lautan sampai akhir zaman. lalu cerita itu tersebar sangat cepat ke seluruh dunia.

Fakta-fakta lain

Sumber lain juga ada menyebutkan, mereka diserangan wabak penyakit berbahaya di kalangan anak-anak kapal sehingga mereka tidak dibenarkan untuk berlabuh di mana-mana pelabuhan.Mereka semua mati semasa dalam pelayaran oleh kerana diserang wabak penyakit.

Sejak itu, kapal dan awaknya dihukum untuk selalu berlayar, tidak pernah berlabuh di daratan.

Menurut beberapa versi, ini terjadi pada tahun 1641, dan ada sumber yang lain meneka tahun 1680 atau 1729. Terneuzen (Belanda) disebut sebagai rumah legenda Flying Dutchman, Van der Decken, seorang kapten yang mengutuk Tuhan dan telah dihukum untuk mengharungi lautan selamanya, telah diceritakan dalam novel karya Frederick Marryat - The Phantom Ship dan Richard Wagner opera.

Banyak saksi yang mengaku telah melihat kapal hantu ini. Pada tahun 1939 kapal ini kelihatan di Mulkzenberg.

Kapal Flying Dutchman dikatakan sering dilihat pada abad ke-19 dan ke-20. Menurut fakta yang dilaporkan, kapal itu bercahaya suram melintasi kapal-kapal lain.

Jika kapal Flying Dutchman melalui kapal-kapal lain, anak kapal Flying Dutchman akan cuba untuk menghantar mesej pada daratan, atau kepada roh-roh orang-orang yang telah lama mati di daratan.

Pertemuan yang tidak diduga dengan kapal The Flying Dutchman akan mengundang bahaya kepada kelasi-kelasi kapal dan mereka mempunyai cara untuk mengelak daripada kapal berhantu tersebut dengan memasangkan ladam kuda di kapal mereka untuk perlindungan.

Penemuan Yang Direkodkan

1823 :
Kapten Oweb , HMS Leven mendakwa telah dua kali terserempak dengan TFD.

1835 :
Semasa kapal british dilanda ribut , sebuah kapal yang didakwa sebagai TFD secara tiba-tiba telah melanggar kapal mereka dan tiba-tiba hilang begitu saja.

1881 :
Tiga orang anak kapal HMS Bacchante termasuk King George V telah melihat sebuat kapal berhantu yang berlayar menentang arus kapal mereka.Keesokan harinya , salah seorang daripada mereka ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan.

1879 :
Anak kapal SS Pretoria juga pernah melihat kapal berhantu tersebut.

1911 :
Sebuah kapal yang menangkap ikan paus hampir berlanggar dengan kapal berhantu TFD

1939 :
Beberapa orang di sebuah pantai terkejut kerana melihat sebuah kapal usang yang tiba-tiba HILANG!!

1941 :
Saksi dipantai Glencairn mendakwa sebuah kapal usang merempuh sebuah batu dan juga hilang.

1942 :
Empat orang saksi telah melihat sebuah kapal memasuki perairan Table Bay kemudian hilang.Seorang pegawai telah merekodkan penemuan tersebut di dalam log kapalnya.

1959 :
Sebuah kapal Straat Magelhaen hampir berlanggar dengan kapal berhantu TFD.

Benar atau tidak...wallahualam...siapa yang menjadi saksi mendengar sumpahan Kapten Hendrick? Dan siapa yg membawa perkhabaran itu....? Para kelasi (anak kapal) dikhabarkan semua sudah meninggal.

Wallahualam...

 

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Amukan Gajah Di Perak - Serang Keretapi


Sungai Kerawai yang terletak di Teluk Intan, Perak, telah terpalit dalam lipatan sejarah pengangkutan di Malaysia kerana di kawasan inilah, sekumpulan gajah telah menyerang gerabak kereta api penumpang secara bertentangan. Apa yang menakjubkan, peristiwa berdarah yang berlaku lebih seabad lalu itu dikatakan bermotifkan dendam.

Sejarah sistem rel di Tanah Melayu telah membuka lembarannya pada 1 Jun 1885 apabila jalan kereta api yang pertama, menghubungkan Taiping dengan Port Weld (Kuala Sepetang), telah dibuka dengan rasminya oleh Sir Hugh Low – Residen Perak ketika itu. Tujuan utama aliran itu dibina adalah untuk menghubungkan kawasan perlombongan di Larut dengan pelabuhan terdekat iaitu Port Weld.

Tidak berhenti di situ, pihak British seterusnya membina laluan kereta api di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu. Sehinggalah pada tahun 1905, landasan kereta api dari utara ke selatan siap dibina sepenuhnya yang menghubungkan stesen Butterworth ke Melaka.

Pada peringkat awal sistem pengangkutan ini beroperasi, iaitu ketika zaman sebelum merdeka, ia sering menerima ancaman dan serangan luar jangkaan. Bukan sekadar serbuan daripada pengganas komunis, tetapi juga ancaman daripada haiwan liar. Paling tragis, serangan sekumpulan gajah yang naik minyak dan mengamuk dengan menyerang kereta api yang sedang meluncur laju di atas landasan.


Menurut Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail, kejadian tersebut berlaku pada tahun 1894, membabitkan perjalanan kereta api penumpang dari Ipoh, Perak menuju ke Kuala Lumpur. Kereta api wap itu membawa tiga gerabak penumpang yang kebanyakannya terdiri daripada saudagar serta tauke lombong yang baru pulang meninjau beberapa lokasi perlombongan di Perak.

Sebaik tiba di Teluk Anson – kini dikenali sebagai Teluk Intan - kereta api yang dipandu oleh seorang warga Inggeris itu diserang oleh seekor gajah jantan bersama sekawan gajah lain yang menunggu di laluan kereta api. Gajah jantan tersebut telah merempuh kereta api yang sedang bergerak itu secara berhadapan – dengan cara menyondol.

Rempuhan itu telah menghasilkan momentum yang amat kuat sehingga kereta api berkenaan tergelincir dan gerabaknya terkeluar daripada landasan. Beberapa batang besi rel juga turut tercabut serta patah.

Ketika kejadian, kereta api berkuasa wap itu dipandu antara 40 hingga 50 batu sejam dan ia dianggap laju bagi keupayaan enjin kelas wap. Menurut Ibrahim, model kereta api wap yang terbabit dalam rempuhan gajah itu adalah sama dengan model kereta api yang dipamerkan di Muzium Negara ketika ini.

Dengan muatan tiga gerabak penumpang yang mempunyai kelajuan seperti itu, sukar untuk dibayangkan kekuatan seekor gajah yang mampu ‘menumpaskan’ sebuah kereta api.

Berdasarkan kepada cerita lisan, gajah jantan berkenaan dikatakan mempunyai susuk yang besar, lebih besar daripada gerabak kereta api. Penduduk setempat percaya, gajah jantan itu mengamuk untuk menuntut bela di atas kematian anaknya yang dirempuh kereta api di kawasan yang sama, beberapa tahun sebelum itu.

Kemudian pada tahun 1888, seekor gajah betina pula maut dilanggar kereta api ketika menyelamatkan sekumpulan gajah lain yang sedang melintasi laluan rel. Dikatakan, gajah betina itu merupakan anak kepada gajah jantan tersebut.

Jelas Ibrahim lagi, gajah sememangnya dikenali antara haiwan yang sangat pantang atau terlalu sensitif melihat cahaya pada waktu malam. Secara kebetulan, kejadian itu juga berlaku antara lewat petang dan senja, iaitu sekitar pukul 5.00 hingga 7.00 petang. Hutan tebal yang menyelubungi kawasan tersebut menjadikan suasana sekeliling agak gelap.

Bagaimanapun, akibat rempuhan yang sangat kuat secara berdepan, gajah jantan itu mati di tempat kejadian. Dua orang pekerja kereta api warga India turut terbunuh. Manakala penumpang lain yang menaiki gerabak belakang hanya mengalami kecederaan ringan.

Sehingga kini, kejadian tersebut masih diingati oleh penduduk di sekitar Teluk Intan, Perak. Bagi memperingati sejarah tersebut, tengkorak gajah terbabit telah diawet dan disimpan di Muzium Perak yang terletak di bandar Taiping untuk tatapan umum. Tulang paha gajah itu ditempatkan di Muzium KTMB, manakala gadingnya difahamkan telah dibawa pulang ke England oleh pihak British ketika itu.






<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>