Mujahidin - Pasukan Militer Islam Yang Disegani Dunia

Seorang Mujahid (Arab: مجاهد, muǧāhid, secara harfiah adalah “pejuang keadilan” atau "pejuang-kemerdekaan") adalah seseorang yang berjuang untuk kebebasan. jamak adalah mujahidin (Arab: مجاهدين , muǧāhidīn). Kata ini dari bahasa Arab yang sama triliteral sebagai jihad atau "perjuangan". Mujahidin juga dialih bahasakan menjadi mujahidin, mujahedeen, mujahidin, mujahidin, Mudžahedin-Mudžahid (Bosnia), mujaheddīn dan varian.
Dalam bahasa Inggris, kata Mujahidin tercatat sejak tahun 1958, dari Pakistan, diambil dari bahasa Persia dan Arab, sebagai jamak dari mujahid "orang yang berjuang dalam jihad", dalam penggunaan modern, untuk "gerilyawan Muslim."

Pada akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21, istilah "mujahidin" menjadi nama berbagai pejuang bersenjata yang menganut ideologi Islam dan mengidentifikasi diri mereka sebagai mujahidin.


Mujahidin Afghanistan

Dari berbagai kelompok Mujahidin yang ada di seluruh dunia, yang paling terkenal tentu saja selalu Mujahidin Afghanistan. Pada awalnya, kaum Mujahidin berperang melawan pemerintah Afghanistan yang disetir Soviet pada akhir 1970-an. Uni Soviet keluar dari Afghanistan di akhir 1980-an karena tidak kuat melawan para mujahidin.

Banyak muslim dari negara-negara lain menawarkan diri untuk membantu kelompok mujahidin di Afghanistan, dan memperoleh pengalaman yang signifikan dalam perang gerilya. Pada periode ini, Mujahidin yang paling terkenal adalah Abdullah bin Azzam.



Mujahidin Bosnia-Herzegovina

Mujahidin lahir di Bosnia selama perang Bosnia 1992-1995 setelah pembantaian yang dilakukan oleh tentara Serbia terhadap Muslim awam Bosnia. Jumlah kaum Mujahidin saat itu dikabarkan mencapai 4.000. Mereka datang dari tempat-tempat seperti Arab Saudi, Pakistan, Afghanistan, Jordan, Mesir , Irak dan Palestina.

Bukti-bukti menunjukkan bahawa sukarelawan asing tiba di pusat Bosnia pada separuh kedua tahun 1992 dengan tujuan untuk membantu saudara-saudara Muslim mereka melawan penjajah Serbia. Kebanyakan mereka datang dari Afrika Utara, Timur Dekat dan Timur Tengah. Relawan asing berbeza jauh dari penduduk setempat, bukan hanya karena penampilan fizikal mereka dan bahasa mereka berbicara, tetapi juga karena kaedah bertempur mereka.



Mujahidin di Chechnya
Kaum Mujahidin memainkan peranan besar dalam perang kedua Chechnya. Setelah runtuhnya Soviet Union dan kemudian deklarasi kemerdekaan Chechnya, pejuang mulai memasuki berbagai kawasan. Banyak dari mereka merupakan veteran perang Soviet-Afganistan dan sebelum invasi Rusia, mereka menggunakan keahlian mereka untuk melatih para pejuang Chechnya. Selama Perang Chechnya Pertama mereka ditakuti karena taktik gerila mereka, menimbulkan korban berat pada pasukan Rusia.

Setelah penarikan pasukan Rusia dari Chechnya, sebahagian besar mujahidin memutuskan untuk tetap tinggal di Negara itu.



Mujahidin di Kosovo

Menurut Serbia dan negara Eropa lainnya, sebagian besar pejuang Mujahidin dari Timur Tengah dan bahagian-bahagian lain dunia bergabung dengan Tentera Pembebasan Kosovo melawan pasukan Serbia pada perang 1997-1999.

Dianggar sebahagian dari mereka membentuk unit mereka sendiri dengan pemimpin yang fasih berbahasa Arab. Setelah perang sebahagian besar relawan asing kembali ke tanah asal mereka, dan beberapa dari mereka tetap di Kosovo di mana mereka menjadi warga negaranya.

Sesungguhnya, masih banyak lagi kaum Mujahidin yang lainnya di seluruh dunia, namun para Mujahidin Afghanistan, Chechnya, Bosnia-Herzegovina, dan Kosovo akan selalu dikenang karena kegigihan mereka dalam melawan para penjajah.


<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

5 Pen Termahal Dunia


Aurora Diamente Fountain Pen, Usd 1.47060juta. Diasaskan sejak tahun 1919, jenama Aurora merupakan perngeluar pen pertama di Itali. Dah boleh beli 18 rumah dah ni, siot jer pen ni. Pen ni bertahtahkan 30karat berlian De Beers dan badan dibuat dari platinum.


Mystery Masterpiece yang dihasilkan oleh Mont Blanc and Van Cleef & Arpels Limited Edition bernilai Usd 730 000. Kolobrasi 2 syarikat ni dengan 3 orang pakar desingner menghasilkan pen ni dengan 3 edisi iaitu emerald, sapphires dan rubies.


Caran d’Ache Gotica Pen dibuat dari 892 potongan berlian sebanyak 7.10 karat dan 72 emerald serta 72 rubie yang dinilai dengan Usd 406,453. Pen Gotica ini dibuat di China sempenan sambutan Ghotic art and architecture.


La Modernista Diamonds Pen di nilai dengan Usd 265,000. Pen ini pernah mencatat rekod pen termahal pada tahun 2001 dan di senaraikan di Guinness Book Of Records. Pen ni dibuat oleh sebuah syarikat yang berpengkalan di Switzerland,Caran D'ache. Pen ni berjaya dijual di sebuah lelongan.


Limited Edition Boheme Papillon Pen design sebagai tanda kagum dengan ciptaan semulajadi iaitu rama-rama dan pen ini di nilai pada harga Usd 230,410. Design dan ukiran yang cukup mengkagumkan dengan warna putih, kuning dan emas mawar bertahtahkan 1400 berlian dan sapphire.


<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Sejarah Ayat Kursi


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintan dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.


Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Kesatria Templar- Pejuang Kristian Perang Salib


Kesatria Templar atau Poor Fellow-Soldiers of Christ and of the Temple of Solomon (Latin: Pauperes commilitones Christi Templique Solomonici),

merupakan antara pertubuhan pasukan tentera dari Kristian Barat yang paling terkenal.[3] Pertubuhan ini bertahan selama dua kurun semasa Zaman Pertengahan. Ia ditubuhkan selepas Perang Salib Pertama yang berlaku pada tahun 1096, dengan tujuan asalnya untuk memastikan keselamatan penganut Kristian yang mengunjungi Jerusalem selepas penaklukannya.

Kesatria Templar secara rasmi disokong oleh Gereja Katolik Rom sekitar tahun 1129, dan menjadi pertubuhan kebajikan yang disukai di seluruh dunia Kristian hinggakan keahliannya dan kuasanya berkembang dengan pantas. Kesatria Templar memakai mantel putih dan salib yang berwarna merah. Mereka adalah di antara unit tempur yang memiliki kemahiran tinggi semasa perang-perang salib.[4] Ahli-ahli pasukan ini yang tidak berperang akan menguruskan infrastruktur ekonomi di seluruh dunia Kristian, memperkenalkan teknik-teknik kewangan seperti perbankan, dan membina banyak kubu di seluruh Mediterranean dan Tanah Suci.

Kejayaan Templar bergantung rapat dengan perang salib; apabila kehilangan Tanah Suci, sokongan terhadap pasukan ini mula pudar. Khabar-khabar angin berkenaan upacara-upacara rahsia membawa kepada ketidakpercayaan, sementara Raja Philip IV dari Perancis yang mempunyai banyak hutang dengan pasukan ini mula menekan Paus Clement V bagi mengambil tindakan ke atas Kesatria Templar. Pada tahun 1307, ramai anggota pasukan ini di Perancis telah ditahan, dan diseksa untuk memberi pengakuan palsu. Mereka kemudian dihukum bakar hidup-hidup. Pada tahun 1312, Paus Clement, di bawah tekanan berterusan daripada Raja Philip, telah membubarkan pasukan Kesatria Templar.

Semasa awal penubuhan kumpulan ini, mereka telah menjajah Baitulmuqadis dan menjadikan Masjidil Aqsa sebagai ibu pejabat mereka.
Memandangkan kuatnya kesatuan ini dalam tentera kristian, mereka berjaya mendapat mandat dari Pope Honorius II pada tahun 1128 untuk menjalankan kerja mereka samada untuk memerangi tentera Islam dan juga menyebarkan Kristian.

Malah pada tahun 1139, Pope Innocent II telah memberikan mandat bebas cukai kepada kumpulan ini dan juga kebebasan untuk mendirikan gereja mereka.

Ini menjadikan mereka amat berkuasa dan kaya raya, malah bagi penganut kristian yang mahu mengunjungi baitulmuqadis, mereka hanya perlu meletakkan deposit wang di gereja kestaria ini di eropah dan kemudian boleh di keluarkan di gereja mereka di baitulmuqadis

Kekuasaan mereka akhirnya menemui penghujung dimana pejuang islam seperti Sala al Din Ayyub berjaya menumpaskan tentera mereka (seperti yang di gambarkan di filem Kingdom of Heaven) pada tarikh 2 Okt 1187

Kegemilangan mereka mula menurun dan akhirnya pada 13 Oct 1307, seramai 5000 ahli kumpulan ini di tangkap atas tuduhan menyebarkan dakyah songsang kristian oleh Pope Clement V.

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

10 Pasukan KetenteraanTerhebat Dunia Zaman Dahulu

Berikut disenaraikan 10 Pasukan Ketenteraan yang Terhebat di dalam Dunia :


10. Aztecs

Suku Aztec terkenal dengan kekejamanya dalam pertempuran. Mereka biasanya berpakaian seperti binatang iaitu helang atau harimau jaguar. Mereka menggunakan senjata yang sangat primitif seperti clubs dan busur dengan sangat efektif. Cuachicqueh adalah pasukan khusus Aztec yang bersumpah tidak akan berundur bila musuh datang. Mereka akhirnya dikalahkan oleh tentera Sepanyol dengan senjata moden yang jauh lebih baik.


9. Mongol Warriors

Mongol dikenal sebagai bangsa gasar dan liar. Mereka mendominasi daerah Eropah dan Asia dan terkenal sebagai pasukan berkuda yang dipimpin oleh salah satu Commander terkenal dunia, Genghis Khan. Mereka sangat berdisiplin dan mahir dalam menggunakan busur dan panah di belakang kuda. Mereka menggunakan busur composite yang boleh menembusi melalui baju besi dan juga cukup mahir dengan tombak dan pedang. Dengan keahlian perang psikologi dan menakutkan mereka membangun salah satu penakluk terbesar di dunia yang pernah ada.


8. Mamluk

Mamluk terdiri daripada sekelompok yang memeluk Islam dan mentaati para khalifah Islam dan para sultan Ayyubiyah zaman Abad Pertengahan. Setelah Mamluk telah memeluk Islam, banyak yang dilatih sebagai prajurit cavalery. Setiap Mamluk wajib patuh terhadap seni mempertahankan diri Tentera Arab (furusiyya), kod yang mencakup nilai-nilai seperti keberanian dan kemurahan hati, dan juga taktik cavalery, menunggang kuda, memanah dan perawatan luka. Seiring peredaran waktu, mereka menjadi suatu kasta yang kuat dan sering mengalahkan pasukan Salib. Lebih daripada sekali, mereka merebut kekuasaan dari tangan sultan mereka sendiri, misalnya, Kesultanan Mamluk 1,250-1,517 di Mesir.


7. Roman Legion

Tulang belakang tentara Romawi yang membangunkan kerajaan yang tak tertanding dalam hal ukuran dan kekuatan. Mereka adalah perajurit yang menggabingkan ahli pedang, tombak dan perisai. Terdiri dari para perajurit hebat yang mampu membuat senjata terbaik dan tajam. Disiplin, mahir menggunakan senjata, dan strategi membuat pasukan ditakuti di Eropah.


6. Apache

Apache seperti Ninja dari Amerika. Menjalankan operasi dengan cara menyelinap dari belakang musuh dan mengelar kerongkong musuh dengan hanya senjata primitif yang kebanyakan terbuat dari kayu dan tulang. Kemahiran lain mereka adalah memakai senjata pisau dan melempar kapak.


5. Samurai

Samurai adalah satria dari Jepun, tentara bersenjatakan baju besi dan sedia mati untuk Tuannya. Berbekal pedang paling tajam di dunia (katana) dan dengan mudah boleh memotong musuh dalam dua kali gerakan. Mereka juga mahir dari Yumi (busur) dan menjadi salah satu penembak terbaik dunia. Mereka adalah perajurit profesional dan berjuang keras untuk mendapatkan kehormatan. Kerana kebiasaan kekerasan dan kekejaman, golongan petani bangkit melawan mereka dan lahirlah Ninja.


4. Ninja

Ninja, ahli dalam stealth (pergerakan senyap) dan sabotaj. Awalnya, mereka adalah kumpulan petani yang dilatih untuk mengalahkan para samurai, tapi akhirnya menjadi pembunuh legendara. Dikenali dengan mahir menggunakan pedang katana, sumpit, Shuriken, dan Kusarigama sebagai senjata pilihan. Mereka dikenali sebagai perajurit bayangan yang beraksi di malam hari. Ninja terkenal sebagai seni bela diri yang menjalani latihan keras.


3. Vikings

Viking, penakluk dari Eropah. Perajurit yang paling ditakuti zaman dunia kuno. Mereka menakluk Eropah dengan serangan mereka. Terkenal ganas dalam pertempuran dan menggunakan senjata yang sesuai dengan ketinggian badan mereka. Viking mahir dalam menakluki kota. Bahkan dalam agama mereka, hanyalah perang dan mereka percaya bila mati dalam suatu peperangan, maka mereka akan hidup di tengah perang yang tak akan tamat. Mereka semua akan menjadi tentara yang sangat hebat, terbukti kehebatan mereka dalam menghancurkan sasaran mereka.


2. Spartans

Budaya Spartan ialah semua tentang perang dan pelatihan tentera seumur hidup. Mereka memiliki pepatah “kembali dengan perisai atau lebih dari itu” yang bererti jangan kembali kecuali mereka menang. Mereka adalah salah satu perajurit hebat di dunia dan menjadi terkenal karena pertahanan terakhir mereka pada pertempuran Thermopylae. Mereka hebat dalam seni perisai dan tombak yang kemudian ditiru oleh tentara lainnya.


1. Knights

Knights adalah pejuang yang mengenakan baju perisai di seluruh tubuh. Mereka adalah perajurit elite, dengan baju besi, senjata dan kuda untuk melaksanakan tugas yang diberikan oleh Raja. Mereka adalah tentara yang sangat effective yang telah berlatih selama hidup mereka.​


<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Sejarah Terciptanya Mee Segera

Mi segera adalah mi separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam di dalam air panas antara 3 hingga 5 minit.

Bungkusan perencah selalunya disertakan di dalam setiap bungkusan mi segera.

Mi segera juga boleh dimakan secara mentah kerana mi segera sebenarnya sudah pun dimasak di kilang, biasanya dengan menggoreng.

Mi segera berasal daripada versi segera bagi masakan Jepun iaitu Ramen.

Idea mi segera sudah pun berakar umbi sejak dari zaman Dinasti Qing di China, di mana mi yimian digoreng, membolehkannya disimpan dalam jangka masa yang lama serta disediakan dengan cepat.

Serupa juga, "mi benang ayam" (mi halus yang digoreng dan dihidangkan dengan air panas serta pilihan telur) boleh didapati di China dan Taiwan sejak Dinasti Qing.


Momofuku Andō

Mi segera moden dicipta di Jepun oleh usahawan Jepun berketurunan Taiwan, Momofuku Andō (安藤百福), pengasas syarikat Nissin Foods, salah satu pengeluar mi segera terbesar hari ini.

Mi keluarannya direbus dengan perencah, digoreng dengan minyak sawit untuk membuang kelembapan, kemudiannya dikeringkan untuk membentuk gumpalan mi.

Kaedah pengawetan lain sudah pun dicuba, seperti pengawetan dengan garam dan asap tetapi Andō membuat kesimpulan bahawa minyak sawit adalah yang paling berkesan.

Pada tahun 1958, Nissin melancarkan mi segera pertama di dunia, Chikin Ramen (ramen segera berperisa ayam) di Osaka.

Satu lagi pencapaian telah diperolehi pada tahun 1971 apabila Nissin memperkenalkan mi cawan, mi segera di dalam bekas styrofoam kalis air yang boleh digunakan untuk memasak mi.

Inovasi seterusnya termasuklah menambah sayur-sayuran kering di dalam cawan, sehingga terciptanya hidangan sup lengkap.


Mi sup daging segera Taiwan di dalam mangkuk styrofoam dengan bungkusan daging kedap udara (yang sudah dibuka).

Menurut satu undian Jepun pada tahun 2000, mi segera menjadi ciptaan Jepun paling penting sepanjang abad.

Karaoke menduduki tempat kedua, manakala cakera padat hanya menduduki tempat kelima.

Setakat tahun 2005, lebih kurang 85 bilion hidangan mi segera dimakan di seluruh dunia setiap tahun.


China memakan 44 bilion bungkus mi segera setahun, atau 51% daripada jumlah di seluruh dunia, Indonesia memakan 12 bilion, Jepun 5.4 bilion.

Secara per kapita, rakyat Korea Selatan paling banyak memakan mi segera iaitu 69 bungkus/seorang setahun.


Mi segera bukan sahaja popular di kalangan pelajar universiti malah boleh digunakan sebagai kayu pengukur tahap ekonomi.

Pada tahun 2005, Indeks Mama Noodles dilancarkan bagi menunjukkan jumlah jualan mi segera jenama Mama, pengeluar terbesar di Thailand.

Indeks menjadi setabil sejak Krisis Kewangan Asia Timur, tetapi jualan meningkat sebanyak 15% dalam 7 bulan pertama tahun 2005, yang dianggap sebagai petanda kemelesetan ekonomi.

Rakyat tidak mampu membeli makanan yang lebih mahal, sekaligus mendorong kepada peningkatan jualan ramen.

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Misteri Tentera Terracotta - Pahlawan Makam Dinasti Qin

Pada tahun 1974, seorang petani telah menemui makam Maharaja Qin, satu daripada tinggalan arkeologi terhebat semasa menggali perigi berhampiran Gunung Li di wilayah Shaanxi, China. Maharaja Qin Shi Huang yang mangkat pada tahun 210 SM dikebumikan bersama rombongan misteri tentera terracotta (terracotta warriors). Semenjak itu, para ahli arkeologi telah menghabiskan 40 tahun lalu dan mendedahkan secara terperinci patung pahlawan bersaiz sebenar dari lubang seluas 22 batu persegi (57 kilometer persegi).


Muzium Tentera Terracotta Terbesar Di Dunia​


Setakat ini, penggalian-penggalian di Museum of the Terracotta Army yang terletak kira-kira 25 batu (40 kilometer) di timur Xi'an telah menemui kira-kira 2,000 daripada 6,000 figura yang dirasakan wujud. Di samping tentera terracotta bawah tanah itu, turut ditemui kuda, kereta kuda, senjata – termasuklah akrobat untuk menghiburkan Maharaja Qin di alam kubur. Ramai sarjana berpendapat bahawa tentera terracotta tersebut dikuburkan bersama Maharaja China pertama untuk melindunginya di alam akhirat dan ingin disembunyikan. Kini, tentera terracotta misteri yang digelar sebagai keajaiban alam kelapan ini menarik kira-kira 2 juta pelancong setiap tahun.


Senjata Terpelihara:
Ahli arkeologi telah menemui kira-kira 40,000 senjata yang diperbuat daripada gangsa di lubang terracotta itu. Daripada lembing ke kapak, busur dan anak panah, senjata menakjubkan ini terpelihara dalam saduran kromium. Meskipun Jerman dan Amerika mendakwa mencipta teknologi salutan kromium masing-masing pada tahun 1937 dan 1950, ia telahpun wujud di China sejak 2,200 tahun yang lampau.


Kereta kuda tentera terracotta dalam satu pameran​


Berwawasan Tinggi:
Semasa Maharaja Qin baru berumur 13 tahun, kerja-kerja pembinaan makam agungnya telahpun dimulakan. Menurut dakwaan sejarawan China bernama Sima Qian dalam Records of the Grand Historian, lebih daripada 700,000 orang terlibat dalam pembinaan makam selama 36 tahun. Walaupun ia merupakan satu daripada pencapaian terhebat Maharaja Qin, namun beliau juga terkenal dengan sumbangannya dalam bidang politik dan budaya. Maharaja Qin telah memperkenalkan satu landasan penulisan naskah, menghubungkan jajahannya dengan terowong dan jalan raya, menyatukan wilayah yang berperang, memajukan teknologi kaji logam, menyeragamkan ukuran dan timbangan, membina Tembok Besar versi pertama dan kemudian menghubungkannya dengan bahagian taktikal.


Maharaja Kejam:
Meskipun banyak memajukan empayar, namun Maharaja Qin juga terkenal dengan kekasarannya. Ratusan rangka telah ditemui dalam makam berkenaan, kebanyakannya dipercayai tukang dan pekerja yang membantu pembinaan kubur itu. Menurut Sima Qian, para buruh ini dibunuh demi merahsiakan lokasi dan khazanahnya: "Selepas pengebumian dan penyembunyian hartanya, pintu tengah ditutup dan pintu luar dikunci untuk memenjarakan semua tukang dan buruh agar tiada yang keluar. Pokok-pokok dan rumput ditanam di serata makam untuk menjadikannya kelihatan seperti bukit," tulisnya.


Barisan tentera terracotta misteri yang manjadi pengawal makam Maharaja Qin di alam kubur​


Salah Ubat:
Maharaja Qin takut akan kematian dan dikatakan berusaha mencari pelbagai jenis ubat dan penawar – apa sahaja yang menjanjikan vitaliti selama-lamanya. Kononnya, Maharaja Qin telah mengutus 8,000 orang, termasuk pakar herba diraja untuk mencari penawar ajaib. Sementara menungu tonik berkenaan, Maharaja Qin mengambil tablet merkuri. Akibatnya, tabiat itu dikatakan menjadi punca kematian Maharaja Qin pada umur 50 tahun.


Peta Misteri:
Meskipun kubur Maharaja Qin belum digali, tetapi legenda mengatakan bahawa pekerjanya mengukir satu peta kerajaan Qin di lantai. Banyak replika istana, bangunan besar, termasuklah perangkap (busur untuk menembak penceroboh) dikatakan memenuhi ruang makam, sementara batu permata melambangkan langit, dan aliran raksa menggambarkan sumber air kerajaan. Penyiasatan moden dapat mengesahkan legenda ini melalui bukti-bukti berkaitan bahan kimia. Pada tahun 2005, satu kajian yang diketuai oleh ahli arkeologi China bernama Duan Chingbo telah mengambil 4,000 sampel dari timbunan tanahnya dan mendapati semua sampel positif dengan kehadiran merkuri.​

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>