Setem-Setem Termahal Di Dunia

1. The Three-Skilling Yellow




The Three-Skilling Yellow, adalah setem salah cetak terbitan kerajaan Sweden iaitu cetakan pertamanya tahun 1855. Dimana setem normalnya saja (yang seharusnya berwarna biru-hijau) juga termasuk setem awal. Three-Skilling Yellow adalah salah satu setem langka dan hanya satu-satunya yang tertinggal. Pada tahun 1984 setem ini terjual seharga 977.500 Switzerland Francs oleh David Feldman. kemudian pada tahun 1990 jualan mencapai angka satu juta dolar US tahun 1996 terjual seharga $ 2.3 juta. Dan setiap kali terjual ianya mencetak rekod angka tertinggi sebagai sebuah setem termahal di dunia.


2. The first two Mauritius




The first two Mauritius stamps (1847) adalah dua siri setem yang pertama kali diterbitkan kerajaan kolonial Inggeris. Hanya tinggal satu buah setem pertama dengan keadaan yg tidak digunakan begitu juga tiga buah setem kedua. Tahun 1993 David Feldman melelong setem Mauritius milik Hiroyuki Kanai yang menghasilkan rekod yang tertinggi. Setem pertama yang berwarna jingga terjual seharga $ 1,072,260 dan yang kedua seharga $ 1,148,850.


3. The Inverted Jenny




The inverted Jenny adalah setem Amerika pada tahun 1918 bergambar pesawat Curtiss JN-4 dan secara tidak sengaja dicetak terbalik. Ini mungkin adalah salah cetak paling terkenal di dunia Filateli Amerika. Hanya 100 setem salah cetak yang tertinggal, membuatnya menjadi salah satu setem salah cetak paling berharga. Satu blok penuh setem Inverted Jenny terjual pada lelongan Robert A. Siegel pada bulan Oktober 2005 dengan harga US $2.7 juta. Dan bulan November 2007 sebuah setem inverted Jenny terjual seharga US $977,500. Pada Disember 2007 sebuah setem mint (belum terpakai) dengan keadaan baik sekali dijual kepada seorang eksekutif Wall Street seharga US $825,000.


4. British Guiana One Cent Black on Magenta



British Guiana One Cent Black on Magenta (1856) adalah termasuk setem terawal dan termahal. Setem ini dicetak di atas kertas tinggi rendah berwarna magenta dengan tinta hitam dalam keadaan kecemasan. Diketahui hanya ada satu buah yang tertinggal di seluruh dunia, jadi setem ini unik dan tidak ada yang lain lagi yang pernah ditemui. Tahun 1980 telah dilelong kepada John Dupont seharga US $935,000.


5. U.S. Franklin Z-Grill




Setem U.S. Franklin Z-Grill yg dihasilkan pada 1867 adalah setem terawal dari semua setem Amerika Syarikat, hanya ditemui 2 buah yang masih tinggal. Pada tahun 1988 sebuah setem "Z-Grill" 1 cent tahun 1868 terjual seharga US $930,000.


6. Hawaiian Missionaries




Hawaiian Missionaries, 1851 adalah setem pertama dari Hawaii kerana ianya dicetak secara kasar dengan kertas yang tipis dan berkualiti rendah, hanya beberapa setem sahaja yang berjaya diselamatkan dan merupakan setem antara yang terawal. Nominal terendah iaitu 2 cent tahun 1851 adalah yang paling awal dari keseluruhan siri, dan hanya tinggal 16 buah sahaja. Sebuah setem Missionary 2 cent dengan keadaan mint (belum terpakai) seharga US $760,000 dan keadaan used seharga US $225,000.


7. The Penny Black




The Penny Black, adalah setem rasmi pertama di dunia, diterbitkan Kerajaan Inggeris tarikh 1 Mei 1840 dan mula digunakan tarikh 6 Mei. The Penny Black sebenarnya bukanlah setem yang paling awal tetapi termasuk setem termahal. Jumlah cetakan 286,700 lembaran cetaknya dengan 68,808,000 juta buah setem. Sebuah setem Penny Black yang belum dipakai menurut katalog Scott tahun 2001 seharga US $3,000 dan sudah terpakai dengan harga US $180.

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Kisah Sedih Di Sebalik Taj Mahal


Shah Jahan dan Mumtaz

Tahun 1631 bersamaan dengan tahun ke-1040 Hijrah, pada suatu hari yang panas dan kering, Mumtaz sarat mengandung kali ke-14 dan menunggu waktu untuk melahirkan anak. Dia berusia 38 tahun. Tetapi, ketika itu, ada perkara yang tak kena dengan kandungannya.

Tiba-tiba kita membayangkan suasana jadi cemas. Shah Jahan dan Mumtaz melupakan permainan catur yang sedang dinikmati. Darah terus menerus keluar tanpa henti dan membuatkan Mumtaz semakin lemah. Doktor-doktor yang dibawa waktu itu juga tidak mampu melakukan apa-apa.

Di hujung nyawa ketika itu, Mumtaz kemudiannya membisikkan sesuatu kepada telinga suaminya. Pertama, Mumtaz meminta agar Shah Jahan memelihara cinta abadi mereka dan berjanji untuk tidak berkahwin lagi.

Sebagai permintaan terakhir, Mumtaz mahukan sebuah tempat persemadian umpama mahligai di dunia, sama seperti apa yang pernah hadir dalam mimpinya. Selepas beberapa ketika melahirkan bayi perempuan itu, catatan sejarah mengingatkan kita bagaimana pemergian Mumtaz waktu itu dengan baris ayat-ayat ini:

Ketika dia membawa keluar mutiara terakhir itu, dia mengosongkan badannya sama seperti tiram.

Mumtaz tiada lagi. Shah Jahan waktu itu kecundang kepada perasaan sendiri. Dua tahun dia menyepi diri dan yang terlekat di fikirannya adalah bayangan mahligai yang diminta oleh isteri tersayang yang sudah pergi.

Dalam tempoh itu, dia mendiamkan diri, mencari dan memikirkan batu-batu permata dan kain pakaian yang sesuai untuk dikenakan bagi mengingati pemergian Mumtaz.

Apa yang masih tersisa hari ini adalah hasilnya. Taj Mahal, yang tidak diketahui secara sahih siapakah arkiteknya siap. Memang Shah Jahan yang mengusahakan pembinaan itu.

Dia memanggil tukang seni dari segenap rantau, antaranya Amanat Khan, seorang tukang kaligrafi dari Shiraz di Iran. Dia merupakan satu-satunya individu yang dibenarkan oleh Shah Jahan untuk meninggalkan sentuhan kaligrafinya pada tembok dan dinding di Taj Mahal.

Tetapi, simbol yang sepatutnya bertahan lama dan untuk kebaikan itu diconteng arang. Taj Mahal menjadi antara kemegahan empayar Moghul dan dihormati seluruh dunia.

Kerana kepentingan strategiknya itu jugalah membuatkan ramai orang yang cemburu dan ingin memiliki Taj Mahal. Lebih tragis, perebutan itu bukanlah orang yang berada jauh daripada Shah Jahan. Anak Shah Jahan sendiri, Aurangzeb menjadi pencemar.

Ketika hayat Shah Jahan sepanjang usia 73 tahun, beliau sempat melihat anak-anaknya bergaduh sesama sendiri. Aurangzeb membunuh dua adik-beradiknya dan beberapa orang lagi cucu Shah Jahan.

Shah Jahan sendiri menghabiskan sisa hidupnya di dalam kurungan penjara di Kota Merah, tidak berapa jauh dari Taj Mahal. Dari kota itulah Shah Jahan melalui hari-hari terakhir dengan meninjau keluar jendela. Melihat sungai Jumna yang mengalir lesu dan tentunya meratapi dalam kesedihan ketika melihat Taj Mahal.

Apa yang sepatutnya menjadi satu mahligai yang suci telah bertukar menjadi bencana besar bagi empayar Moghul. Kekuasaan, ketamakan dan nafsu adalah perkara yang sudah lama merobohkan Taj Mahal. Tiada siapa mengetahui apa yang dirasakan oleh Shah Jahan ketika menghembus nafas. Tetapi, kesedihan tentunya menjadi teman paling akrabnya waktu itu.

Untuk kita yang masih hidup hari ini, Taj Mahal sekurang-kurangnya mengingatkan kita bahawa di dunia ini masih ada sebuah lagi tugu cinta yang menjadi simbol kepada kehidupan yang sepatutnya menjadi lebih baik.

Cinta masih mekar di hati Shah Jahan dan Mumtaz Mahal. Begitu jugalah hendaknya kepada seluruh umat manusia.


<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

10 Gambar Yang Menggemparkan Dunia


1. Seperti yang kita tahu, Amerika menjatuhkan dua bom ke Jepun setelah terjadi serangan di Pearl Harbour. Bom di jatuhkan di kota Hiroshima dan Nagasaki. Kedua bom atom ini telah menewaskan 90,000-166,000 ribu nyawa di Hiroshima dan 60,000- 80,000 ribu jiwa di Nagasaki.


2. Gambar di atas, berjudul “Jenderal Nguyen Ngoc Loan memenembak seorang tahanan Vietkong di Saigon”, dianggap sebagai salah satu gambar yang paling terkenal dalam sejarah wartawan. Jurugambar Amerika, Edward Adams dianugerahkan Hadiah Pulitzer untuk gambar yang menunjukkan Ketua Polis Vietnam Selatan Nasional menembak seorang tentera Vietkong.


3. Pada 11 September 2001, pengganas menyerang Amerika dengan dua pesawat penumpang yang dituduh oleh Al-Qaeda menyerang menara kembar,dan telah menewaskan hampir 3000 orang .


4. Setahun setelah menjajah Iraq pada tahun 2003, laporan mengejutkan tentang penyiksaan, pemerkosaan dan pembunuhan para tahanan yang ditahan di penjara Abu Ghraib. Peristiwa ini lebih di kenali dengan Abu Ghraib Jail.


5. Gambar ini diambil oleh jurugambar Afrika Selatan, Kevin Carter. Gambar ini menunjukkan seorang kanak-kanak Sudan sedang kelaparan dan berhenti untuk beristirahat sambil menundukkan tubuhnya yang lemah dan merangkak menuju pusat PBB untuk mendapatkan makan tetapi beberapa burung pemakan bangkai menunggu dan berharap berdekatannya. Carter dianugerahi Hadiah Pulitzer untuk gambar tersebut.


6. Gambar di atas di abadikan oleh 2 cameraman Peranchis di Gaza. Rakaman itu menunjukkan seorang ayah Palestin, Jamal al-Durrah sedang mencuba untuk melindungi anaknya berusia 12 tahun, Muhammad al-Durrah, dari tembakan tentera Israel. Dia memberikan signal kepada pasukan Israel untuk menghentikan tembakan namun tidak diendahkan oleh pengganas Israel.


7. Hector Pieterson menjadi ikon pemberontakan di Soweto,Afrika Selatan pada tahun 1976. Ia ditembak mati dalam pembalasan Polis untuk protes mahasiswa. Gambar di atas menunjukkan Hector sedang dibawa oleh rakannya sesama mahasiswa.


8. Gambar di atas menunjukkan salah satu dari 3,787 kematian yang disebabkan oleh bencana Bhopal 1984 dimana gas beracun (MIC) telah dilepaskan oleh Union Carbide India Limited. Sekitar 40,000 kes penyakit atau kecacatan disebabkan oleh gas tersebut.


9. Foto mengerikan yang menunjukkan hukuman mati tanpa pengadilan dua orang kulit hitam muda yang dituduh memperkosa seorang wanita berkulit putih dan membunuh kekasihnya.


10. “Orang Yahudi Terakhir Vinnitsa”. Gambar menunjukkan seorang Yahudi berlutut di depan sebuah kuburan beramai-ramai sebelum ditembak oleh anggota sebuah regu maut Nazi SS paramiliter, Einsatzgruppe D.

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Jual Diri Untuk Bayar Hutang


Sehingga kelmarin, Aleksandr Kramarenko sudah menerima 200 bidaan, termasuk daripada lelaki.

Moscow: Selepas gagal memenuhi kontrak yang ditandatangani dengan Pich Shop - syarikat hadiah atas talian di sini - seorang lelaki berusia 21 tahun bersetuju untuk dilelong kepada wanita yang membuat bidaan tertinggi dan berkahwin dengannya selama setahun, sebagai cara untuk mengelak dia disaman.

Syarikat berkenaan minggu lalu mengiklankan tawaran untuk melelong Aleksandr Kramarenko, 21, yang dikatakan boleh dikahwini dengan jaminan setahun.

Iklan itu turut menyatakan usia, ketinggian, berat, lambang zodiak dan minat lelaki berkenaan.

Syarikat itu mempelawa wanita yang berusia tidak melebihi 35 tahun membida untuk meraih peluang menjadi isteri Kramarenko selama setahun. Bidaan minimum ditetapkan sebanyak 10,000 ruble (RM735).

Ketika dihubungi, Pich Shop dan Kramarenko mengesahkan kesahihan iklan berkenaan.

Kramarenko ditawar untuk dijual selepas ia berhutang sebanyak 3.12 juta ruble (RM228,000) kepada syarikat itu setelah gagal memenuhi kontrak menyediakan bahan untuk dicetak pada masa yang telah dipersetujui kedua-dua pihak.

Syarikat itu bercadang mengambil tindakan mahkamah untuk menyamannya tetapi pada masa sama menawarkan dia pilihan - dilelong dan berkahwin selama setahun dengan wanita yang membelinya.

Kramarenko yang terdesak bersetuju.

Sehingga kelmarin, Pich Shop yang bertindak demikian kerana mahu mempromosi syarikatnya, sudah menerima 200 bidaan, termasuk daripada lelaki.

Bagaimanapun, lelongan itu hanya dibuka kepada wanita tidak melebih 35 tahun.

Pemenang akan diumumkan sedikit masa lagi bersama-sama tarikh perkahwinan.


LIKE FACEBOOK PAGE KAMI UNTUK UPDATE LEBIH PANTAS

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Minyak Cap Kapak Berusia 80 Tahun

PENGASAS minyak angin Cap Kapak, Leung Yun Chee berhijrah dari China ke Singapura pada 1928 dalam usaha untuk mengubah hidupnya

Ketika tiba di Singapura, dia bertemu dengan pakar perubatan Jerman, Dr Schmeidler yang berkongsi dengannya resipi minyak ubatan yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit

Mendapat ilham dan inspirasi, dia terus memulakan penghasilan produk dan daripada situlah jenama Minyak Cap Kapak dilahirkan

Pun begitu, ketika awal perniagaannya, jenama itu masih tidak dikenali ramai pada awal 1930-an. Yun Chee terpaksa berhadapan dengan persaingan yang kuat daripada jenama China dan Hong Kong

Dengan semangat yang tinggi, Yun Chee nekad memasarkan produk dengan agresif. Dia mula mencipta logo bersama-sama dengan pasukan ilustrasi dan pereka grafik, yang mana kini telah menjadi antara logo ikonik bagi jenama itu

Bukan itu sahaja, Yun Chee turut mengedarkan risalah di seluruh Singapura dan membuahkan hasil dengan mencatatkan jualan yang tinggi

Namun, pada 1937 hingga 1945 ketika perang tercetus di seluruh dunia, banyak perniagaan berjuang untuk terus hidup. Banyak jenama yang tutup kerana tidak mampu bertahan

Tetapi berlainan pula dengan Yun Chee, dia menganggap perang itu merupakan peluang untuk berkembang. Jenama itu terus bersaing dengan jenama luar dan hasilnya, Minyak Cap Kapak menjadi jenama yang dikenali, sekali gus menjadi pemimpin dalam segmen itu sehingga hari ini

Pada 1950 hingga 1970, syarikat itu terus mengorak langkah dengan mengembangkan perniagaan sehingga ke Asia

Antara negara pertama yang diterokai adalah Arab Saudi selepas ia telah diguna pakai oleh jemaah ketika menunaikan haji

Pada 1971, Yun Chee telah meninggal dunia dan anaknya, Leong Heng Keng telah mengambil alih tugasnya dengan mengembangkan perniagaan

Adiknya Leong Mun Sum turut menyertai syarikat sebagai Pengarah Urusan pada 1986

Hari ini, dengan lima kilang bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP), Minyak Cap Kapak bangga menjadi peneraju jenama bagi minyak perubatan di Asia


LIKE FACEBOOK PAGE KAMI UNTUK UPDATE LEBIH PANTAS

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Sejarah Asal Aji-No-Moto Sejak 1909

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Ajinomoto Malaysia Berhad, Keiji Kaneko menunjukkan sebahagian produk Ajinomoto.

PROFESOR Kikunae Ikeda dari Universiti Imperial Tokyo menemui sejenis rasa yang tidak dapat dikenal pasti dan berbeza daripada empat rasa asas yang wujud dalam makanan sekitar 1908.

Beliau mengesan rasa tersebut dengan ketara ‘dashi’ (pati sup Jepun) yang diperbuat daripada kombu. Beliau mula mengkaji gentian kombu kering dan mendapati bahawa rasa tersebut datangnya daripada glutamat dan menamakan rasa tersebut sebagai umami.

Profesor Kikunae Ikeda kemudiannya menghasilkan bahan perasa baharu berdasarkan glutamat kerana beliau berpendapat rasa yang sedap menggalakkan penghadaman.

Beliau mempunyai visi untuk meningkatkan nutrisi penduduk di Jepun dan berjaya mengenal pasti glutamat yang dijumpai di dalam kombu merupakan sumber umami.

Bahan perasa umami atau monosodium glutamat (MSG) diperbuat daripada bahan mentah semula jadi seperti tebu dan ubi kayu. Nama dagang monosodium glutamat termasuklah Ajinomoto.

Ajinomoto dipasarkan di Jepun pada 1909 dan kini lebih 100 tahun di seluruh dunia. Ia memasuki pasaran Malaysia pada 1965, Ajinomoto (Malaysia) Berhad dan mempunyai lapan cawangan jualan di negara ini.

Ibu pejabat Ajinomoto terletak di Jalan Kuchai Lama dan turut mengeluarkan produk Seri Aji dan Tumix serta Aji-Shio Pepper.

Lebih membanggakan, jenama ini berjaya menembusi pasaran 130 negara dan beroperasi di 27 negara dan merupakan antara 10 produk antarabangsa terbaik.

Ajinomoto dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi melalui proses penapaian, proses sama yang digunakan membuat tapai, sos soya, cuka dan dadih.

Bahan-bahan semula jadi (ubi kayu dan tebu) melalui proses pencairan dan sakarifikasi. Proses ini adalah larutan kanji yang diekstrak daripada bahan-bahan mentah ditukar kepada larutan glukosa melalui tindak balas enzim.

Selepas proses penapaian, mikrob menukar glukosa kepada asid glutamik dan larutan MSG dihasilkan.

Apabila proses penapaian dilaksanakan, larutan MSG ditukar kepada bentuk hablur atau kristal dengan penyejatan air yang berlebihan dan dikeringkan dengan udara panas.

Selepas itu, pembungkusan dan pemeriksaan iaitu MSG dibungkus di bawah jenama Ajinomoto dan dipasarkan dengan kualiti yang diluluskan.




 

LIKE FACEBOOK PAGE KAMI UNTUK UPDATE LEBIH PANTAS

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Fountain Of Youth - Ainul Hayat

Pada saat Raja Iskandar Dzul Qarnain pada tahun 322 S. M. berjalan di atas bumi menuju ke tepi bumi, Allah SWT mewakilkan seorang malaikat yang bernama Rofa’il untuk mendampingi Raja Iskandar Dzul Qarnain. Di tengah