Genius Yang Tidak Dihargai - Tapi Ciptaan Digunakan Sampai Sekarang!


Pernah kamu mendengar tentang Nicola Tesla ? Beliau ialah antara seorang perintis kemajuan teknologi dalam bidang elektrik.


Tahukah kamu, kenapa Nicola Tesla disebut sebagai Geek terhebat yang pernah hidup ?

Geeks tidak tidur bermalam-malam meninggalkan dunia supaya bila mereka keluar, mereka dapat ciptakan satu ciri yang baru untuk dunia luar.

Mereka pemikir dan pembaiki benda yang tidak rosak.

Mereka meninggalkan dunia sosial kerena mereka sibuk memperbaharui sesuatu yang baru.

Mereka obses dan dalam banyak kes, mereka sengsara


Hampir 100 tahun yang lalu, seorang pencipta Amerika-Serbia mula membaiki barangan yang tidak rosak.

Pada masa dunia masih lagi dicerahi dengan nyalaan api lilin, satu sistem elektrik yang dikenali sebagai arus ulang-alik (AC) telah dicipta dan sehingga hari ini ianya digunakan untuk mencerahkan isi rumah di planet ini.

Kepada siapa kita perlu berterima kasih di atas ciptaan tersebut yang membawa manusia ke revolusi perindustrian yang kedua ?
Tetapi, apa yang aku tahu, Thomas Edison ialah bapa Zaman Elektrik ? - Orang Ramai
Tidak. Ianya ialah Tesla


Apabila orang berfikir tentang Thomas Edision, mereka akan berfikir tentang seseorang yang telah mencipta bulb (mentol lampu)

Edison tidak mencipta mentol lampu, dia hanya memperbaiki dan memperbaharui idea yang di fikirkan oleh 22 orang lain yang menjadi perintis kepada idea tersebut.

Edison sebenarnya ialah orang yang berjaya mencari jalan bagaimana hendak menjual mentol tersebut.

Tesla bekerja dengan Edison pada awal karier beliau. Edison menawarkan bayaran berjuta dollar yang sama dengan kos untuk dia membaiki masalah dengan penjana dan motor arus terus.

Tesla berjaya perbaiki mesin Edison, dan apabila dia minta duit yang telah dijanjikan.
Edison ketawakan Tesla dan berkata

"Tesla, kamu tidak faham lawak orang Amerika"


Edison ialah contoh yang baik untuk orang yang bukan GEEK yang bekerja di dalam pekerjaan GEEK

Edison percaya, nilai ciptaan beliau boleh dikira dengan berapa banyak duit yang dia boleh hasilkan. Dia bukan seorang ahli matematik mahupun saintis - dia percaya, dia boleh mengupah orang untuk itu.

Edison bukan seorang geek; dia ialah CEO

Tesla dikenali sebagai seorang yang banyak menemui perkara yang hebat dan kemudian terlupa hendak menulis tentangnya.

Edison terkenal sebagai seorang yang akan terkejar-kejar ke pejabat paten sebaik sahaja dia mengetahui pekerjanya menemui sesuatu.


Selepas Tesla keluar daripada syarikat Edison, beliau terus memperbaharui sistem elektrik arus ulang alik (AC) beliau.

Ini menyalakan api dengki Edison.
Edsion pada masa ini cuba untuk menjual kepada dunia sistem arus terus (DC)

DC sistem memerlukan penjana di setiap batu persegi dan tidak dapat menghantar arus elektrik pada jarak yang jauh. AC menggunakan wayar yang lebih halus, mempunyai lebih voltan, dan mampu menghantar arus untuk jarah yang jauh.


Jadi apa yang Edison lakukan ?

Tetangga yang tinggal berhampiran makmal Edison mula sedar akan kehilangan binatang peliharaan mereka.

Ini kerana Edison mengupah budak-budak sekolah 25 sen sekepala untuk anjing dan kucing yang masih hidup.

Edison kemudian menjadikan anjing dan kucing ini sebagai pameran dan kemudian memberi kejutan elektrik menggunakan arus ulang alik ciptaan Tesla.

Matlamat Edison cuma hendak mempengaruhi minda masyarakat bahawa arus ulang-alik Tesla tidak selamat untuk kegunaan isi rumah.

Jadi, siapakah Edison di dalam dunia sains dan teknologi ?



Pernah dengar tentang nama seorang lelaki yang bernama Marconi yang telah menerima hadiah Nobel kerana mencipta Radio ?


Tahukah kamu, apa yang Marconi lakukan ialah hanya menyambung kerja yang telah Tesla lakukan ? Selepas Marconi terkenal di seluruh dunia kerana telah melakukan penghantaran isyarat yang pertama di dunia, ini ialah respon Tesla
"Marconi ialah pengikut yang baik. Biar dia teruskan kerjanya. Dia sedang menggunakan 17 daripada paten aku"
Basically. Tesla = Pencipta yang sangat baik hati.



Pernah dengar tentang Radar ?

Seorang saintis yang bernama Robert. A. Watson-Watt telah dikreditkan diatas penciptaan radar pada tahun 1935

Boleh kamu teka, siapa yang telah mengemukakan idea tersebut pada tahun 1917 ?

Nicola Tesla.

Dia telah usulkan idea tersebut pada tentera laut U.S. pada awal Perang Dunia Pertama apabila dunia digemparkan dengan boat-U oleh German.

Malangnya.

Thomas Edison ialah ketua R&D (research and development) untuk tentera laut U.S. yang pada masa itu telah meyakinkan mereka ciptaan Tesla tersebut tidak akan memberi apa-apa kebaikan di dalam perang.

Nice Job Edison!


Wilhelm Rontgen secara amnya diketahui sebagai orang yang telah menemui Cahaya X (X-Rays)

Ok, bolehkah kamu teka siapa pencipta yang bermisai yang telah bertungkus lumus memikirkan idea ini dan kemudia lansung tidak mendapat apa-apa kredit ?

> Nicola Tesla <

Juga, semasa penemuan x-ray, dipercayai ia mampu mengubat buta dan penyakit-penyakit yang lain. Tesla telah memberi amaran bahawa x-ray sangat merbahaya dan dia menolak untuk bekerjasama melakukan eksperimen bersama yang lain.

Edison, tidak melepaskan peluang untuk menaikkan nama diri yang ada di depan mata, secara terus masuk ke bahagian eksperiment manusia dengan x-ray. Salah seorang pekerjanya, Clarence Dally, telah terdedah kepada radiasi x-ray terlalu banyak sehingga terpaksa dipotong tangan beliau untuk menyelamatkan nyawanya. Malangnya, ianya tidak berhasil, Dally meninggal disebabkan kanser.
Clarence Dally ialah manusia pertama yang meninggal akibat daripada radiasi x-ray - AKHIRNYA, ciptaan pertama Edison!

Tambahan, Edison hampir-hampir telah membutakan matanya selepas berkali-kali mencahayakan x-ray ke arah matanya. Apabila bertanya tentang x-ray, Edison berkata
Don't talk to me about X-rays. I afraid of them.
- Thomas Edison




Pernah terfikir siapa yang telah mencipta sistem hidroelektrik yang pertama di Niagara Falls dan buktikan kepada dunia bahawa kuasa seperti ini praktikalnya ialah sumber tenaga ?

Nicola Tesla


Siapa yang telah melakukan eksperimen kejuteraan kriogenik selama setengah abad sebelum penciptaannya dikeluarkan (dinyatakan) ?

Tesla

Siapa yang mengasaskan paten seratus tahun dahulu yang kemudiannya digunakan didalam penaiktarafan transistor ?

Tesla

Siapa yang menemui resonant frequency Bumi ?

Tesla

Resonant frequency ialah sesuati yang saintis tidak dapat pastikan selepas 50 tahun kemudian apabila teknologi dapat membuktikan apa yang dimaksudkan oleh Tesla pada tahun 1890-an.


Siapa yang pernah mencipta mesin gempa bumi yang hampir meranapkan seluruh New York City apabila dihidupkan ?

Tesla

Pernah dengar tentang bebola elektrik ?

Ini bukan bebola elektrik
Ianya ialah elektrik yang mempunyai bentuk seperti bola dan bergerak dengan perlahan di atas permukaan bumi.

Ianya ialah satu fenomena yang sangat asing dan unik. Sehingga sekarang, masih belum ada sainstis yang dapat menghasilkannya di dalam makmal


Oh, kecuali Tesla yang telah melakukannya pada tahun 1890.


Pernah terfikir siapa yang mencipta remote control ?

Tesla

Cahaya Neon

Tesla

Motor elektrik moden

Tesla

Komunikasi tanpa wayar

Tesla


Kamu tahu apabila kamu perlukan elektrik untuk rumah kamu dan ia (elektrik) secara mudahnya dapat diperoleh melalui ionsphere Bumi dan charge semuanya tanpa wayar ?

Oh. Itu ialah sesuatu yang ditemui oleh Tesla tetapi tidak dikongsi kerana takut akan ada saintis yang akan mencuri paten tersebut.

Tanpa soalan
Tesla ialah genius

Dia bercakap dalam 8 bahasa
Serbian, English, Czech, German, French, Hungarian, Italian dan Latin.

Dia mampu menghafal sesebuah buku dan membacakan kembali pada bila-bila masa.

Dia mampu membayangkan ciptaannya di dalam imaginasi dan kemudian bina ciptaan tersebut tanpa menulis apa-apa.

Dan, apa yang lebih mengkagumkan, dia yang hidup selama 86 tahun membujang seluruh hidupnya.

Walaupun ketinggiannya beliau ialah 6 kaki 6 inci dan sangat popular dikalangan wanita, Tesla tidak mahu untuk menjalinkan hubungan kerana beliau percaya ia hanya akan menggangu kerjanya.

ps : Thomas Edison mengahwini dengan seorang gadis berumur 16 tahun.


Jadi dengan kepandaian dan kehebatan ciptaan beliau, beliau sepatutnya kaya dan terkenal bukan ?

Malangnya tidak

Tesla hidup dizaman dimana dunia lebih mementingkan keputusan yang akan menguntungkan; kami tidak mahu astronomi, kami mahu mentol lampu dan oven pembakar.

Ciptaan Tesla bukannya peningkatan kemajuan.
Tetapi ianya ialah revolusi

Salah satu hadiah terakhir Tesla kepada dunia ialah sebuah menara di Bandar New York yang dapat memberikan tenaga tanpa wayar kepada seluruh planet. Lelaki yang menaja ciptaan tersebut telah menutup menara tersebut apabila dia ketahui bahawa ianya tidak akan menguntungkan.


Tesla Meninggal seorang diri di sebuah bilik di sebuah hotel di Bandar New York. Dia hidup dengan susu dan biskut, dan pada sesi temuramah beliau yang terakhir, beliau telah mendedahkan satu sifat pribadi beliau

I have been feeding pigeons, thousands of them, for years. But there was one pigeon, a beautiful bird, pure white with light gray tips on its wings; that one was different. It was a female. I would know that pigeon anywhere. No matter where I was that pigeon would find me, when I wanted her I had only to wish and call her she would come flying to me. She understood me and
I understood her.

I loved that pigeon.

Yes. I loved her as a man loves a woman, and she loved me.

As I looked at her I knew she wanted to tell me - she was dying. And then, as I got her message, there came a light from her eyes - powerful beams of light.


<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Berani? Tempat Paling Seram Di Malaysia

1. Kediaman Mona Fendi atau Mona Fendey​

Mona Fendi adalah nama yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia dari zaman 90-an. Nama ini juga tidak lari dari dikaitkan dengan hantu. Mona Fendi yang merupakan seorang penyanyi dikatakan telah terlibat dengan satu ritual yang melibatkan ilmu hitam untuk membantu ahli politik, Mazlan Idris mendapatkan kekayaan dan kuasa. Ritual itu berakhir dengan ahli politik tersebut dikerat kepada 18 bahagian dan ditanam di halaman belakang rumahnya.

Ada yang mengatakan rumah Mona Fendi yang terletak di Seksyen 12 Shah Alam masih berhantu sehingga kini. Malah, beliau juga pernah menyebut bahawa dia ‘tidak akan mati” sebelum dijatuhkan hukuman gantung pada 2001.

2. Villa Nabila​

Selain daripada Mona Fendi, Villa Nabila juga terkenal dengan cerita seramnya sendiri. Villa Nabila dinamakan diatas nama anak perempuan keluarga yang tinggal di rumah tersebut. Terdapat banyak kemungkinan yang menyebabkan rumah di Johor Bharu ini dikatakan berhantu, antaranya kematian penghuni villa, pembunuhan berantai oleh pembunuh upahan dan bapanya yang dikatakan membunuh seluruh ahli keluarga kerana mempunyai masalah kewangan. Tidak kisah daripada mana datangnya cerita hantu di rumah tersebut, hanya yang betul-betul berani (atau gila) akan masuk ke rumah tersebut.

3. Highland Tower​

Dalam senarai tempat paling berhantu di Malaysia, tidak sah kalau tidak sebut tentang Highland Towers. Bangunan yang terletak di Bukit Antarabangasa ini runtuh pada tahun 1993 dan membunuh 48 orang.

Bangunan ini dikatakan telah menjadi tempat tumpuan para pemburu hantu. Ada yang mengatakan pernah melihat jelmaan wanita tua dan bayi melintasi kawasan bangunan tinggal ini. Adakah ini hantu bayi berusia 8 bulan nenek berusia 77 tahun yang meninggal dunia ketika runtuhan tersebut berlaku? Tiada siapa yang tahu jawapannya. Rancangan untuk merobohkan bangunan ini telah banyak kali diusulkan, peliknya ia tidak pernah terjadi.

4. 99 Mansion/ Caledonia House atau Byram Estate​

Dikenali dengan nama 99 Mansion, Byram Estate dan juga Caledonia House, lokasi rumah berusia lebih daripada 150 tahun ini terletak di Pulau Pinang serta penuh dengan kisah pembunuhan dan ilmu hitam.

Terdapat cerita yang mengatakan bahawa berlakunya pembunuhan terancang terhadap cucu kepada sebuah keluarga yang tinggal di 99 Mansion. Seluruh keluarga yang menetap di situ juga dikatakan dibunuh oleh tentera Jepun yang menceroboh ke Malaysia.

Bangunan ini seterusnya dihuni oleh seorang doktor yang mengamalkan ilmu hitam yang mungkin telah meninggalkan segala hantu yang dimilikinya di bangunan tersebut dan menyebabkan bangunan tersebut bertambah seram.


5. Bukit Tunku​

Bukit Tunku yang terletak di Kuala Lumpur ini merupakan tempat tinggal bagi golongan atasan kerana harganya yang terlalu mahal. Rumah di Bukit Tunku juga pernah menjadi rumah yang termahal yang terjual di tahun 2020. Walaupun begitu terdapat beberapa rumah yang dikatakan berhantu dan mempunyai sejarah hitam.

Cerita hantu di Bukit Tunku dikaitkan dengan rumah penjajahan British yang dihantui oleh hantu wanita yang telah membunuh diri dan hantu misteri yang berkeliaran di kawasan tersebut pada waktu malam.

6. Banglo di Taman Tenaga Puchong​

Banglo ini terletak di kawasan berbukit. Pemilik banglo ini dikatakan telah meninggalkan rumahnya dalam keadaan terbiar kerana terlihat satu kejadian yang menggerunkan. Versi lainnya pula mengatakan telah berlaku pembunuhan yang melibatkan nyawa satu keluarga yang pernah berhutang kepada ceti haram.

Mereka yang berani memasuki bangunan ini mengatakan pernah ternampak lilin berwarna merah yang dikaitkan dengan pelbagai ritual.

7. Kellie’s Castle​

Bangunan ala Scottish ini terletak di Batu Gajah, Perak. Bangunan ini telah dibina oleh William Kellie Smith untuk isteri (Agnes) dan dua orang anaknya, Helen dan Anthony. Bangunan istana ini dibina untuk menunjukkan kejayaannya tetapi disebabkan oleh masalah kekurangan wang, bangunan ini tidak berjaya disiapkan.

Keadaan semakin buruk apabila William meninggal dunia di Lisbon pada usia 56 tahun. Keluarganya telah mengambil keputusan untuk menjual bangunan yang belum siap tersebut. Pemilik baharu bagunan tersebut juga tidak mengambil sebarang tindakan terhadap bangunan yang dibelinya dan bangunan tersebut dibiarkan begitu sahaja.

Semasa penjajahan Jepun, bangunan istana itu telah digunakan sebagai tempat untuk menyeksa dan membunuh tahanan. Ada yang mengatakan pernah ternampak kelibat hantu yang berlegar di sekitar bangunan tersebut. Selain itu, tiada siapa yang pasti.

8. Rumah Berhantu Bukit Gasing / Rumah SG​

Tiada kena mengena dengan negara Singapura. Nama SG diberi kerana dipagarnya terdapat tulisan S dan G yang besar. Nak tahu bagaimana anda berada di lokasi yang tepat, anda akan dapat lihat dua buah kereta jenis Alfa Romeo dan Porsche yang terbiar.

Cerita mengapa rumah ini berhantu masih menjadi misteri, namun ada cerita yang mengatakan isteri kepada tuan rumah telah menuduh suaminya mempunyai hubungan dengan perempuan simpanan dan telah telah membunuh perempuan tersebut. Manakala suaminya pula membunuh diri selepas mengetahui isterinya membunuh diri dengan menggantung dirinya sendiri.

Terdapat juga ceita bekaitan dengan seorang pengamal ilmu hitam yang menjadikan tempat tersebut sebagai tempat menguji kekuatannya. Apa pun cerita yang anda dengar, janganlah masuk ke rumah berhantu ini, melainkan anda sendiri yang mencari masalah.

9. Hotel Mandarin Pacific​

Ada desas desus mengatakan Hotel Mandarin Pacific yang terletak di tengah-tengah KL ini berhantu. Ramai juga yang mengatakan terdengar bunyi pintu dan kerusi bergerak pada waktu malam atau bunyi guli jatuh di atas lantai (mengikut kepercayaan orang Melayu, bunyi ini bermakna tempat ini berhantu). Semua cerita ini dikatakan berpunca daripada bilik 1102.

10. First World Hotel​

Sukar nak percaya, tapi terdapat cerita mengenai First World Hotel yang berhantu berpunca daripada salah satu mangsa judi yang telah kehabisan wang dan mengambil keputusan untuk membunuh diri. Buktinya, ada beberapa tetamu hotel yang tiba-tiba jatuh sakit, terbau kemenyan di sesetengah kawasan (terumata di kawasan yang pernah dilalu mangsa, menurut kepercayaan Cina).

Namun, bilik-bilik di hotel tersebut habis ditempah tak kisah apa pun alasannya.

11. Mimaland​

Sebelum Sunway Lagoon dan Lost World of Tambun popular..kita pernah ada Mimaland!

Sukar nak percaya yang suatu ketika dahulu, Mimaland yang terletak di Gombak adalah taman tema air yang paling hebat pernah dibina di Malaysia.

Masalah Mimaland bermula dengan kematian pelancong dari Singapura yang berumur 27 tahun. Kematiannya berpunca daripada papan gelongsor dan beberapa masalah keselamatan yang menyusul. Terdapat rancangan untuk menghidupkan semula Mimaland, namun gagal.

Kami tidak pernah dengar cerita orang terlihat hantu di sini. Namun, berjalan di sekitar ini pastinya membuatkan bulu roma anda berdiri.Sebaik boleh kami cuba elaknya.



<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Sejarah Badminton Negara - Servis Sidek


Pada penghujung dekad 1970-an 'lahir'nya beberapa bintang sukan muda yang dikenali sebagai anak-anak Sidek atau adik beradik Sidek. Misbun Sidek, Razif Sidek dan Jalani Sidek mencipta nama dalam arena sukan badminton Malaysia dalam masa yang begitu cepat. Banyak kejuaraan yang mereka menang di dalam negara ketika itu hingga layak dipilih mewakili negara ke pertandingan badminton peringkat antarabangsa dalam usia yang masih remaja.

Adik beradik Sidek menjadi terkenal serta merta dalam arena badminton antarabangsa setelah mereka memperkenalkan teknik servis (pukulan bulu tangkis) yang luar biasa, yang tidak pernah terfikir boleh dilakukan oleh mana-mana pemain badminton di dunia. Teknik servis tersebut kini dikenali sebagai Servis Sidek.

Cara melakukan Servis Sidek ialah dengan sebelah tangan memegang kepala bulu tangkis ke arah atas, manakala bahagian bulunya pula menghala ke arah permukaan gelanggang. Sebelah tangan lagi yang memegang raket perlu berada dalam kedudukan untuk membuat pukulan backhand (memukul bulu tangkis dengan tolakan pergelangan tangan, dan bukannya dengan hayunan keseluruhan tangan). Setelah berada dalam kedudukan tersebut, servis akan dilakukan dengan tolakan raket ke arah bahagian bulu. Bulu tangkis yang dipukul sebegitu akan berpusing-pusing melayang ke arah gelanggang lawan. Servis Sidek dianggap menyukarkan pihak lawan untuk membalas pukulan kerana pihak lawan perlu betul-betul pasti bilakah kepala bulu tangkis yang berpusing-pusing itu akan menghadap ke arah mereka sebelum ia boleh dipukul kembali, kerana pukulan balas yang salah pada bahagian bulu akan menyebabkan hantaran yang tidak sempurna malah boleh menyebabkan bulu tangkis melekat pada jaringan raket pihak lawan.

Penggunaan Servis Sidek mendapat banyak bantahan dalam arena badminton antarabangsa ketika itu, tetapi bukanlah kerana ia memberi kelebihan kepada adik beradik Sidek semata-mata. Servis Sidek sebenarnya boleh digunakan oleh semua pemain badminton di seluruh dunia untuk kelebihan mereka sendiri, malah adik beradik Sidek sendiri juga tidak terlepas daripada menjadi 'mangsa' teknik servis ciptaan mereka itu. Kontroversi teknik pukulan bulu tangkis yang luar biasa itu memaksa Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) mengambil keputusan untuk mengharamkan penggunaan Servis Sidek pada 1980. Oleh kerana terdapat perbezaan pendapat di mana beberapa buah negara selain Malaysia telah menyokong penggunaan Servis Sidek, maka pengharaman itu dibatalkan setahun kemudian.

Pada 29 Mac 1982, pasangan beregu Razif (19 tahun) dan Jalani (18 tahun) mencipta sejarah dengan memenangi pertandingan badminton berprestij All England yang sudah lama tidak dimenangi oleh Malaysia. Sejurus selepas itu IBF mengambil keputusan untuk mengharamkan terus Servis Sidek daripada digunakan dalam semua pertandingan badminton di seluruh dunia dengan alasan bahawa bulu tangkis dicipta untuk dipukul pada bahagian kepalanya dan bukan bulunya. Walaupun begitu, kejayaan adik beradik Sidek menjuarai satu demi satu pertandingan badminton antarabangsa selepas itu membuktikan kehandalan semulajadi mereka dalam sukan ini. Sekiranya Servis Sidek tidak diharamkan dulu, mungkinkah telah tercipta pula teknik pukulan balas yang tidak kurang hebatnya?

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Kehebatan Pedang Persia - Paling Tajam Di Dunia!



Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar pembuatan pedang barat. Ketajamannya mampu menembus baju besi crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya.

Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.



Pedang ini diperbuat besi baja "damascus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat.


Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman mengakui kehebatan pedang ini​


Kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.

Setelah sekian lama pedang ini menjadi rahsia akan kehebatannya, akhirnya pengkaji barat telah berjaya membongkar rahsia pedang ini.


Rod "Damascus" bersaiz Nano didalam pedang Salahuddin Al-Ayyubi​


Rupa-rupanya didalam pedang ini terdapat sebatang tiub rod "Damascus" yang bersaiz nano yang mudah lentur,tidak mudah patah dan sentiasa tajam sehinggakan mampu membelah apa saja.


Apa itu CNT?
Rod "Damascus" berupa rantaian atom karbon yang sangat hebat​


CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.


Teknologi NANO.
Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12

Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur.
Salahuddin Al-Ayyubi ​


Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "damascus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya. 

Kehebatan pedangnya digeruni musuh-musuh Islam​


Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus.


Teks kajian barat tentang Pedang "Damascus"​


Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.​







<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Siapa Bina Jambatan Raksasa Purba Ni?


Adam Bridge,atau dikenali juga dengan nama Rama Bridge merupakan salah satu daripada beberapa tempat paling misteri di dunia. Jambatan purba misteri sepanjang 30 Km yang menghubungkan antara Manand Island (Srilanka) dan Pamban Island (India) ini dipercayai telah berumur lebih daripada 1 juta tahun!

Struktur Rama Brige sendiri sangat mudah terlihat dari atas permukaan air laut kerana kedudukannya yang tidak terlalu dalam,iaitu hanya ditenggelami air sedalam kira-kira 1.2 meter (jika air laut sedang surut).

Status jambatan ini masih merupakan misteri sehingga kini, menurut tafsiran para pengkaji,dikatakan Rama Bridge berkemungkinan mempunyai kaitan yang rapat dengan mitos terkenal India, Ramayana.

Srilankan Archeology Department telah mengeluarkan suatu statment yang menyebutkan usia Rama Bridge mungkin berkisar diantara 1000000 hingga 2000000 tahun, namun apakah jambatan ini benar-benar terbentuk secara semulajadi atau adakah ia merupakan suatu ciptaan manusia? Sehinnga kini persoalan ini masih belum dapat dirungkaikan.

S.U.Deraniyagala, Pengarah Pusat Arkeologi Sri Lanka yang juga merupakan pengarang buku “Early Man and the Rise of Civilization in Sri Lanka: the Archaeological Evidence mengatakan bahawa peradaban manusia telah muncul di Kaki Gunung Himalaya sekitar 2000.000 tahun lalu. Walaupun menurut para sejarawan peradaban paling awal di benua India adalah peradaban bangsa Ca, hal itu bukan merupakan suatu jaminan bahawa terdapat peradaban yang jauh lebih tua lagi dari mereka sebelumnya.

Para sarjana menaksirkan bahawa kemungkinan jambatan purba ini dibangunkan setelah daratan Sri Lanka terpisah daripada India jutaan tahun silam.

Di dalam Epik Ramayana,jambatan itu dibangunkan oleh para pasukan manusia kera dibawah pengawasan Rama. Maksud dari pembangunannya sendiri ialah sebagai tempat penyeberangan menuju Negeri Alengka dalam misi untuk menyelamatkan Dewi Shinta, dimana pada saat itu Dewi Sinta diculik oleh Raja Kerajaan Alengka, iaitu Rahwana.

Epik Ramayana, menurut Kalender Hindu seharusnya berada pada masa Tredha Yuga (menurut cakram masa evolusi hindu/ cakram Hinduism tentang Epos tersebut terbahagi kepada masa Sathya (1728000 tahun), Tredha (1296000 tahun), Dwapara (864000 tahun) dan Kali (432000 tahun).

Tahap sekarang menurut kalender mereka ialah Kali. Bermaksud menurut Epik tersebut, usia dari Rama Bridge sekitar 1.7 juta tahun lalu.




<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Misteri Kapal Sumpahan Flying Dutchman

Kisah kapal misteri Flying Dutchman yang berkaitan dengan laut kembali beberapa abad lalu. Dikatakan kapal Flying Dutchman, "kapal hantu" dilihat oleh orang ramai di seluruh dunia selama beratus-ratus tahun. Ada yang mengatakan bahawa sesiapa melihat kapal dan hantu kapal Dutchman akan membawa nasib buruk ke atas kapal dan kapal mereka mungkin akan karam.

Menurut fakta,kapal ini hanya nampak di kejauhan dengan sinaran cahaya samar-samar di malam hari.

Ia mungkin berasal dari cerita dongeng abad ke-17. Beratus-ratus tahun versi cerita ini wujud dan menakutkan para pelayar-pelayar Inggeris sehingga ke abad-20.

Ramai yang mengatakan , mereka pernah terserempak dengan kapal berhantu tersebut terutama di sekitar Cape of Good Hope, Afrika.


Kisah dan sejarah kapal hantu The Flying Dutchman

Pelayar kapal ini dikatakan bernama Hendrick Van der Decken berasal dari Belanda. Kapten Hendric.

Kapal dan misteri The Flying Dutchman adalah kapal hantu legenda yang tidak dapat berlabuh di daratan atau singgah mana-mana pelabuhan.

Kapten Falkenburg yang telah disumpah bersama-sama anak kapalnya itu menjadi jasad hidup dan berlayar di tujuh lautan untuk selama-lamanya sehingga ke hari kiamat.

Mengapa ia menjadi sebuah kapal berhantu?

Menurut legenda, Kapten Hendrick Van der Decken disyaki meminta bantuan iblis/jembalang laut untuk pelindungan dari badai dan taufan semasa pelayaran.

Namun ditengah pelayarannya ke Cape of Good Hope tiba-tiba cuaca buruk,ribut taufan melanda di depan kapal mereka dengan dasyat. Lalu, salah seorang anak kapal meminta supaya pelayaran dihentikan. Tetapi kapten Hendrick tidak mahu, lalu dia berkata...

"aku bersumpah tidak akan berundur dan akan terus membelah badai dan ribut untuk mencapai bandar tujuanku, atau aku beserta semua anak kapal akan terlaknat selama-lamanya jika kita semua berundur".

Tiba-tiba badai dengan dasyat menghentam kapal itu sehingga mereka kalah melawan badai dan akhirnya kapal mereka karam.

Mereka ditimpa sumpahan laknat

Dan dengan itu maka terkutuklah selama-lamanya Kapten Hendrick bersama para anak kapalnya itu dan menjadi jasad hidup dan berlayar di tujuh lautan untuk selama-lamanya.

Konon, Kapal tersebut dikutuk untuk melayari 7 lautan sampai akhir zaman. lalu cerita itu tersebar sangat cepat ke seluruh dunia.

Fakta-fakta lain

Sumber lain juga ada menyebutkan, mereka diserangan wabak penyakit berbahaya di kalangan anak-anak kapal sehingga mereka tidak dibenarkan untuk berlabuh di mana-mana pelabuhan.Mereka semua mati semasa dalam pelayaran oleh kerana diserang wabak penyakit.

Sejak itu, kapal dan awaknya dihukum untuk selalu berlayar, tidak pernah berlabuh di daratan.

Menurut beberapa versi, ini terjadi pada tahun 1641, dan ada sumber yang lain meneka tahun 1680 atau 1729. Terneuzen (Belanda) disebut sebagai rumah legenda Flying Dutchman, Van der Decken, seorang kapten yang mengutuk Tuhan dan telah dihukum untuk mengharungi lautan selamanya, telah diceritakan dalam novel karya Frederick Marryat - The Phantom Ship dan Richard Wagner opera.

Banyak saksi yang mengaku telah melihat kapal hantu ini. Pada tahun 1939 kapal ini kelihatan di Mulkzenberg.

Kapal Flying Dutchman dikatakan sering dilihat pada abad ke-19 dan ke-20. Menurut fakta yang dilaporkan, kapal itu bercahaya suram melintasi kapal-kapal lain.

Jika kapal Flying Dutchman melalui kapal-kapal lain, anak kapal Flying Dutchman akan cuba untuk menghantar mesej pada daratan, atau kepada roh-roh orang-orang yang telah lama mati di daratan.

Pertemuan yang tidak diduga dengan kapal The Flying Dutchman akan mengundang bahaya kepada kelasi-kelasi kapal dan mereka mempunyai cara untuk mengelak daripada kapal berhantu tersebut dengan memasangkan ladam kuda di kapal mereka untuk perlindungan.

Penemuan Yang Direkodkan

1823 :
Kapten Oweb , HMS Leven mendakwa telah dua kali terserempak dengan TFD.

1835 :
Semasa kapal british dilanda ribut , sebuah kapal yang didakwa sebagai TFD secara tiba-tiba telah melanggar kapal mereka dan tiba-tiba hilang begitu saja.

1881 :
Tiga orang anak kapal HMS Bacchante termasuk King George V telah melihat sebuat kapal berhantu yang berlayar menentang arus kapal mereka.Keesokan harinya , salah seorang daripada mereka ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan.

1879 :
Anak kapal SS Pretoria juga pernah melihat kapal berhantu tersebut.

1911 :
Sebuah kapal yang menangkap ikan paus hampir berlanggar dengan kapal berhantu TFD

1939 :
Beberapa orang di sebuah pantai terkejut kerana melihat sebuah kapal usang yang tiba-tiba HILANG!!

1941 :
Saksi dipantai Glencairn mendakwa sebuah kapal usang merempuh sebuah batu dan juga hilang.

1942 :
Empat orang saksi telah melihat sebuah kapal memasuki perairan Table Bay kemudian hilang.Seorang pegawai telah merekodkan penemuan tersebut di dalam log kapalnya.

1959 :
Sebuah kapal Straat Magelhaen hampir berlanggar dengan kapal berhantu TFD.

Benar atau tidak...wallahualam...siapa yang menjadi saksi mendengar sumpahan Kapten Hendrick? Dan siapa yg membawa perkhabaran itu....? Para kelasi (anak kapal) dikhabarkan semua sudah meninggal.

Wallahualam...

 

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Amukan Gajah Di Perak - Serang Keretapi


Sungai Kerawai yang terletak di Teluk Intan, Perak, telah terpalit dalam lipatan sejarah pengangkutan di Malaysia kerana di kawasan inilah, sekumpulan gajah telah menyerang gerabak kereta api penumpang secara bertentangan. Apa yang menakjubkan, peristiwa berdarah yang berlaku lebih seabad lalu itu dikatakan bermotifkan dendam.

Sejarah sistem rel di Tanah Melayu telah membuka lembarannya pada 1 Jun 1885 apabila jalan kereta api yang pertama, menghubungkan Taiping dengan Port Weld (Kuala Sepetang), telah dibuka dengan rasminya oleh Sir Hugh Low – Residen Perak ketika itu. Tujuan utama aliran itu dibina adalah untuk menghubungkan kawasan perlombongan di Larut dengan pelabuhan terdekat iaitu Port Weld.

Tidak berhenti di situ, pihak British seterusnya membina laluan kereta api di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu. Sehinggalah pada tahun 1905, landasan kereta api dari utara ke selatan siap dibina sepenuhnya yang menghubungkan stesen Butterworth ke Melaka.

Pada peringkat awal sistem pengangkutan ini beroperasi, iaitu ketika zaman sebelum merdeka, ia sering menerima ancaman dan serangan luar jangkaan. Bukan sekadar serbuan daripada pengganas komunis, tetapi juga ancaman daripada haiwan liar. Paling tragis, serangan sekumpulan gajah yang naik minyak dan mengamuk dengan menyerang kereta api yang sedang meluncur laju di atas landasan.


Menurut Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail, kejadian tersebut berlaku pada tahun 1894, membabitkan perjalanan kereta api penumpang dari Ipoh, Perak menuju ke Kuala Lumpur. Kereta api wap itu membawa tiga gerabak penumpang yang kebanyakannya terdiri daripada saudagar serta tauke lombong yang baru pulang meninjau beberapa lokasi perlombongan di Perak.

Sebaik tiba di Teluk Anson – kini dikenali sebagai Teluk Intan - kereta api yang dipandu oleh seorang warga Inggeris itu diserang oleh seekor gajah jantan bersama sekawan gajah lain yang menunggu di laluan kereta api. Gajah jantan tersebut telah merempuh kereta api yang sedang bergerak itu secara berhadapan – dengan cara menyondol.

Rempuhan itu telah menghasilkan momentum yang amat kuat sehingga kereta api berkenaan tergelincir dan gerabaknya terkeluar daripada landasan. Beberapa batang besi rel juga turut tercabut serta patah.

Ketika kejadian, kereta api berkuasa wap itu dipandu antara 40 hingga 50 batu sejam dan ia dianggap laju bagi keupayaan enjin kelas wap. Menurut Ibrahim, model kereta api wap yang terbabit dalam rempuhan gajah itu adalah sama dengan model kereta api yang dipamerkan di Muzium Negara ketika ini.

Dengan muatan tiga gerabak penumpang yang mempunyai kelajuan seperti itu, sukar untuk dibayangkan kekuatan seekor gajah yang mampu ‘menumpaskan’ sebuah kereta api.

Berdasarkan kepada cerita lisan, gajah jantan berkenaan dikatakan mempunyai susuk yang besar, lebih besar daripada gerabak kereta api. Penduduk setempat percaya, gajah jantan itu mengamuk untuk menuntut bela di atas kematian anaknya yang dirempuh kereta api di kawasan yang sama, beberapa tahun sebelum itu.

Kemudian pada tahun 1888, seekor gajah betina pula maut dilanggar kereta api ketika menyelamatkan sekumpulan gajah lain yang sedang melintasi laluan rel. Dikatakan, gajah betina itu merupakan anak kepada gajah jantan tersebut.

Jelas Ibrahim lagi, gajah sememangnya dikenali antara haiwan yang sangat pantang atau terlalu sensitif melihat cahaya pada waktu malam. Secara kebetulan, kejadian itu juga berlaku antara lewat petang dan senja, iaitu sekitar pukul 5.00 hingga 7.00 petang. Hutan tebal yang menyelubungi kawasan tersebut menjadikan suasana sekeliling agak gelap.

Bagaimanapun, akibat rempuhan yang sangat kuat secara berdepan, gajah jantan itu mati di tempat kejadian. Dua orang pekerja kereta api warga India turut terbunuh. Manakala penumpang lain yang menaiki gerabak belakang hanya mengalami kecederaan ringan.

Sehingga kini, kejadian tersebut masih diingati oleh penduduk di sekitar Teluk Intan, Perak. Bagi memperingati sejarah tersebut, tengkorak gajah terbabit telah diawet dan disimpan di Muzium Perak yang terletak di bandar Taiping untuk tatapan umum. Tulang paha gajah itu ditempatkan di Muzium KTMB, manakala gadingnya difahamkan telah dibawa pulang ke England oleh pihak British ketika itu.






<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>