Thomas Edison FAKE! Nicola Tesla Adalah Bapa Zaman Elektrik Yang Sebenar

Pernah kamu mendengar tentang Nicola Tesla ? Beliau ialah antara seorang perintis kemajuan teknologi dalam bidang elektrik.

Tahukah kamu, kenapa Nicola Tesla disebut sebagai Geek terhebat yang pernah hidup ?

Misteri Pulau Batu Hairan

RAMAI menganggap kewujudan Pulau Batu Hairan di perairan Pulau Banggi, kira-kira 65 kilometer ke timur laut Kudat, Sabah pada 14 April 1988 dan tenggelam pada 25 Februari 1990, sebagai batu terapung yang mempunyai keramat dan pembawa rezeki. Misteri kewujudan dan kehilangan pulau yang dipercayai terhasil dari terumbu karang seluas 0.7 hektar dan berketinggian 3.1 meter itu hingga kini kekal menjadi tanda tanya.

Isabella - Tokoh Perbandingan Islam Dan Kristian Di Sepanyol

LATAR BELAKANG ISABELLA

Isabella ialah nama yang tidak asing lagi dalam sejarah perkembangan Islam di Sepanyol terutamanya dalam bidang perbandingan agama Islam dan Kristian di Bandar Cordova iaitu bandar sejarah Sepanyol dan merupakan bandar tercantik di Sepanyol. Terdapat banyak tinggalan bersejarah di Cordova seperti istana al-Hamra, Qasrul Syuhada (makam para syuhada), masjid Cordova dan juga taman tercantik di Sepanyol iaitu Rabat Yamani.

Letupan Bom Di Dayabumi 1989


Sebutir bom telah diletupkan di kompleks Dayabumi, Kuala Lumpur, pada pukul 8.30 pagi hari Isnin, 10 April 1989. Letupan yang kuat itu mencederakan 4 orang. Tragedi itu bukanlah berlaku di bahagian menara Dayabumi, tetapi ia berlaku di tingkat dua bahagian podium atau City Point yang terletak bersebelahan dengan bahagian menara tersebut. Walaupun begitu, kesan letupan itu turut sama merosakkan bahagian bawah menara Dayabumi. Hasil siasatan menjumpai beberapa biji bateri di lokasi letupan. Disyaki bom tersebut diletupkan dengan menggunakan 'timer'.

Pedang Yang Jauh Lebih Tajam Dari Pedang Samurai

Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar pembuatan pedang barat. Ketajamannya mampu menembus baju besi crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya.

Sejarah Dan Proses Pembuatan Kiswah (Kain Penutup Ka’abah)

Pada ka’bah kita sering melihat adanya Kiswah iaitu kain/selimut hitam penutup ka’bah. Tujuan dari pemasangan kain itu adalah untuk melindungi dinding ka’bah dari kotoran, debu, serta panas yang dapat membuatnya menjadi rosak. Selain itu kiswah juga berfungsi sebagai hiasan ka’bah. Setiap tahun pada musim haji, tepatnya tanggal 9 Dzulhijjah, Kiswah diganti dengan yang baru

9 Perkara Yang Dilakukan Tun Mahathir Ketika Menjadi Perdana Menteri Malaysia Yang Anda Tidak Tahu

1. Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

11 Fakta Sejarah KFC Yang Kita Jarang Ketahui

KFC memang terkenal, tapi tahukah anda apa cerita di sebalik kejayaan KFC? Selama ini kita main baham jer ayam goreng KFC tu tanpa mengetahui asal usulnya. Yang kita tahu ialah pengasasnya ialah seorang lelaki berambut putih, bermisai putih, berjanggut putih ala-ala kambing, berkacamata, dan memakai bowtie hitam serta berpakaian sut putih.

Kisah Mat Komando

Mat Komando.

Ketua Kumpulan 13 akhirnya tewas selepas mati ditembak dalam operasi subuh hari

KEHENINGAN subuh di Felcra Kampung Hujung Ketun, Pendang, Kedah, pada 12 September 2002, diganggu dengan dentuman berdas-das tembakan senjata api.

Misteri Tragedi Pesawat MH365 Terhempas Di Tanjung Kupang 1977

JAM menunjukkan sekitar 7.21 malam pada 4 Disember 1977 apabila pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Boeing 737 MH653 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan penerbangan ke Singapura.Seramai 93 penumpang antaranya pelancong asing bersama tujuh krew penerbangan berada di dalam pesawat berkenaan.

10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan Kini

Sebelum bom atom digugurkan di Hiroshima, bangsa Jepun sangat maju. Selepas dibom, bangsa Jepun terus bangkit. Bangsa Jepun berjiwa kental, rajin dan bersemangat. Sekarang Jepun antara negara maju dalam kelompok lima teratas. Bagaimana jepun boleh terus mencapai kemajuan?

Kenapa Kita Perlu Belajar Berkuda, Berenang Dan Memanah?

Kenapa kita digalakkan belajar menunggang kuda, berenang dan memanah? Pasti ada kelebihan dan sebabnya bukan? Sama ada dari sudut kesihatan ataupun bagi menghadapi peperangan? benarkah?

     Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah”  [Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]


BERKUDA

Bentuk lekuk badan belakang kuda (tempat di tunggang), baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari (alaa.. yang bunyi kede kut.. ke dekut tu..), menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut. Sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu membuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

Seluruh anggota iaitu tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks luar tabie. Selain itu, menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

“Kuda itu ada tiga macam : kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah. Maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk memenuhi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


BERENANG

Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular ). Sebab itu juga berenang dikatakan suka yang paling sempurna dan menyihatkan. Berenang juga memberi peluang kepada manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.

MEMANAH

Memanah melatih emosi untuk meletakkan ‘target’ pada satu-satu sasaran. Jika emosi kita terganggu, sudah pasti sasaran akan mudah tersasar. Secara tidak langsung sukan ini melatih kita untuk belajar bertenang dan mengawal emosi. Seorang yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar bukanlah seorang pemanah yang baik. So, tak payah nak emo sangat.

Memanah sangat menitikberatkan keseimbangan tubuh badan. Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu pada kekuatan fizikal. Sukan ini juga dapat membina fokus dan daya tumpuan dalam menyemai rasa tanggungjawab dan disiplin diri, meningkatkan jati diri dan keyakinan peribadi. Individu yang mempunyai banyak karakter peribadi begini InsyaAllah akan mudah melepasi segala rintangan dalam kehidupannya.


Sabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)

Selain itu, mungkin juga ada hikmahnya kita dianjurkan belajar berkuda, berenang dan memanah dalam mempersiapkan diri menghadapi peperangan akhir zaman yang kita tidak tahu samada senjata api, kereta kebal, jet pejuang mahupun bom masih boleh berfungsi atau tidak pada ketika itu.
 

“Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang keempat akan diperjuangkan dengan busur dan anak panah.”- Louis Lord Mountbatten

LIKE FACEBOOK PAGE KAMI UNTUK UPDATE LEBIH PANTAS

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Sejarah Hari Ibu

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Pripyat - Bandar Yang Mati Akibat Letupan Reaktor Nuklear

Pripyat, Ukraine. keinginan utk mengetahui lebih mendalam tentang sejarah dunia berkaitan letupan reaktor nuklear di Chernobyl pada tahun 1986 menarik hati aku untuk mengkaji sedikit sebanyak tentang bandar Pripyat, Ukraine.

Lagenda Dan Mitos Serigala Jadian

Gilles Garnier (1573)

Pada tahun 1573, seorang lelaki Perancis yang bernama Gilles Garnier telah dibakar hidup-hidup selepas lebih daripada 50 orang saksi melihat beliau sedang mengoyak badan seorang kanak-kanak dan memakan dagingnya.

Orang Yang Membunuh 300 Ribu Orang Hanya Dengan Suis

Anda mungkin tidak mengenali dua orang individu didalam gambar diatas. Tetapi aku yakin korang pernah baca dan lihat filem hasil kerja dua anggota tentera udara Amerika Syarikat ini. Hasil kerja mereka berdua menyebabkan Perang Dunia Kedua tamat secara mendadak

Pasar Hamba Zaman Dahulu

Ahli sejarah berkata perdagangan hamba bermula dari Arab mulai abad ke 7

Selain dari Eropah & Amerika yg byk golongan "pak hitam" bekas keturunan hamba, negara2 Arab pun ramai "pak hitam" bekas keturunan hamba. Hamba adalah produk perdagangan paling menguntungkan pd zaman dahulu baik di negara2 Eropah mahupun negara2 Arab.


Nak Pakai Baju Che Guevara Kena Tahu Siapa Dia Sebenarnya

Ramai org pakai baju yg ada simbol muka dia supaya nampak 'rock' tapi tak kenal siapa Che Guevara ni yang sebenar


20 Fakta Israel Yang Jarang Diketahui

Berikut 20 fakta Israel yang belum banyak kita ketahui :

1. Selain bangsa yahudi, bangsa lain dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel.

10 Pembohongan (HOAX) Terbesar Sepanjang Zaman

Sepanjang tahun ramai orang telah terpedaya dgn tipu helah - sering dipublisiti, dan kadang-kadang hanya untuk keuntungan peribadi. Daripada semua tipu helah melalui sejarah, sepuluh dalam senarai ini adalah yang paling terkenal dan menjadi rekod penipuan sepanjang zaman.


Kod - Kod Sulit Yang Gagal Dipecahkan

Beberapa kod sulit yang terdiri daripada beberapa abjad sehingga ada yang mempunyai beberapa muka surat telah menjadi bahan kajian ahli cipher(ahli pemecah kod rahsia) daripada seluruh dunia. Kod-kod tersebut gagal dipecahkan dan ia menjadi misteri sehingga ke hari ini.


Misteri Nahas Helikopter Tan Sri Yahya Di Kuala Lipis - Sabotaj yang Di Gelapkan

Nostalgia : Nahas helikopter di Kuala Lipis


Nahas helikopter di hutan Kuala Lipis korbankan tokoh korporat bekas pengerusi DRB-HICOM, isteri dan juruterbang.

MAC lepas, genap 14 tahun negara kehilangan tokoh korporat yang juga Pengerusi Kumpulan DRB Hicom, Allahyarham Tan Sri Yahaya Ahmad yang terbabit dalam nahas helikopter terhempas di Kampung Atong, Jerangsang, Kuala Lipis, Pahang.

Secara kebetulan, kejadian itu berlaku pada tarikh 3.3.1997 yang dianggap sebagai 'Triple Three Tragedy' kerana membabitkan tiga angka tiga, iaitu berlaku pada hari ketiga di bulan tiga dan mengorbankan tiga nyawa.

Sejarah Japanese Red Army (JRA) Dan Serangan Di Jalan Ampang

Latar Belakang JRA

JRA dikenali juga sebagai Anti-Imperialist International Brigade (AIIB), Briged Perang Suci dan Barisan Demokratik Anti Peperangan. Pegasas JRA ialah Fusako Shigenobu, seorang wanita Jepun. Amerika terlibat dalam Perang Vietnam 1957-April 1975.

Misteri "Tapak Kaki Goliath" Manusia Gergasi

Sains mengatakan bahawa bangsa-bangsa manusia gergasi tidak wujud. Adakah gergasi pernah hidup di Bumi? "Tapak kaki Goliath", adalah panggilan penduduk tempatan terhadap tapak kaki gergasi ini. Ia menjadi salah satu daripada rahsia Afrika Selatan.

Rahsia 1hb Mei - Hubungkait 1hb Mei dan Yahudi

Peristiwa 1: Sempena Hari Penubuhan Illuminati
Logo Illuminati (Kanan) Pengasas Illuminati iaitu Adam Weishaupt

Tarikh 1 Mei sebenarnya adalah diambil sempena tarikh penubuhan gerakan Yahudi bawah tanah terbesar di dunia iaitu Illuminati. Gerakan rahsia ini ditubuhkan pada 1 Mei 1776 oleh seorang pensyarah undang-undang berketurunan Yahudi iaitu Prof. Adam Weishaupt.

Generasi Baru Patut Tahu Siapa Panglima Awang - Pelayar MELAYU yang Terulung

Pejuang Melayu buktikan bumi bulat selepas terbabit dalam pelayaran bersama Ferdinand de Magellan dari Barat ke Timur

"MASYARAKAT kita terlalu mengagungkan Barat; kita memandang hebat pelayar asing seperti Vasco de Gama, Christopher Columbus dan Ferdinand de Magellan sehingga melupakan sejarah siapa Panglima Awang.

7 Fakta Zaman Purba Mempunyai Teknologi Lebih Canggih

Penemuan saintis dan ahli arkeologi sejak beberapa tahun kebelakangan ini seolah-olah menafikan tanggapan umum yang dunia silam adalah dunia mundur, tidak bertamadun serta belum terdedah kepada teknologi.

Pengasas Malay National Bank Diculik, Digantung Dalam Hutan

Orang ramai terutama peminat filem Melayu cukup mengenali seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof yang terbabit dalam lebih 50 filem sejak sebelum merdeka dan beratus drama di Singapura dan Malaysia.

Spirit Of The Coin - Kaedah Berhubung Dengan Roh

Sebenarnya ” spirit of the coin ” bukan sebuah permainan sebaliknya sebuah kaedah untuk berhubung dengan roh orang yang meninggal dunia. Kaedah ” spirit of the coin ” digunakan dalam beberapa ritual dan kepercayaan untuk berhubung dan berbual dengan roh orang yang telah meninggal dunia.

Skandal Misteri Bank Bumiputera Malaysia Berhad 1985 - RM2.5 Billion Lesap


Di mata dunia, bekas pengerusi Bumiputera Malaysia Finance Lorrain Esme Osman, yang meninggal dunia dalam buangan di London pada hari Isnin lalu adalah pegawai bank yang tidak diketahui sehingga salah seorang juruauditnya, Jalil Ibrahim, dibunuh pada bulan Julai 1983 di dusun pisang di Hong Kong.

Lorrain, 79 dan berbangsa Serani dari Pulau Pinang dan bekas penganut Kristian, akhirnya membuat pengakuan bersalah di London pada tahun 1993 di bawah rayuan untuk kecuaian kewangan kerana memberi pinjaman tanpa cagaran untuk sebanyak RM 2.5 bilion pada 1980-an kepada George Tan, seorang penduduk Sarawak yang mengetuai Kumpulan Syarikat Carrian sehingga ia runtuh seperti rumah kad daun terup.

Ingatkah anda kepada bank UMBC? "Untuk Melayu, Bukan Cina". Ia juga ada kaitan dengan skandal BMF yang dalangnya adalah bekas perdana menteri sendiri hingga juruaudit BBMB, Jalil Ibrahim dibunuh di Hong Kong pada 1983.

Sehingga sekarang RM 2.5 billion adalah satu jumlah yang besar untuk dicuri dan diambil keluar dari negara ini tanpa penglibatan mana-mana pemimpin tertinggi kerajaan. Sistem kewangan Malaysia membuat ini hampir mustahil, dan lebih cenderungnya, tawaran seperti ini dilakukan bagi pihak pemimpin paling atas,Perdana menteri.


Ia adalah refleksi sedih kerana hampir 30 tahun, dan Lorrain akhirnya meninggal dunia, roda rasuah masih sibuk berputar di Malaysia. Sistem ini tidak pernah berubah tetapi sebaliknya berkembang secara mendadak dengan lebih buruk. Yang paling jelas ialah skandal rasuah kapal selam Scorpene yang melibatkan Perdana Menteri, Najib Razak dan menjangkaui tiga negara, Malaysia-Perancis-Mongolia.

Skandal pembunuhan juruaudit BBMB (kini CIMB), Jalil Ibrahim (kanan) di Hong Kong juga ada kaitannya dengan mantan perdana menteri itu. Jika ini berlaku, Malaysia pasti akan berada di hujung penerimaan dan ini merupakan satu lagi sebab mengapa rakyat patut bangun sekarang dan menangani musuh nombor satu, rasuah dengan tindakan yang keras.

Roda masa benar-benar tidak menunggu siapa, seperti yang telah dibuktikan dalam kes Lorrain. Jejak yang menuju terus kepada PM. Apabila mayat Jalil ditemui, satu-satunya yang mengaitkan beliau dengan Malaysia adalah duit syiling yang terperangkap di dalam lapisan seluarnya. Beliau tidak mempunyai dompet atau apa-apa jenis pengenalan pada dirinya tetapi rakan sekerjanya telah melaporkan dia hilang 24 jam lebih awal.

Polis Hong Kong terjumpa diari peribadi Jalil dan beberapa surat yang mendedahkan bahawa beliau telah terjumpa sesuatu cara penyelewengan yang besar di BMF. Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong bertanya Lorrain: "Kamu telah berjuang selama ini untuk manfaat orang lain. Bukankah masa untuk melakukan sesuatu untuk faedah kamu sendiri? " Oleh itu, perjanjian ini dimeterai.

Kerana Lorrain tidak akan mengaku salah dengan rasuah dan sudah tentu tidak mengaku kepada semua 43 caj, pendakwa Hong Kong mencadangkan satu caj kecuaian kewangan, yang akhirnya diterima Lorrain. Lorrain, yang telah melarikan diri ke London pada tahun 1983 untuk mengelak daripada diekstradisikan ke Hong Kong, menghabiskan masa dua bulan di Penjara Stanley di tanah jajahan mahkota British sebelum dibebaskan.

Beliau sebenarnya telah menghabiskan enam bulan di Pusat Tahanan Lai Chi Kok sementara menunggu perbicaraan, dan empat bulan lagi untuk pengampunan. ICAC telah mengemukakan lebih 30,000 halaman keterangan terhadap Lorrain kepada Mahkamah Tinggi British, Mahkamah Rayuan dan akhirnya kepada House of Lords. Kes Carrian adalah kes jenayah yang paling lama dalam sejarah kehakiman Hong Kong, merangkumi lebih daripada 17 tahun dan pada kos HK $ 210 juta dan dengan lebih 4 juta halaman pameran.

Pengakuan bersalah Lorrain menutup fail kes yang telah lama berjalan. Beliau terus menuntut tidak bersalah apabila beliau dibebaskan dan mengetepikan Jalil namun mengakui, bahawa "terdapat kekurangan penyeliaan dan pengawasan di BMF" di bawah pemerhatiannya.

Beliau tidak pernah kembali ke Malaysia di mana syak wasangka bahawa dia telah melindungi pesalah-pesalah lain yang terlibat dalam skandal kewangan BMF. Jejak itu dipercayai, menuju terus kepada Perdana Menteri, yang ketika itu Mahathir Mohamad.

Pengeluaran wang George Tan, difahamkan, hanya saluran untuk membawa wang keluar daripada BMF. Tiada bukti pernah ditunjukkan di mana-mana bahawa pinjaman besar-besaran yang diambil dari BMF adalah sepenuhnya bagi tujuan menjalankan perniagaan. Sebaliknya, kejatuhan pasaran hartanah Hong Kong disalahkan apabila pinjaman tersebut tidak tercapai.

Antara Dec 6, 1985 apabila beliau ditangkap di rumah Londonnya atas waran ekstradisi sementara dari Hong Kong sehingga beliau dipenjara selama dua bulan pada tahun 1993, Lorrain berjuang dengan pertempuran undang undang lama dan mahal selama 90 bulan dari Penjara Brixton untuk kekal di London. Beliau pergi ke pejabat Kementerian Dalam Negeri dan mengadu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Eropah. Beliau melancarkan permohonan habeas corpus dan beberapa ulasan kehakiman, merayu kepada House of Lords beberapa kali dan dimasukkan ke dalam beberapa permohonan ikat jamin. Sementara itu, orang ramai yang kehilangan semua harapan untuk melihat pesalah-pesalah lain di belakang gerigi besi.

Lorrain,Tan dan ahli perniagaan kecil Mak Fook Than yang disabitkan kesalahan atas pembunuhan Jalil - dan tiga pengarah BMF yang lain. Kenyataan panjang lebar Mak yang sepanjang 24 muka surat tentang perjalanan "perniagaan menteri" ke Hong Kong hilang semasa perbicaraan. Semasa disoal siasat oleh polis Hong Kong, Mak mendakwa bahawa dia ke Hong Kong atas perintah seorang Menteri Kanan Malaysia untuk mengutip "wang" dari seorang warganegara Malaysia yang menetap di Hong Kong.

Beliau menafikan berkata demikian selepas kehilangan kenyataan 24 muka surat itu. Lorrain dalam satu wawancara awam di London membayangkan kemungkinan bahawa Jalil diugut oleh Mak "yang mahu lebih". Itu sama seperti mengatakan bahawa pemeras ugut mahu angsa yang bertelurkan emas itu mati. Malah, penyiasatan ke dalam kes pembunuhan Jalil mendedahkan bahawa Lorrain "bercuti" di Hong Kong pada masa yang sama bahawa juruaudit BMF bertemu ajalnya yang mengerikan.

Satu lagi teori kegemaran yang diapungkan oleh Lorrain di khalayak ramai bahawa "seseorang mahu memalukan Kerajaan Malaysia" dan berfikir bahawa satu cara akan dilakukan ialah membunuh Jalil. Beliau pernah dilaporkan sebagai berkata dia mengesyaki seorang diplomat Rusia yang ditangkap kerana mengintip di Malaysia dan dihantar pulang.

Tetapi di peringkat itu, seseorang itu boleh dimaafkan kerana menyangka dakwaan Lorrain bahawa Ku Klux Klan, Mafia, Mossad dan CIA semuanya adalah suspek dalam pembunuhan Jalil. Tetapi mana-mana individu atau kumpulan yang telah membiayai buangannya di London dan segala ujian yang mahal dan rayuan mahkamah adalah satu lagi misteri yang mungkin hanya beberapa pemimpin kanan teratas dalam kerajaan Malaysia dengan maklumat istimewa sahaja yang akan tahu.


Tiada wallet, tiada ID ... hanya duit syiling Malaysia di dalam lapisan seluarnya. Polis tidak tahu Siapakah dia atau bagaimana dia terdampar di sana. Ia mengambil masa mereka 24 jam untuk mendapatkan ID mangsa - Jalil Ibrahim, jurubank muda dengan Bank Malaysia Bumiputra dalam perjalanan perniagaan ke Hong Kong. Beliau dilaporkan hilang oleh rakan sekerja hari sebelumnya.

Polis tidak mempunyai banyak maklumat, sehingga mereka terjumpa diari peribadi bank dan surat mangsa. Mereka mendedahkan keadaan bermasalah besar dan mencadangkan bahawa jurubank itu mungkin telah menemui satu rahsia yg amat besar.

Sewaktu Polis mengkaji surat-menyurat, mereka mula mengesyaki bahawa Jalil mungkin telah menemui rahsia maut - penyelewengan kewangan dan pertubuhan serantau berbahaya yang, jika didedahkan, tidak hanya mengancam nyawanya tetapi juga memusnahkan bank dan kompromi negaranya.

Dan dalam semua kemungkinan, kebimbangan Jalil telah menjadi kenyataan - Jurubank itu telah disenyapkan sebelum dia dapat meniup wisel. JuruBank itu tahu terlalu banyak.

Tetapi apa yang dia tahu dan mengapa dia dibunuh?


<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Rahsia Ilmu Hikmat Orang Melayu : Ilmu Mistik Besi Kursani

Sebagai salah satu di antara sekian banyak ilmu keselamatan tingkat tinggi, Ilmu Hakikat Cupu Tubuh Besi Kursani sudah jarang diwariskan oleh guru-guru sepuh masa lalu, saat ini jarang sekali ada guru yang memiliki ilmu ini.

10 Sejarah Misai Yang Cantik

Kebanyakan sekarang lelaki tidak ramai suka menyimpan misai kerana ingin kelihatan muda. Di sini terdapat misai-misai yang cantik yang mungkin anda boleh tiru gayanya



  • Teddy Roosevelt

Wajib Baca - Siapa Sir Henry Gurney?

Banyak timbul isu yang berkaitan dengan sejarah negara. Jika dahulu dengan kekurangan media alternatif dan kejahilan Ummah, kita terima bulat-bulat apa yang diperkatakan di dalam Buku Tawarikh maupun Buku Sejarah. Tiada masa berfikir di luar kotak.

Sejarah Tentang Lanun

• Apabila penjelajah Portugis tiba di Laut Hindi, mereka turut berlagak seperti lanun. Sekitar tahun 1500-an, mereka merentasi Afrika dan tiba di India dan terus ke Timur Jauh. Penjelajah Portugis berlagak samseng di lautan luas dengan merempuh kapal pedagang Arab dan merampas kekayaan mereka.

Sejarah Dunia Yang Dirahsiakan

Adanya manusia berwajah kera tak berekor yang mempunyai volume otak dua kali lebih besar dibandingkan dengan manusia berwajah kera tak berekor lainnya, dan mereka membuat perkakas untuk pertama kalinya sekitar 2 juta tahun yang lalu. Mereka terbahagi dalam empat rupa yang berbeza setelah 1 juta tahun kemudian dan salah satunya kemudian meninggalkan benua Afrika. Mereka kemudian dapat berbahasa dengan bahasa sekitar 400.000 tahun yang lalu dan pada waktu itu mereka sudah tersebar di benua Afrika, Eropa dan Asia.