Siapa Bina Jambatan Raksasa Purba Ni?


Adam Bridge,atau dikenali juga dengan nama Rama Bridge merupakan salah satu daripada beberapa tempat paling misteri di dunia. Jambatan purba misteri sepanjang 30 Km yang menghubungkan antara Manand Island (Srilanka) dan Pamban Island (India) ini dipercayai telah berumur lebih daripada 1 juta tahun!

Struktur Rama Brige sendiri sangat mudah terlihat dari atas permukaan air laut kerana kedudukannya yang tidak terlalu dalam,iaitu hanya ditenggelami air sedalam kira-kira 1.2 meter (jika air laut sedang surut).

Status jambatan ini masih merupakan misteri sehingga kini, menurut tafsiran para pengkaji,dikatakan Rama Bridge berkemungkinan mempunyai kaitan yang rapat dengan mitos terkenal India, Ramayana.

Srilankan Archeology Department telah mengeluarkan suatu statment yang menyebutkan usia Rama Bridge mungkin berkisar diantara 1000000 hingga 2000000 tahun, namun apakah jambatan ini benar-benar terbentuk secara semulajadi atau adakah ia merupakan suatu ciptaan manusia? Sehinnga kini persoalan ini masih belum dapat dirungkaikan.

S.U.Deraniyagala, Pengarah Pusat Arkeologi Sri Lanka yang juga merupakan pengarang buku “Early Man and the Rise of Civilization in Sri Lanka: the Archaeological Evidence mengatakan bahawa peradaban manusia telah muncul di Kaki Gunung Himalaya sekitar 2000.000 tahun lalu. Walaupun menurut para sejarawan peradaban paling awal di benua India adalah peradaban bangsa Ca, hal itu bukan merupakan suatu jaminan bahawa terdapat peradaban yang jauh lebih tua lagi dari mereka sebelumnya.

Para sarjana menaksirkan bahawa kemungkinan jambatan purba ini dibangunkan setelah daratan Sri Lanka terpisah daripada India jutaan tahun silam.

Di dalam Epik Ramayana,jambatan itu dibangunkan oleh para pasukan manusia kera dibawah pengawasan Rama. Maksud dari pembangunannya sendiri ialah sebagai tempat penyeberangan menuju Negeri Alengka dalam misi untuk menyelamatkan Dewi Shinta, dimana pada saat itu Dewi Sinta diculik oleh Raja Kerajaan Alengka, iaitu Rahwana.

Epik Ramayana, menurut Kalender Hindu seharusnya berada pada masa Tredha Yuga (menurut cakram masa evolusi hindu/ cakram Hinduism tentang Epos tersebut terbahagi kepada masa Sathya (1728000 tahun), Tredha (1296000 tahun), Dwapara (864000 tahun) dan Kali (432000 tahun).

Tahap sekarang menurut kalender mereka ialah Kali. Bermaksud menurut Epik tersebut, usia dari Rama Bridge sekitar 1.7 juta tahun lalu.




<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Misteri Kapal Sumpahan Flying Dutchman

Kisah kapal misteri Flying Dutchman yang berkaitan dengan laut kembali beberapa abad lalu. Dikatakan kapal Flying Dutchman, "kapal hantu" dilihat oleh orang ramai di seluruh dunia selama beratus-ratus tahun. Ada yang mengatakan bahawa sesiapa melihat kapal dan hantu kapal Dutchman akan membawa nasib buruk ke atas kapal dan kapal mereka mungkin akan karam.

Menurut fakta,kapal ini hanya nampak di kejauhan dengan sinaran cahaya samar-samar di malam hari.

Ia mungkin berasal dari cerita dongeng abad ke-17. Beratus-ratus tahun versi cerita ini wujud dan menakutkan para pelayar-pelayar Inggeris sehingga ke abad-20.

Ramai yang mengatakan , mereka pernah terserempak dengan kapal berhantu tersebut terutama di sekitar Cape of Good Hope, Afrika.


Kisah dan sejarah kapal hantu The Flying Dutchman

Pelayar kapal ini dikatakan bernama Hendrick Van der Decken berasal dari Belanda. Kapten Hendric.

Kapal dan misteri The Flying Dutchman adalah kapal hantu legenda yang tidak dapat berlabuh di daratan atau singgah mana-mana pelabuhan.

Kapten Falkenburg yang telah disumpah bersama-sama anak kapalnya itu menjadi jasad hidup dan berlayar di tujuh lautan untuk selama-lamanya sehingga ke hari kiamat.

Mengapa ia menjadi sebuah kapal berhantu?

Menurut legenda, Kapten Hendrick Van der Decken disyaki meminta bantuan iblis/jembalang laut untuk pelindungan dari badai dan taufan semasa pelayaran.

Namun ditengah pelayarannya ke Cape of Good Hope tiba-tiba cuaca buruk,ribut taufan melanda di depan kapal mereka dengan dasyat. Lalu, salah seorang anak kapal meminta supaya pelayaran dihentikan. Tetapi kapten Hendrick tidak mahu, lalu dia berkata...

"aku bersumpah tidak akan berundur dan akan terus membelah badai dan ribut untuk mencapai bandar tujuanku, atau aku beserta semua anak kapal akan terlaknat selama-lamanya jika kita semua berundur".

Tiba-tiba badai dengan dasyat menghentam kapal itu sehingga mereka kalah melawan badai dan akhirnya kapal mereka karam.

Mereka ditimpa sumpahan laknat

Dan dengan itu maka terkutuklah selama-lamanya Kapten Hendrick bersama para anak kapalnya itu dan menjadi jasad hidup dan berlayar di tujuh lautan untuk selama-lamanya.

Konon, Kapal tersebut dikutuk untuk melayari 7 lautan sampai akhir zaman. lalu cerita itu tersebar sangat cepat ke seluruh dunia.

Fakta-fakta lain

Sumber lain juga ada menyebutkan, mereka diserangan wabak penyakit berbahaya di kalangan anak-anak kapal sehingga mereka tidak dibenarkan untuk berlabuh di mana-mana pelabuhan.Mereka semua mati semasa dalam pelayaran oleh kerana diserang wabak penyakit.

Sejak itu, kapal dan awaknya dihukum untuk selalu berlayar, tidak pernah berlabuh di daratan.

Menurut beberapa versi, ini terjadi pada tahun 1641, dan ada sumber yang lain meneka tahun 1680 atau 1729. Terneuzen (Belanda) disebut sebagai rumah legenda Flying Dutchman, Van der Decken, seorang kapten yang mengutuk Tuhan dan telah dihukum untuk mengharungi lautan selamanya, telah diceritakan dalam novel karya Frederick Marryat - The Phantom Ship dan Richard Wagner opera.

Banyak saksi yang mengaku telah melihat kapal hantu ini. Pada tahun 1939 kapal ini kelihatan di Mulkzenberg.

Kapal Flying Dutchman dikatakan sering dilihat pada abad ke-19 dan ke-20. Menurut fakta yang dilaporkan, kapal itu bercahaya suram melintasi kapal-kapal lain.

Jika kapal Flying Dutchman melalui kapal-kapal lain, anak kapal Flying Dutchman akan cuba untuk menghantar mesej pada daratan, atau kepada roh-roh orang-orang yang telah lama mati di daratan.

Pertemuan yang tidak diduga dengan kapal The Flying Dutchman akan mengundang bahaya kepada kelasi-kelasi kapal dan mereka mempunyai cara untuk mengelak daripada kapal berhantu tersebut dengan memasangkan ladam kuda di kapal mereka untuk perlindungan.

Penemuan Yang Direkodkan

1823 :
Kapten Oweb , HMS Leven mendakwa telah dua kali terserempak dengan TFD.

1835 :
Semasa kapal british dilanda ribut , sebuah kapal yang didakwa sebagai TFD secara tiba-tiba telah melanggar kapal mereka dan tiba-tiba hilang begitu saja.

1881 :
Tiga orang anak kapal HMS Bacchante termasuk King George V telah melihat sebuat kapal berhantu yang berlayar menentang arus kapal mereka.Keesokan harinya , salah seorang daripada mereka ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan.

1879 :
Anak kapal SS Pretoria juga pernah melihat kapal berhantu tersebut.

1911 :
Sebuah kapal yang menangkap ikan paus hampir berlanggar dengan kapal berhantu TFD

1939 :
Beberapa orang di sebuah pantai terkejut kerana melihat sebuah kapal usang yang tiba-tiba HILANG!!

1941 :
Saksi dipantai Glencairn mendakwa sebuah kapal usang merempuh sebuah batu dan juga hilang.

1942 :
Empat orang saksi telah melihat sebuah kapal memasuki perairan Table Bay kemudian hilang.Seorang pegawai telah merekodkan penemuan tersebut di dalam log kapalnya.

1959 :
Sebuah kapal Straat Magelhaen hampir berlanggar dengan kapal berhantu TFD.

Benar atau tidak...wallahualam...siapa yang menjadi saksi mendengar sumpahan Kapten Hendrick? Dan siapa yg membawa perkhabaran itu....? Para kelasi (anak kapal) dikhabarkan semua sudah meninggal.

Wallahualam...

 

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Amukan Gajah Di Perak - Serang Keretapi


Sungai Kerawai yang terletak di Teluk Intan, Perak, telah terpalit dalam lipatan sejarah pengangkutan di Malaysia kerana di kawasan inilah, sekumpulan gajah telah menyerang gerabak kereta api penumpang secara bertentangan. Apa yang menakjubkan, peristiwa berdarah yang berlaku lebih seabad lalu itu dikatakan bermotifkan dendam.

Sejarah sistem rel di Tanah Melayu telah membuka lembarannya pada 1 Jun 1885 apabila jalan kereta api yang pertama, menghubungkan Taiping dengan Port Weld (Kuala Sepetang), telah dibuka dengan rasminya oleh Sir Hugh Low – Residen Perak ketika itu. Tujuan utama aliran itu dibina adalah untuk menghubungkan kawasan perlombongan di Larut dengan pelabuhan terdekat iaitu Port Weld.

Tidak berhenti di situ, pihak British seterusnya membina laluan kereta api di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu. Sehinggalah pada tahun 1905, landasan kereta api dari utara ke selatan siap dibina sepenuhnya yang menghubungkan stesen Butterworth ke Melaka.

Pada peringkat awal sistem pengangkutan ini beroperasi, iaitu ketika zaman sebelum merdeka, ia sering menerima ancaman dan serangan luar jangkaan. Bukan sekadar serbuan daripada pengganas komunis, tetapi juga ancaman daripada haiwan liar. Paling tragis, serangan sekumpulan gajah yang naik minyak dan mengamuk dengan menyerang kereta api yang sedang meluncur laju di atas landasan.


Menurut Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail, kejadian tersebut berlaku pada tahun 1894, membabitkan perjalanan kereta api penumpang dari Ipoh, Perak menuju ke Kuala Lumpur. Kereta api wap itu membawa tiga gerabak penumpang yang kebanyakannya terdiri daripada saudagar serta tauke lombong yang baru pulang meninjau beberapa lokasi perlombongan di Perak.

Sebaik tiba di Teluk Anson – kini dikenali sebagai Teluk Intan - kereta api yang dipandu oleh seorang warga Inggeris itu diserang oleh seekor gajah jantan bersama sekawan gajah lain yang menunggu di laluan kereta api. Gajah jantan tersebut telah merempuh kereta api yang sedang bergerak itu secara berhadapan – dengan cara menyondol.

Rempuhan itu telah menghasilkan momentum yang amat kuat sehingga kereta api berkenaan tergelincir dan gerabaknya terkeluar daripada landasan. Beberapa batang besi rel juga turut tercabut serta patah.

Ketika kejadian, kereta api berkuasa wap itu dipandu antara 40 hingga 50 batu sejam dan ia dianggap laju bagi keupayaan enjin kelas wap. Menurut Ibrahim, model kereta api wap yang terbabit dalam rempuhan gajah itu adalah sama dengan model kereta api yang dipamerkan di Muzium Negara ketika ini.

Dengan muatan tiga gerabak penumpang yang mempunyai kelajuan seperti itu, sukar untuk dibayangkan kekuatan seekor gajah yang mampu ‘menumpaskan’ sebuah kereta api.

Berdasarkan kepada cerita lisan, gajah jantan berkenaan dikatakan mempunyai susuk yang besar, lebih besar daripada gerabak kereta api. Penduduk setempat percaya, gajah jantan itu mengamuk untuk menuntut bela di atas kematian anaknya yang dirempuh kereta api di kawasan yang sama, beberapa tahun sebelum itu.

Kemudian pada tahun 1888, seekor gajah betina pula maut dilanggar kereta api ketika menyelamatkan sekumpulan gajah lain yang sedang melintasi laluan rel. Dikatakan, gajah betina itu merupakan anak kepada gajah jantan tersebut.

Jelas Ibrahim lagi, gajah sememangnya dikenali antara haiwan yang sangat pantang atau terlalu sensitif melihat cahaya pada waktu malam. Secara kebetulan, kejadian itu juga berlaku antara lewat petang dan senja, iaitu sekitar pukul 5.00 hingga 7.00 petang. Hutan tebal yang menyelubungi kawasan tersebut menjadikan suasana sekeliling agak gelap.

Bagaimanapun, akibat rempuhan yang sangat kuat secara berdepan, gajah jantan itu mati di tempat kejadian. Dua orang pekerja kereta api warga India turut terbunuh. Manakala penumpang lain yang menaiki gerabak belakang hanya mengalami kecederaan ringan.

Sehingga kini, kejadian tersebut masih diingati oleh penduduk di sekitar Teluk Intan, Perak. Bagi memperingati sejarah tersebut, tengkorak gajah terbabit telah diawet dan disimpan di Muzium Perak yang terletak di bandar Taiping untuk tatapan umum. Tulang paha gajah itu ditempatkan di Muzium KTMB, manakala gadingnya difahamkan telah dibawa pulang ke England oleh pihak British ketika itu.






<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Makhluk Halus Misteri - Hantu Jerangkung


1. Hantu Jerangkung adalah sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan menginiaya orang lain. Pemeliharaan makhluk halus seperti ini turut dikenali sebagai saka. Jerangkung bisanya dipelihara dengan tujuan membantu pemiliknya melindung diri atau bagi memusnahkan musuh. Jerangkung mampu merasuk mangsanya dan menjadikan mangsanya menderita.

2. Pemelihara Jerangkung biasanya akan membeli atau memuja untuk mendapatkan Jerangkung. Jerangkung yang dipelihara, dipercayai secara umum akan mematuhi perintah tuannya selagi ia dijaga dengan baik. Sekiranya gagal, Jerangkung akan menghisap darah ahli keluarga terdekat pemiliknya.

3. Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat bagi membela/memelihara Hantu Jerangkung ini adalah satu perbuatan syrik dalam agama Islam. Sekiranya tidak dijaga dengan baik, Jerangkung akan membinasakan ahli keluarga terdekat pemilik Jerangkung.

4. Sekiranya Jerangkung tidak lagi diperlukan, pemilik Jerangkung perlu mendapatkan tuan pengganti, atau menghantar Jerangkung itu balik ke tempat ia dibeli, atau ia perlu dibuang. Biasanya dihanyutkan dengan acak ke dalam sungai.​

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Kisah Bohong Dongeng Pari-Pari


SELAMA 65 tahun, ramai pihak termasuk penulis terkenal, Sir Arthur Conan Doyle, percaya bahawa pari-pari bukan sekadar makhluk fantasi yang wujud dalam kisah dongeng sebaliknya hidupan kenit yang mampu terbang itu diyakini benar-benar wujud di dunia ini.

Keyakinan itu bermula pada 1917 apabila seorang kanak-kanak perempuan, Frances Griffiths, 9, pulang ke rumahnya di Bradford, England dalam keadaan kasut dan sarung kakinya basah. Melihat keadaan itu, ibunya, Annie, mula berang lalu memarahi anaknya itu. Sudah berkali-kali dia melarang Frances bermain-main di Sungai Cottingley yang terletak berhampiran kediaman mereka tetapi anaknya itu tetap berdegil.

Apabila ditanya mengapa kanak-kanak itu suka bermain di tepi sungai berkenaan, Frances memberikan jawapan aneh yang amat mencabar logik akal.

“Saya ke sana untuk melihat pari-pari!” kata kanak-kanak itu. Sepupu Frances, Elsie Wright, 16, turut menyokong kata-kata itu dan mengakui bahawa pari-pari memang wujud di tepi sungai berkenaan.

Pada mulanya, Annie dan ibu saudara Frances, Polly Wright tidak percaya dengan alasan itu tetapi riak wajah mereka mula berubah selepas kanak-kanak itu menunjukkan gambar yang dirakam mereka.

Gambar itu benar-benar mengejutkan - tertera imej Frances berada di belakang sekumpulan pari-pari yang sedang menari di tepi sungai itu.

Dua tahun kemudian, Annie dan Polly menunjukkan gambar aneh itu kepada penceramah ajaran spiritual Theosophy, Edward Gardner. Lelaki itu turut terkejut melihat imej pari-pari berkenaan dan meminta negatif gambar dihantar kepadanya untuk dikaji lebih lanjut.

Di hadapan pakar fotografi, Harold Snelling, gambar itu sekali lagi dikaji dengan teliti dan selepas beberapa lama, pakar itu mengemukakan kesimpulan yang mengejutkan - gambar itu adalah asli dan imej pari-pari itu adalah imej hidup dan bergerak!
Gambar itu kemudian ditunjukkan kepada Conan Doyle yang juga ahli pergerakan spiritual yang percaya bahawa manusia dapat bercakap dengan roh seseorang yang mati menerusi perantaraan psikik. Doyle menjelaskan bahawa gambar itu adalah bukti bahawa terdapat ‘dunia lain’ di sebalik alam realiti ini.

Kisah bukti kewujudan pari-pari itu semakin menggemparkan ramai pihak apabila Doyle menyiarkan gambar berkenaan bersama artikel mengenai pari-pari yang ditulisnya dalam majalah The Strand.

Pada 1920, Gardner memujuk kanak-kanak itu merakamkan lebih banyak gambar pari-pari dan selepas beberapa minggu, lima gambar pari-pari berjaya dirakamkan Frances dan Elsie.

Setahun selepas itu, seorang ahli nujum terkenal, Geoffrey Hodson, dibawa ke Cottingley untuk mengesan sama ada kawasan itu benar-benar dihuni makhluk halus. Dia akhirnya mendakwa yang dia turut dapat melihat pari-pari itu sama seperti Frances dan Elsie.


Tahun demi tahun, kisah berkenaan terus diperdebatkan ramai pihak. Misteri gambar pari-pari itu akhirnya berlarutan selama 65 tahun dan dari kecil, dua kanak-kanak perempuan itu akhirnya dewasa dan tua.

Ketika Elsie berusia 81 tahun, dia sekali lagi ditemuramah wartawan majalah The Unexplained, Joe Cooper dan akhirnya, di hadapan lelaki itu, dia mengaku bahawa kelima-lima gambar itu adalah palsu.

Pari-pari itu hanyalah gambar yang dilukisnya mengikut lukisan dalam buku Princess Mary's Gift Book. Gambar itu kemudian digunting dan dilekatkan pada tumbuhan dengan menggunakan jarum supaya kelihatan berdiri. Selepas gambar berkenaan dirakamkan, dia dan Frances membuang semua bahan bukti pembohongan itu ke dalam sungai.

Selepas 65 tahun, pembohongan itu akhirnya terbongkar tetapi sesuatu yang menyedihkan adalah hakikat itu tidak diketahui Sir Arthur Conan Doyle yang meninggal dunia pada 1930. Lelaki itu mungkin percaya bahawa pari-pari adalah wujud sehingga ke akhir hayatnya.

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Artifak Puisi Cinta Tertua Di Dunia


Inilah surat cinta tertua di dunia yang dijumpai di lembah Niffer, 150 batu dari Baghdad, Iraq. Ia dikatakan ditulis pada sekitar tahun 2200SM.

Penemuan ini berdasarkan kajian arkeologi oleh Profesor Noah Kramer dari Philadelphia University pada tahun 1889. Pada awalnya ada kira-kira 70 ribu artifak yang berbahasa Sumeria yang tidak dapat diterjemahkan maksudnya. 58 tahun kemudian, dua orang ahli dalam bahasa Sumeria berjaya menterjemahkan maksud yang terkandung di artifak itu. Artifak tersebut kelihatan seperti kepingan batu yang terukir. Jika melihatnya, memang tidak dapat kita membacanya.

Surat dalam bentuk artifak itu ditulis oleh seorang pendita tinggi (High Priest) bangsa Sumeria bernama Inanna yang ditujukan kepada seorang Raja yang merupakan bakal suaminya. Sudah menjadi tradisi masyarakat Sumeria, si isteri akan menulis puisi cinta kepada suaminya di malam perkahwinannya.


Ini adalah terjemahan yang telah dilakukan oleh ahli bahasa Sumeria tersebut:

Bridegroom, dear to my heart,
Goodly is your beauty, honeysweet,
Lion, dear to my heart,
Goodly is your beauty, honeysweet.
You have captivated me,
Let me stand tremblingly before you.
Bridegroom, I would be taken by you to the bedchamber,
You have captivated me,
Let me stand tremblingly before you.
Lion, I would be taken by you to the bedchamber.
Bridegroom, let me caress you,
My precious caress is more savory than honey,
In the bedchamber, honey-filled,
Let me enjoy your goodly beauty,
Lion, let me caress you,
My precious caress is more savory than honey.
Bridegroom, you have taken your pleasure of me,
Tell my mother, she will give you delicacies,
My father, he will give you gifts.
Your spirit, I know where to cheer your spirit,
Bridegroom, sleep in our house until dawn,
Your heart, I know where to gladden your heart,
Lion, sleep in our house until dawn.
You, because you love me,
Give me pray of your caresses,
My lord god, my lord protector,
My Shu-Sin, who gladdens Enlil’s heart,
Give my pray of your caresses.
Your place goodly as honey, pray lay your hand on it,
Bring your hand over like a gishban-garment,
Cup your hand over it like a gishban-sikin-garment.
<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Pesawat Pelik Ciptaan Alexander Graham Bell

AEA Cygnet : Pesawat Sayap 3 Segi Rekaan Alexander Graham Bell


Tahukah anda bapa telefon moden Alexander Graham Bell pernah mencipta sebuah kapal terbang dengan kepak yang tidak konvensional. Bell mencipta pesawat yang diberi nama Aerial Experimental Association Cygnet. Secara keseluruhan 3 variasi Cygnet dihasilkan diantara 1907 dan 1912. Dari gambar di bawah anda pasti dapat melihat konfigurasi sayap Cygnet yang unik. Tidak seperti pesawat rekaan Adik Beradik Wright, Cygnet menggunakan sayap yang terdiri dari 3393 sel tehrahedral. Bell banyak melakukan kajian menggunakan layang-layang tetrahedral. In fact Graham Bell jugalah yang mencipta layang-layang berbentuk terahedral ini. Bell merasakan jika sebuah layang-layang boleh terbang dengan menggunakan sel tehrahedral, mungkin sebuah pesawat boleh dihasilkan dengan menjadikan sel-sel tehrahedral sebagai sayap.

Cygnet memulakan hidupnya sebagai sebuah glider tanpa pesawat. Ianya ditarik dibelakang sebuah kapal stim. Ianya berjaya diterbangkan tetapi mengalami kerosakan ketika cubaan pendaratan. Sungguhpun begitu Bell meneruskan eksperimen meletakkan seorang juruterbang. Pada 6 Disember 1907, Thomas Selfridge menerbangkan Cygnet yang ditarik di belakang sebuah motorbot. Ia berjaya terbang setinggi 51 meter sebelum musnah ketika pendaratan. Masalah yang dihadapi oleh Cygnet ialah ianya mudah diterbangkan tetapi hampir mustahil untuk didaratkan. Thomas Selfridge terselamat ketika pendaratan Cygnet dan kemudian bekerja dengan Adik Beradik Wright. The sad thing is Thomas Selfridge kemudian meninggal dunia ketika menerbangkan sebuah Wright Flyer pada tahun 1908 . Beliau menjadi individu pertama yang terkorban ketika menerbangkan sebuah pesawat.

Anyway Bell meneruskan percubaan menjadikan Cygnet sebuah pesawat yang boleh digunakan secara komersil dengan menghasilkan Cygnet II dan Cygnet III. Kedua-dua variant Cygnet ini dilengkapi dengan ski dan roda bagi memudahkan proses pendaratan. Tidak seperti Cygnet I, kedua-dua versi Cygnet baru ini gagal terbang. Cygnet III hanya mampu "terbang" setinggi 2 kaki!

Bell akhirnya menamatkan projek Cygnet apabila Cygnet III mengalami kerosakan sayap yang teruk pada tahun 1912.








<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>