AMALAN MURAH REZEKI USTAZAH NOOR BAHYAH


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah-Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar-Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa-Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah -Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa-Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah-Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain-Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat-Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak -Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi -Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim-Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk-Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah-Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)-Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha-Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah -Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu-Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa-Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya.  
Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya-Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. 
Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal-Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

ASAL USUL DAN MAKSUD PERKATAAN MACAI


Dulu Melayu Menentang, Kini Melayu Mempopularkan

Dahulu, orang Cina di negara ini menyedari bahawa perkataan "Macai" (馬仔) adalah pantang besar kepada orang Melayu. Ini kerana perkataan 'Ma' (馬) yang membawa maksud 'kuda', turut menjadi karekter yang digunakan dalam mengeja perkataan Melayu (Malai - 馬來) dan Malaysia (Malaixiya - (馬來西亞). Maka perkataan 'Ma' (馬) telah menjadi kependekan yang sinonim dengan Melayu atau Malaysia.

Sensitiviti ini lama kelamaan dilupakan oleh orang Melayu sendiri. Melayu mudah lupa. Tetapi orang Cina tidak melupakannya.

Ini diawali oleh sikap orang Melayu yang sesetengahnya tidak suka mendengar perkataan Malaicai (馬來仔) digunakan oleh orang Cina sesama mereka terutama di tempat kerja bagi merujuk kepada pekerja Melayu kerana orang Melayu ini lebih suka dirujuk dengan nama mereka.

Perkataan "Cai" (仔) mengikut lidah Kantonis pula membawa maksud 'si kecil, si muda , atau binatang yang muda'. Slang Kantonis juga menggunakan perkataan ini untuk memberi maksud budak lelaki atau anak lelaki.

Walaupun maksud "Macai" (馬仔) itu secara terjemahan terus boleh lah dimaksudkan 'budak yang diperkudakan', namun perkataan ini tidak wujud dalam kamus bahasa Cina di Tanah Besar China dan ia merupakan perkataan yang lahir di Tanah Melayu. Ia juga merupakan hasil kependekan kepada "Malaicai" yang disebut dengan bunyi "Macai".

Perkataan 'Macai' (馬仔) yang kita selalu dengar dan perkataan 'budak Melayu' (Malaicai - 馬來仔) yang kita tidak suka dengar dari mulut orang Cina, dilihat berkongsi karekter yang sama namun dibezakan dengan dengan perkataan 'Lai' (來) yang ditiadakan.

Apabila perkataan 'Ma' (馬) telah diketahui menjadi kependekan yang sinonim dengan Melayu atau Malaysia selain maksud asalnya yakni 'kuda' dan apabila tiada perkataan Macai (馬仔) wujud dalam kamus Cina di Tanah Besar Cina, jelas sekali perkataan ini berorientasikan maksud tempatan yakni dalam konteks perkaitannya dengan perkataan Melayu (Malai - 馬來) dan Malaysia (Malaixiya - (馬來西亞).

Maka, ringkasannya, perkataan "Macai" (馬仔) itu sendiri membawa dua erti yakni pada bahasa dan istilah. Dari segi bahasa, ialah membawa maksud 'budak yang diperkudakan' manakala dari segi istilah, ia membawa maksud 'budak Melayu'.Penggunaan perkataan ini di Malaysia tidak memisahkan kedua-dua maksud ini.

Hari ini, sangatlah memalukan apabila kita mendapati anak-anak Melayu 'memacai' sesama mereka sendiri tanpa mengetahui makna serta asal usul datangnya perkataan tersebut yang pada awalnya merupakan kata yang dianggap menghina bangsa mereka.

Padahal bangsa Cina di negara ini amat berhati-hati dalam menggunakan perkataan ini bimbang ia mengguris sensitiviti orang Melayu yang mengerti.

Untuk rekod, perkataan Macai di atas tiada kena mengena dengan ejensi nombor ramalan Damacai (大马彩) yang berbunyi 'Taimachoi' dalam Kantonis yang membawa maksud "Himpunan Besar Warna-Warni Kuda".

Perkataan kewujudan perkataan Cina ini juga tiada kena mengena dengan asal muasal perkataan "Pencacai" yang dipopularkan oleh P Ramlee dalam filem Tiga Abdul yang lebih kurang bermaksud kuli pengampu.

Perkataan pencacai mungkin bermaksud lebih kurang dengan macai. Tetapi perkataan macai membawa konotasi buruk terhadap bangsa Melayu sendiri apabila ia memberi peluang pihak lain tertawa dalam diam.

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Peristiwa Rusuhan Politik 13 MEI 1969


Pembangkang meraikan kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, S'gor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di S'gor yang menyaksikan 50:50 di S'gor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar KL. Perarakan hingga ke Jln Campbell dan Jln Hale dan menuju ke Kg Baru. Sedangkan di Kg Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar S'gor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai maksud yang negatif. Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi jln.

Perarakan kematian Cina
Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, KL. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

Rumah Menteri Besar S'gor
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar S'gor di Jln Raja Muda Abdul Aziz di Kg Baru, KL. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar S'gor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dr Dato' Harun Idris untuk mengamuk.

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua km dari rumah Menteri Besar S'gor.

4.00 petang 2 penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kg Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar KL. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar KL. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar KL.


Rejimen Renjer
Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.

Pasukan FRU dikeluarkan dari Kg Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kg Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar S'gor.

Askar Melayu

Akhirnya Rejimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kg Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang sahih mengenai rakaman ini.

Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina dari kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, KL. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah 2 orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di KL yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura2 mati. Beliau masih hidup hingga skrg. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke KL turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kg Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiai di sekitar Kg Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang mahal . Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kg Baru ketika itu. Mungin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang dan memenggal kepala orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.

Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" dan bukanya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat melayu dan cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak berlaku di negeri melayu kelantan, pahang dan kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang cina di negeri tersebut kerana habis di bunuh oleh orang melayu.

Kesimpulanya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanyaraya dan hanya melibatkan orang melayu dan cina di KL sahaja.

Angka korban
Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.

Di mana Tunku

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.

6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik KL memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain mahjung. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut.

Mageran

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.

Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh org Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku "Dilema Melayu" ("Malay Dilemma") oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan gandingan Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim memburukkan Tunku Abdul Rahman.

Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.

Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.

Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan KL dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam DUN Sgor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendpt tafsiran semula.




<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Sejarah Negara Iran


Sejarah Awal Iran meliputi negara Iran dan juga negara-negara jirannya yang mempunyai persamaan dalam kebudayaan dan bahasa Parsi. Ketika itu, negara-negara ini diperintah oleh empayar-empayar Parsi seperti Medes dan Achaemenid. Sassanid pula adalah empayar Parsi terakhir sebelum kedatangan Islam. Kemudiannya Parsi bergabung menjadi sebahagian daripada empayar Islam awal. Sejarah Iran khusus pula dimulakan dengan dinasti Zand pada kurun ke 16.

Senarai kandungan
1 Empayar Parsi
2 Kedatangan Islam
3 Zaman Pertengahan
4 Zaman Moden
5 Perang Dunia
6 Revolusi Islam
7 Perang Iran Iraq

Empayar Parsi
Rencana utama: Empayar Parsi

Empayar Achaemenid ketika kemuncak.Kerajaan lama Iran dikenali sebagai Empayar Parsi atau Parsi sehinggalah pada tahun 1935 dimana Shah Reza mengumumkan nama tempatan Parsi iaitu Iran. Nama Parsi ini diambil dari perkataan Yunani: Persis. Orang Parsi pula menamakan tamadun mereka Iran atau Iranshahr sejak zaman Sassanid.

Nama Parsi ini sebenarnya diambil daripada Fars atau Pars (dalam Bahasa Parsi). Menerusi bahasa Greek, negara-negara Eropah menamakan Iran sebagai Parsi. Ini kerana rantau Iran dan negara-negara sekitarnya adalah teras kepada tamadun dan empayar-empayar lama Parsi. Nama Iran mula digunakan pada tahun 1935 apabila Shah Reza Pahlavi raja Iran meminta agar masyarakat antara bangsa menggunakan istilah Iran. Istilah ini bermaksud Bumi Arya.

Empayar Parsi terdiri daripada beberapa dinasti dimulai dengan Dinasti Achaemenid yang merupakan empayar Parsi asli. Kerajaan ini diasaskan oleh Cyrus Agung yang dimana beliau berjaya menyatukan kerajaan kecil dan suku-suku di penara Iran. Sassanid pula adalah empayar Parsi terakhir sebelum kedatangan Islam. Parsi kemudiannya ditawan oleh bangsa Arab diikuti dengan Turki (Tentera Seljuk), Mongol, Inggeris dan Rusia. Disebalik penawanan ini, etnik Parsi berjaya mempertahankan kebudayaan, bahasa dan identiti mereka.

Kedatangan Islam
Selepas kekalahan Sassanid ke tangan tentera Islam, Parsi kemudiannya diperintah oleh khalifah Umayyah dan Abbasiyah. Ketika pemerintahan Abbasiyah, orang Parsi memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada kegemilangan Islam.

Selepas pemerintahan Abbasiyah, Parsi mula mencapai kemerdekaan mereka dengan mendirikan sebuah dinasti dimulai dengan dinasti Tahiriyah dan disusuli dengan Saffariyah….. Ziyariyah dan Samaniyah. Dinasti-dinasti ini mula menawan semula wilayah-wilayah Parsi dari tangan Abbasiyah. Ketika zaman Buwaihiyah, Parsi berjaya menawan kesemua wilayah mereka dan juga kota Baghdad dan memenjarakan khalifah Abbasiyah. Raja Buwaihiyah pula mula memakai semula gelaran Shah yang merupakan warisan Sassanid.[1]

Zaman Pertengahan
Dinasti-dinasti yang memerintah Parsi selepas ini adalah keturunan bangsa Turki dari Asia Tengah. Pada mulanya, mereka ini hanyalah tentera hamba ketika zaman Abbasiyah. Namun begitu, mereka menguasai pentadbiran empayar Abbasiyah berikutan kelemahan khalifahnya. Setelah kejatuhan Abbasiyah, kerajaan-kerajaan kecil mula naik di seluruh Iran. Antara yang utama ialah Tahiri dari Khorasan (820-872), Saffari di Sistan (867-903), dan Samani di Bukhara (875-1005). Pada 962, seorang pegawai tentera hamba Samanid, Aluptigin, menawan Ghazna dan menubuhkan wangsa Ghaznavi.

Parsi kemudiannya diserang dan ditawan oleh tentera Turki Uthmaniyah iaitu tentera Seljuk Oghuz dari Amu Darya. Ketua mereka Tughril Beg kemudiannya dianugerahi sebuah jubah, hadiah dan juga gelaran Raja di Timur. Ketika Iran dibawah pemerintahan Shah Malik (pengganti Tughril) (1072–1092), Iran menyaksikan penyuburan semula kebudayaan dan kegemilangan sains mereka dan ini merupakan jasa wazir Shah Malik iaitu Nizam al Mulk. Ketika zaman ini juga, sebuah balai cerap dibina dimana Omar Khayyám, seorang ahli astrologi membuat eksperimen kalender baru. Selain itu, sekolah-sekolah agama turut dibina di bandar-bandar utama. Abu Hamid Ghazali, seorang pakar teologi Islam, dan juga beberapa cendiakawan-cendiakawan Islam di Baghdad turut dijemput meneruskan penyelidikan mereka di Iran.

Selepas kematian Shah Malik, Iran kemudiannya berpecah semula kepada kerajaan-kerajaan kecil. Ketika waktu inilah Genghis Khan dari Mongolia menceroboh Parsi dan memusnahkan kota-kotanya. Sebelum kewafatan beliau, tentera Mongol telah pun menawan Azarbaijan dan memusnahkan kota itu.

Pencerobohan ini menyebabkan kemusnahan yang besar bagi rakyat Iran. Sistem pengairan dimusnahkan menyebabkan beberapa penempatan terpaksa diubah semula. Mereka terpaksa mencari wahah sebagai sumber air. Sebahagian besar penduduk Iran pula, terutamanya lelaki dibunuh dan populasi Iran jatuh dengan mendadaknya. Pemerintah mongol pula hanya berbuat sedikit sahaja untuk memperbaiki Iran. Cucu Genghis, Hulagu Khan, menawan Baghdad pada tahun 1258 dan membunuh khalifah terakhir Abbasiyah. Kemaraan beliau di timur tengah disekat oleh tentera Mamluk (dari Mesir) di Palestin. Hulagu Khan kemudiannya kembali semula ke Iran dan menetap di Azerbaijan sehinggalah kewafatan beliau.

Pemerintah Mongol selepas ini, Ghazan Khan (1295-1304) dan juga wazir beliau Rashid ad Din memulihkan semula ekonomi Iran. Cukai untuk artisan direndahkan, pertanian digalakkan, membina semula sisten pengairan dan memperbaiki keselamatan laluan perdagangan. Hasilnya, perdagangan meningkat dengan pantasnya dan barangan dari India dan China dapat dibawa masuk ke Iran dengan senang. Ghazan kemudiannya diganti oleh anak saudara beliau Abu Said dan selepas kewafatan Abu Said, Iran sekali lagi berpecah kepada beberapa dinasti-dinasti kecil seperti Salghuri, Muzaffari, Inju, dan Jalayiri

Tinggalan tentera Mongolia dibawah pimpinan Tamerlane, seorang Mongol yang berbangsa Turki, kemudiannya menceroboh dan menawan Parsi. Beliau menawan Transoxiana dan menjadi raja di sana. Tidak seperti Genghis Khan, serangan Tamerlane berlaku dengan perlahannya dan tidak membawa banyak kerosakan. Ini kerana tentera beliau tidak sebesar tentera Genghis Khan. Namun begitu, Isfahan dan Shiraz tetap mengalami kemusnahan yang teruk. Selepas kematian beliau, empayar ini berpecah dengan pantasnya tetapi puak-puak mongolia iaitu Uzbek dan Bayundur Turkmen masih lagi memerintah kawasan Iran sehinggalah naiknya empayar Safavid.

Zaman Moden

Parsi pada tahun 1808.Ketika zaman Safavid (1502-1736), kebudayaan Parsi mula berkembang semula terutamanya ketika zaman Shah Abbas I. Sesetengah sejarahwan berpendapat bahawa negara Iran moden diasaskan oleh Wangsa Safavid. Banyak kebudayaan-kebudayaan Iran pada hari ini berasal dari zaman pemerintahan Safavid termasuklah pengenalan Islam Shia di Iran.

Selepas era Safavid, Iran kemudiannya diperintah oleh Wangsa Zand, Qajar dan akhirnya Pahlavi. Pada kurun ke-17, negara-negara Eropah mula menerokai Iran dan menapakkan pengaruh mereka di sana. Kesannya Iran mula kehilangan beberapa wilayahnya kepada negara-negara ini menerusi beberapa perjanjian perdamaian seperti perjanjian Turkmanchai dan perjanjian Gulistan.

Pada lewat kurun ke 19, Iran memasuki sebuah era baru ketika terjadinya Revolusi Perlembagaan Iran. Ianya merupakan sebuah revolusi yang memperkenalkan sistem raja berpelembagaan, sebuah sistem pemerintahan moden. Tetapi Shah Iran atau raja Iran masih berjaya mempertahankan kuasa mereka. Sebuah parlimen yang dinamai Majles ditubuhkan pada 7 Oktober, 1906.

Penemuan minyak mentah di wilayah Khuzestan menarik minat Inggeris dan Rusia untuk meluaskan pengaruh mereka di Iran. Kedua-dua kuasa ini bersaing untuk memonopoli minyak Iran dan akhirnya memecah belahkan Iran. Disebabkan kelemahan kerajaan Iran ketika itu (kerajaan Qajar,) menangani kuasa-kuasa ini, maka terjadilah pemberontakan oleh Reza Pahlavi yang dimana beliau berjaya menobatkan dirinya sendiri menjadi Shah Iran yang baru dan mengasaskan Dinasti Pahlavi

Perang Dunia
Ketika Perang Dunia Pertama, Iran terletak dibawah pengaruh Inggeris dan Rusia walaupun polisi kerajaannya adalah neutral. Pada tahun 1919, Inggeris cuba menjadikan Iran sebagai negeri naungan mereka tetapi rencana terbantut apabila Shah Reza menggulingkan Kerajaan Qajar dan menubuhkan Dinasti Pahlavi. Shah Reza Pahlavi memerintah Iran selama 16 tahun dan memulakan proses permodenan Iran serta menubuhkan kerajaan sekular baru.

Sejak penemuan minyak, Iran menjadi sumber bekalan minyak utama kepada negara-negara bersekutu. Ketika Perang Dunia Kedua, tentera bersekutu meminta agar Shah Reza menghalau keluar ahli teknikal Jerman tetapi permintaan ini ditolak beliau. Maka, tentera bersekutu melancarkan serangan ke atas Iran dan menyingkirkan Shah Reza dan melantik putera beliau, Shah Mohammad Reza menjadi pengganti Shah Iran. Namun begitu, Shah Mohammad hanyalah boneka Inggeris dalam pentadbiran Iran dan pemerintahan beliau bersifat autokratik dan dibenci rakyat Iran.

Revolusi Islam
Rencana utama: Revolusi Islam
Setelah berbulan lamanya protes dilancarkan terhadap pemerintahan kuku besi Shah Mohammad, pada 16 Januari, 1979 beliau terpaksa melarikan diri ke Mesir sekaligus menamatkan dinasti Pahlavi. Selepas itu, Iran terlibat dalam kancah domestik yang menyaksikan pertelingkahan antara penyokong revolusi Iran dan penyokong kerajaan sementara warisan Shah Mohammad yang dikepalai Dr. Shapour Bakhtiar. Apabila kembalinya Ayatollah Khomeini, pengasas revolusi Iran, beliau melantik Mehdi Bazargan sebagai perdana menteri baru Iran. Ini menyaksikan Iran terbahagi kepada dua, kerajaan revolusi dan kerajaan sementara Iran. Namun begitu, kerajaan sementara Iran kalah dalam persaingan merebut kuasa apabila pihak ketenteraan Iran mengisytiharkan neutral. Setelah itu, pungutan suara dibuat untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru. Keputusannya, 98% rakyat Iran menyokong idea ini dan akhirnya terbentuklah Republik Islam Iran

Perang Iran Iraq
Rencana utama: Perang Iran Iraq
Pada 22 September 1980, Iraq mencerobohi Iran bagi menawan wilayah-wilayah yang dituntut Iraq. Pada mulanya, tentera Iraq berjaya mara ke wilayah-wilayah Iran tetapi mereka kemudiannya berjaya disekat oleh tentera Iran dan akhirnya perang ini menjadi Perang Perlumpuhan dimana kedua-dua belah pihak cuba melumpuhkan lawannya dengan serangan berterusan tanpa henti. Iran walau bagaimanapun berjaya menawan semula wilayah-wilayah mereka. Peperangan ini berterusan sehingga 20 Ogos 1988 manakala tawanan perang terakhir berjaya dibawa pulang semula pada tahun 2003.

Peperangan ini menyaksikan penggunaan senjata kimia oleh tentera Iraq menyebabkan ramai tentera dan penduduk awam Iran terkorban. Jumlah korbannya dianggarkan setengah juta hingga satu juta dan menjadikan Iran mangsa korban senjata kimia kedua terbesar dalam sejarah manusia (selepas Jepun).


<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Sejarah Solat 5 Waktu Dan Kisah Disebaliknya


Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.

Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.


Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.

Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.

Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.

Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.

Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.

Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.


Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan ke*****an kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.


Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.

Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.

Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Sejarah Empayar Uthmaniyyah


Empayar Turki Uthmaniyyah (Turki Uthmaniyyah: Devlet-i Aliye-i Osmaniye; Turki Moden: Osmanlı İmparatorluğu; Arab: الدولة العثمانية, al-Dawlaṭ al-'Uthmānīyyaṭ) keluarga Bani Osmani ini adalah sebahagian kecil dari keseluruhan suku-suku bangsa Turki yang dikenali sebagai bangsa Turki yang masuk ke Asia Kecil semenjak abad ke sebelas yang lalu. Bangsa ini adalah pemimpin-pemimpin yang terus-menerus berjuang menentang Byzantine, terutama setelah mereka bergerak ke barat laut Anatolia di abad ke-13. Pengikut-pengikutnya direputasikan sebagai ghazi atau lebih mudah dikenali sebagai parajurit yang berjuang memerangi Kristian kerana jihad untuk menegakkan Islam, dan mengecapi kejayaan. Di sinilah wujudnya empayar atau kerajaan Uthmaniah, yang menampung kerajaan-kerajaan kecil bangsa Turki yang lain. Pemerintah Uthmaniyyah melihat diri mereka sebagai "pemerintah universal" dan waris kepada Empayar Rom dan Islam, maka terjadilah "penyatuan kebudayaan".[1]

Pada tahun 1357 mereka menyeberangi Dardenalles menuju ke semenanjung Gallipoli dan sebelum akhir abad ke-14 mereka telah menduduki beberapa kawasan dibawah kerajaan Byzantine, termasuk Yunani dan Bulgaria. Constantinople (kemudian ditukar nama kepada Istanbul) jatuh ke tangan kerajaan Uthmaniah pada tahun 1453. Pada tahun 1526 sebagian besar wilayah Hungary telahpun berada di bawah kekuasaan Uthmaniah .Kerajaan Uthmaniah mempunyai angkatan laut yang handal di Lautan Tengah dan melaksanakan tugasnya dalam perang dengan Sepanyol dan kuasa-kuasa Eropah yang lain. Algeria segera mereka kuasai dan akhirnya menambahkan Tunisia sebagai wilayah kerajaan Uthmaniah. Uthmaniah juga melanjutkan peluasan kuasanya dengan menuju ke bahagian tenggara, menduduki Iraq dan bahagian-bahagian wilayah Arab yg lain. Bagi bangsa Eropah Barat, kemajuan Uthmaniah merupakan keganasan Islam. Dengan ini mereka menegaskan bahawa Islam adalah agama kekejaman dan agama pedang yang menakutkan. Maka tidak hairanlah pada tahun 1542, Dewan Kota Praja Basel di Switzerland membekukan penerbitan terjemahan Al Qur'an yang diterjemahkan oleh Robert dari Ketton. Dewan Kota Praja ini membantah dengan mengatakan "dongeng dan bid'ah yang dibuat-buat" dalam Al Qur'an itu akan mengganggu penganut Kristian Pada akhir abad ke-17, kelemahan kerajaan Uthmaniyah mulai terserlah selepas satu setengah abad berkuasa. Pengepungan ke atas Vienna di tahun 1683 turut menemui kegagalan dan kerajaan Uthmaniah kini pula menghadapi Persekutuan dari Austria, Poland, Venice dan Paus, dan bangsa Russia.

Semenjak tahun 1699 mereka telah banyak menemui kekalahan dan di dalam perjanjian damai Karlovitz, Uthmaniah harus mempersetujui penyerahan wilayah-wilayahnya kepada Austria, Vennice dan Poland. Walaupun demikian, mereka tetap mempertahankan hak mereka di bahagia tenggara Eropah, termasuk pantai barat dan utara Laut Hitam. Namun pada abad ke-19, kerajaan Uthmaniah kembali kehilangan sebahagian besar dari wilayah taklukkannya yang dimulai dengan kemerdekaan Yunani pada tahun 1829 dan pendudukan Perancis ke atas Algeria pada tahn 1830. Kerajaan Uthmaniah menjadi "the sick man of Europe" iaitu Orang Eropah yang sakit dan hanya persaingan mereka inilah yang mencegah terjadinya perpecahan-perpecahan yang dahulunya pernah terjadi. Setelah kekalahannya dalam Perang Dunia I di tahun 1912-1919, semua wilayah ini masih tetap berada di bawah Kerajaan Uthmaniah, dengan wilayah Eropahnya adalah kawasan di sekitar Istanbul meluas sampai ke sebelah utara Edirne (Adrianople) dan ke barat sampai ke Gallipoli. Bangsa Turki di bawah kekuasaan Mustafa Kamal Ataturk telah menghapuskan nama Kerajaan Uthmaniah pada 1922 dan diganti dengan Republik Turki. Wilayah-wilayah jajahan di Asia dan Afrika dahulu telah hilang kecuali Anatolia yang masih berada di wilayah Republik Turki ini.

Ketenteraan


Pengambilan askar baru untuk menjadi sebahagian daripada tentera Uthmaniyyah merupakan satu sistem yang kompleks. Didalam tentera Uthmaniyyah, askar berkuda merupakan unit utamanya. Askar berkuda ini menggunakan panah dan pedang pendek sambil mempraktikkan taktik seperti yang ditunjukkan oleh tentera Mongol. Tentera Uthmaniyyah pernah menjadi tentera termoden dan terkuat di dunia, menjadikannya kerajaan pertama menggunakan khidmat askar bersenapang (Bahasa Inggeris muskets). Unit tentera elit Uthmaniyyah ialah tentera Janissari yang juga merupakan pengawal peribadi sultan-sultan. Selepas kurun ke 17, Kerajaan Uthmaniyyah tidak lagi mampu menghasilkan angkatan tentera moden disebabkan kurangnya reformasi dan askar-askar Janissari yang korup. Pembubaran unit Janissari pada tahun 1826 sudah terlambat dan ketika perang menentang Rusia, Empayar Uthmaniyyah kekurangan senjata moden dan teknologi.

Pemodenan Empayar Uthmaniyyah pada kurun ke-19 bemula dengan pemodenan angkatan tenteranya. Empayar ini merupakan institusi pertama mengupah pakar asing dan menghantar pegawai-pegawai kanan mereka untuk menjalani latihan di negara-negara Barat. Dengan cara ini teknologi dan senjata baru tiba di sini seperti senapang dari Jerman dan British, tentera udara dan tentera laut moden. Empayar Uthmaniyyah berjaya dalam memodenkan angkatan tenteranya, walau bagaimanapun mereka masih tidak dapat menandingi kuasa-kuasa Barat.

Sejarah

Wilayah Uthmaniyyah pada mulanya dikenali sebagai Beylik di dalam Kerajaan Turki Seljuk pada kurun ke-13. Pada tahun 1299, Uthman I mengisytiharkan kemerdekaan Wilayah Uthmaniyyah dan mengasaskan Kerajaan Turki Uthmaniyyah.


Penubuhan dan Kemajuan (1299-1453)
Semasa penubuhan dan perkembangan Empayar Uthmaniyyah, karakteristik empayar ini tidak boleh disoal lagi lebih-lebih lagi semasa pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih. Hal ini menjadikan Empayar Uthmaniyyah istimewa dalam sejarah ketamadunan manusia.

Sepanjang kurun ke-16, Empayar Uthmaniyyah terus berkembang daripada segi wilayah dan kekuasaan dengan mengembangkan kekuasaan sehingga ke Afrika Utara di barat daya dan Parsi di sebelah timur. Semasa Perang Chaldiran, di sebelah timur Anatolia, (sekarang di barat Tabriz, Turki) pada tahun 1514, tentera Uthmaniyyah di bawah pimpinan Sultan Selim I memenangi pertempuran menentang tentera Parsi. Hal ini memastikan keselamatan wilayah Uthmaniyyah di sebelah timurnya. Selepas itu tumpuan Empayar Uthmaniyyah beralih kepada bahagian barat empayar terbabit. Sultan Suleiman I, selepas menaiki takhta pada tahun 1518, mengetuai beberapa siri ketenteraan di Balkan. Di bawah Suleiman yang juga merupakan seorang strategis yang hebat, tentera Uthmaniyyah mara ke utara dengan menguasai Belgrade (1521), mengalahkan Hungary (1526), dan menyerang Vienna (1529).
Kejayaan pengembangan kuasa Uthmaniyyah pada kurun ke-16 adalah kerana kemahiran bersenjata api dan taktik peperangan di samping kesempurnaan sistem ketenteraan. Tentera Uthmaniyyah juga amat mahir dalam melakukan serangan dan kepungan kerana serangan seperti ini mendatangkan kesan kemusnahan yang teruk terhadap musuh mereka.
Salah satu contoh terbaik untuk menunjukkan kemahiran mereka menyerang atau membuat pengepungan ialah semasa peristiwa penaklukan Constantinople (Istanbul) pada tahun 1453. Semasa serangan terbabit, meriam-meriam besar digunakan bagi memusnahkan tembok yang tinggi dan tebal. Meriam-meriam ini diperbuat daripada gangsa dan dibawa berdekatan dengan kota ini menggunakan banyak tenaga manusia disamping penggunaan kerbau dan lembu kerana berat yang melampau meriam-meriam ini. Meriam-meriam ini kemudiannya ditanam di sebelah hujung bagi menyerap tekanan letupannya. Seorang panglima Austria pernah berkata bahawa tentera Uthmaniyyah amat "kebal" semasa musim panas. Keterangan ini nyata benar memandangkan banyak kejayaan dicapai semasa kempen-kempen perangnya.

Perkembangan (1453-1683)

Perkembangan kekuasaan Uthmaniyyah boleh dikategorikan kepada dua zaman. Zaman pertama boleh dikatakan semasa berlakunya penaklukan dan perkembangan kuasa; iaitu bermula daripada penawanan Constantinople pada tahun 1453 sehinggalah kemangkatan Sultan Sulaiman al-Qanuni (Suleiman the Magnificent) pada tahun 1566. Selepas berakhirnya zaman pertama, zaman kedua pula muncul iaitu semasa struktur pentadbiran mula menunjukkan kelemahannya akibat daripada perebutan kuasa dan rasuah iaitu dari tahun 1566 sehinggalah kegagalan serangan ke atas Vienna pada tahun 1683.
Bagi meluaskan pengaruh dan kawasan Empayar Uthmaniyyah semasa zaman perluasaan kuasanya, pemimpin memilih untuk menyebarkan melalui laluan air yakni laut. Selim I menawan Parsi sebelum tewas kepada tentera Parsi tidak lama kemudian. Parsi kemudian menewaskan tentera Uthmaniyyah dan menawan sebahagian kawasan milik Uthmaniyyah di timur empayar itu. Mereka juga berjaya menawan Baghdad. Empayar Uthmaniyyah menubuhkan tentera laut di Laut Merah bagi mengatasi pengaruh Portugis dalam perdagangan rempah. Semasa zaman ini, Empayar Uthmaniyyah bersaing dengan kuasa-kuasa Eropah di Laut India. Empayar Uthmaniyyah juga menghantar tentera lautnya bersama-sama dengan kelengkapan perang dan askar ke Kenya dan Aceh bagi membantu pemerintah-pemerintah Muslim di sana, di samping mempertahankan perdagangan rempah dan hamba. Di Aceh, Empayar Uthmaniyyah membina kubu dan mempertahankannya menggunakan meriam,selain itu Sultan aceh,Sultan Alauddin Riayat Shah Al Qahar telah memimpin sebuah armada perang dibantu oleh tentera turki uthmaniyyah dengan meriam-meriam besar dari Istanbul menggempur Portugis di Melaka. Empayar Turki Uthmaniyyah juga merupakan kuasa yang bertanggungjawab dalam membantu perjuangan pihak Protestant Belanda bagi menghadapai konflik mereka dengan golongan Katholik Sepanyol. Tentera laut Uthmaniyyah juga mempunyai banyak pengaruh di Laut Mediterranean menjadikan perdagangan di sana berkembang dengan pesat disebabkan kestabilan perdagangan di situ. Zaman ini kemudiannya dikenali sebagai zaman "Pax Ottomanica" oleh orang Barat.
Serangan ke atas Vienna bukanlah satu siri pengembangan kuasa Empayar Uthmaniyyah terhadap Jerman. Sebenarnya pihak Turki Uthmaniyyah hanyalah ingin bertindak terhadap campur tangan Hapsburg Sepanyol ke atas Hungary. Hal ini juga menyebabkan sesetengah sekutu Uthmaniyyah membelot terhadap Empayar Uthmaniyyah. Paus di Itali kemudiannya meninggalkan kepentingan sekularnya bagi membangkitkan semangat anti-Islam di samping ingin melancarkan perang salib yang baru. Dalam masa yang akan datang, Empayar Uthmaniyyah bukan sahaja sebuah kuasa penakluk tetapi juga sebuah instrumen politik Eropah. Perang di Vienna membawa kepada zaman kemerosotan terhadap Empayar Utmaniyyah.

Kemerosotan

Selepas tewasnya tentera Uthmaniyyah dalam perang di Vienna pada tahun 1683 yang menunjukkan bahawa Empayar Uthmaniyyah bukan lagi kuasa besar di Eropah. Pada tahun 1699, buat pertama kali dalam sejarahnya, Empayar Uthmaniyyah mengakui bahawa Austria adalah sama taraf dengannya. Bukan sahaja itu, Empayar Uthmaniyyah juga kehilangan wilayah besar dikuasainya sejak sekian lama. Terdapat banyak sultan yang dilantik selepas itu yang tidak sekuat generasi Mehmed II, Selim I dan Suleyman I.

Semasa zaman kemerosotan ini, Empayar Uthmaniyyah lemah kerana masalah dalaman dan luarannya disebabkan peperangan yang amat mahal terutamanya menentang Parsi, Persekutuan Poland-Lithuania, Rusia, Austria-Hungary. Perang Rusia-Turki ialah peperangan antara Rusia dan Empayar Uthmaniyyah semasa kurun ke-17, ke-18, dan ke-19 masihi (kesemuanya 10 peperangan). Ia merupakan di antara konflik yang paling lama dalam sejarah Eropah yang berlarutan selama 241 tahun; lebih lama daripada Perang Seratus Tahun di antara England dan Perancis. Sebelum itu, Empayar Uthmaniyyah tewas dalam Perang Lepanto pada tahun 1571.

Perjanjian Passarowitz menghasilkan satu era yang aman di antara tahun 1718-1730. Pentadbiran Uthmaniyyah mula berubah dengan memajukan kota-kota sekitar Balkan yang akan menjadi benteng pertahanan mereka sekiranya peperangan meletus dengan kuasa Eropah. Pelbagai perubahan dilakukan seperti mendapat pandangan rakyat, mengurangkan cukai, memperbaiki kemudahan awam, dan berbagai-bagai lagi perubahan. Walau bagaimanapun, Empayar Uthmaniyyah gagal bersaing dalam bidang teknologi dengan musuhnya di Eropah, terutamanya Rusia.

Pada penghujung kurun kelapan-belas menyaksikan Empayar Uthmaniyyah ketinggalan jauh berbanding kuasa Barat. Peperangan berlaku dan mengakibatkan Uthmaniyyah kehilangan banyak wilayah kepada Rusia dan Austria. Kawasan seperti Mesir juga mencapai kemerdekaan. Semasa zaman ini, bermula dengan pemerintahan Sultan Selim III terdapat usaha-usaha untuk memodenkan sistem-sistem di Turki. Banyak reformasi yang dilakukan oleh pemerintah dihalang oleh golongan-golongan konservatif di dalam Turki Uthmaniyyah sendiri sama ada oleh golongan keagamaan atau oleh golongan Janissari yang pada masa ini telah menjadi korup. Walaupun askar elit Janissari ini dimansuhkan pada tahun 1826, usaha ini masih mendapat tentangan.

Kejatuhan (1828-1908)

Proses kemerosotan dan kejatuhan Empayar Uthmaniyyah dibentuk oleh pengstukturan semula dan transformasi dalam setiap aspek Empayar Uthmaniyyah. Walau bagaimanapun, usaha yang berterusan tidak membantu dalam menghalang proses kemerosotan sistem Uthmaniyyah. Satu perubahan yang signifikan hanyalah apabila Empayar Uthmaniyyah mula menjadi sekutu kuasa-kuasa Eropah. Terdapat beberapa siri pakatan dengan beberapa negara Eropah seperti Perancis, Belanda, Britain dan Russia. Salah satu contoh yang nyata ialah semasa Perang Crimea, yang mana Perancis, Britain, dan Uthmaniyyah berpakat menentang Tsar Russia.
Terdapat pada satu masa iaitu antara tahun 1839 dan 1876, reformasi dilaksanakan. Semasa zaman ini tentera moden ditubuhkan. Sistem perbankan juga disusun semula di samping pembinaan kilang-kilang yang moden. Dari struktur ekonomi pula, pihak pentadbir Uthmaniyyah menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman yang dibuat dengan bank-bank di Eropah. Dari segi ketenteraan, ia menghadapi masalah mempertahankan dirinya daripada diduduki kuasa-kuasa asing (cth: Mesir diduduki Perancis pada 1798; Cyprus diduduki British pada 1876, dll.).
Dalam semua idea Empayar Uthmaniyyah dapati daripada kuasa Barat seperti nasionalisme etnik. Kebangkitan nasionalisme etnik mengancam kestabilan Uthmaniyyah kerana rakyatnya yang berbilang bangsa. Banyak peristiwa pemberontakan atas nama nasionalisme muncul dan mengugat Empayar Uthmaniyyah.


Kebangkitan nasionalisme memaksa Empayar Uthmaniyyah untuk bertindak. Sepanjang enam abad yang lalu banyak yang telah berubah kecuali sistem kerajaan. Ada juga sekumpulan orang dari Uthmaniyyah yang mempunyai pendidikan barat berpendapat bahawa konsep raja berpelembagaan dapat mengurangkan tekanan di dalam negara. İttihat ve Terakki Cemiyeti (Perhimpunan Perpaduan dan Kemajuan) mempunyai hubungan yang istimewa dalam kumpulan ini. Menurut buku yang dikeluarkan oleh İttihat ve Terakki Cemiyeti, kejayaan dapat dicapai sekiranya perubahan dilakukan terhadap institusi sosial dan politik Uthmaniyyah. Menerusi sebuah penggulingan ketenteraan, İttihat ve Terakki Cemiyeti memaksa Sultan Abdul Aziz untuk menyerahkan takhta kepada Murad V. Bagaimanapun, Murad V mempunyai masalah mental. Sultan Abdul Aziz terpaksa dipanggil semula dengan syarat baginda akan mengubah sistem politiknya. Sultan Abdul Aziz mengubah struktur pentadbiran yang berusia ratusan tahun ini 23 November 1876. Baginda mengubah nama perlembagaan baru ini kepada "Kanun-i Esasi". Perlembagaan ini bertahan sehinggalah bermulanya Perang Crimea.

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

AMALAN SELEPAS KENCING


Amalan dibawah ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah. Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka. Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya.

Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya " Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. " Diselidiki amalan sipolan itu semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Wassalam
Dr Masitah Adam
Fakulti Perubatan Islam

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>