10 Pasukan KetenteraanTerhebat Dunia Zaman Dahulu

Berikut disenaraikan 10 Pasukan Ketenteraan yang Terhebat di dalam Dunia :


10. Aztecs

Suku Aztec terkenal dengan kekejamanya dalam pertempuran. Mereka biasanya berpakaian seperti binatang iaitu helang atau harimau jaguar. Mereka menggunakan senjata yang sangat primitif seperti clubs dan busur dengan sangat efektif. Cuachicqueh adalah pasukan khusus Aztec yang bersumpah tidak akan berundur bila musuh datang. Mereka akhirnya dikalahkan oleh tentera Sepanyol dengan senjata moden yang jauh lebih baik.


9. Mongol Warriors

Mongol dikenal sebagai bangsa gasar dan liar. Mereka mendominasi daerah Eropah dan Asia dan terkenal sebagai pasukan berkuda yang dipimpin oleh salah satu Commander terkenal dunia, Genghis Khan. Mereka sangat berdisiplin dan mahir dalam menggunakan busur dan panah di belakang kuda. Mereka menggunakan busur composite yang boleh menembusi melalui baju besi dan juga cukup mahir dengan tombak dan pedang. Dengan keahlian perang psikologi dan menakutkan mereka membangun salah satu penakluk terbesar di dunia yang pernah ada.


8. Mamluk

Mamluk terdiri daripada sekelompok yang memeluk Islam dan mentaati para khalifah Islam dan para sultan Ayyubiyah zaman Abad Pertengahan. Setelah Mamluk telah memeluk Islam, banyak yang dilatih sebagai prajurit cavalery. Setiap Mamluk wajib patuh terhadap seni mempertahankan diri Tentera Arab (furusiyya), kod yang mencakup nilai-nilai seperti keberanian dan kemurahan hati, dan juga taktik cavalery, menunggang kuda, memanah dan perawatan luka. Seiring peredaran waktu, mereka menjadi suatu kasta yang kuat dan sering mengalahkan pasukan Salib. Lebih daripada sekali, mereka merebut kekuasaan dari tangan sultan mereka sendiri, misalnya, Kesultanan Mamluk 1,250-1,517 di Mesir.


7. Roman Legion

Tulang belakang tentara Romawi yang membangunkan kerajaan yang tak tertanding dalam hal ukuran dan kekuatan. Mereka adalah perajurit yang menggabingkan ahli pedang, tombak dan perisai. Terdiri dari para perajurit hebat yang mampu membuat senjata terbaik dan tajam. Disiplin, mahir menggunakan senjata, dan strategi membuat pasukan ditakuti di Eropah.


6. Apache

Apache seperti Ninja dari Amerika. Menjalankan operasi dengan cara menyelinap dari belakang musuh dan mengelar kerongkong musuh dengan hanya senjata primitif yang kebanyakan terbuat dari kayu dan tulang. Kemahiran lain mereka adalah memakai senjata pisau dan melempar kapak.


5. Samurai

Samurai adalah satria dari Jepun, tentara bersenjatakan baju besi dan sedia mati untuk Tuannya. Berbekal pedang paling tajam di dunia (katana) dan dengan mudah boleh memotong musuh dalam dua kali gerakan. Mereka juga mahir dari Yumi (busur) dan menjadi salah satu penembak terbaik dunia. Mereka adalah perajurit profesional dan berjuang keras untuk mendapatkan kehormatan. Kerana kebiasaan kekerasan dan kekejaman, golongan petani bangkit melawan mereka dan lahirlah Ninja.


4. Ninja

Ninja, ahli dalam stealth (pergerakan senyap) dan sabotaj. Awalnya, mereka adalah kumpulan petani yang dilatih untuk mengalahkan para samurai, tapi akhirnya menjadi pembunuh legendara. Dikenali dengan mahir menggunakan pedang katana, sumpit, Shuriken, dan Kusarigama sebagai senjata pilihan. Mereka dikenali sebagai perajurit bayangan yang beraksi di malam hari. Ninja terkenal sebagai seni bela diri yang menjalani latihan keras.


3. Vikings

Viking, penakluk dari Eropah. Perajurit yang paling ditakuti zaman dunia kuno. Mereka menakluk Eropah dengan serangan mereka. Terkenal ganas dalam pertempuran dan menggunakan senjata yang sesuai dengan ketinggian badan mereka. Viking mahir dalam menakluki kota. Bahkan dalam agama mereka, hanyalah perang dan mereka percaya bila mati dalam suatu peperangan, maka mereka akan hidup di tengah perang yang tak akan tamat. Mereka semua akan menjadi tentara yang sangat hebat, terbukti kehebatan mereka dalam menghancurkan sasaran mereka.


2. Spartans

Budaya Spartan ialah semua tentang perang dan pelatihan tentera seumur hidup. Mereka memiliki pepatah “kembali dengan perisai atau lebih dari itu” yang bererti jangan kembali kecuali mereka menang. Mereka adalah salah satu perajurit hebat di dunia dan menjadi terkenal karena pertahanan terakhir mereka pada pertempuran Thermopylae. Mereka hebat dalam seni perisai dan tombak yang kemudian ditiru oleh tentara lainnya.


1. Knights

Knights adalah pejuang yang mengenakan baju perisai di seluruh tubuh. Mereka adalah perajurit elite, dengan baju besi, senjata dan kuda untuk melaksanakan tugas yang diberikan oleh Raja. Mereka adalah tentara yang sangat effective yang telah berlatih selama hidup mereka.​


<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Sejarah Terciptanya Mee Segera

Mi segera adalah mi separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam di dalam air panas antara 3 hingga 5 minit.

Bungkusan perencah selalunya disertakan di dalam setiap bungkusan mi segera.

Mi segera juga boleh dimakan secara mentah kerana mi segera sebenarnya sudah pun dimasak di kilang, biasanya dengan menggoreng.

Mi segera berasal daripada versi segera bagi masakan Jepun iaitu Ramen.

Idea mi segera sudah pun berakar umbi sejak dari zaman Dinasti Qing di China, di mana mi yimian digoreng, membolehkannya disimpan dalam jangka masa yang lama serta disediakan dengan cepat.

Serupa juga, "mi benang ayam" (mi halus yang digoreng dan dihidangkan dengan air panas serta pilihan telur) boleh didapati di China dan Taiwan sejak Dinasti Qing.


Momofuku Andō

Mi segera moden dicipta di Jepun oleh usahawan Jepun berketurunan Taiwan, Momofuku Andō (安藤百福), pengasas syarikat Nissin Foods, salah satu pengeluar mi segera terbesar hari ini.

Mi keluarannya direbus dengan perencah, digoreng dengan minyak sawit untuk membuang kelembapan, kemudiannya dikeringkan untuk membentuk gumpalan mi.

Kaedah pengawetan lain sudah pun dicuba, seperti pengawetan dengan garam dan asap tetapi Andō membuat kesimpulan bahawa minyak sawit adalah yang paling berkesan.

Pada tahun 1958, Nissin melancarkan mi segera pertama di dunia, Chikin Ramen (ramen segera berperisa ayam) di Osaka.

Satu lagi pencapaian telah diperolehi pada tahun 1971 apabila Nissin memperkenalkan mi cawan, mi segera di dalam bekas styrofoam kalis air yang boleh digunakan untuk memasak mi.

Inovasi seterusnya termasuklah menambah sayur-sayuran kering di dalam cawan, sehingga terciptanya hidangan sup lengkap.


Mi sup daging segera Taiwan di dalam mangkuk styrofoam dengan bungkusan daging kedap udara (yang sudah dibuka).

Menurut satu undian Jepun pada tahun 2000, mi segera menjadi ciptaan Jepun paling penting sepanjang abad.

Karaoke menduduki tempat kedua, manakala cakera padat hanya menduduki tempat kelima.

Setakat tahun 2005, lebih kurang 85 bilion hidangan mi segera dimakan di seluruh dunia setiap tahun.


China memakan 44 bilion bungkus mi segera setahun, atau 51% daripada jumlah di seluruh dunia, Indonesia memakan 12 bilion, Jepun 5.4 bilion.

Secara per kapita, rakyat Korea Selatan paling banyak memakan mi segera iaitu 69 bungkus/seorang setahun.


Mi segera bukan sahaja popular di kalangan pelajar universiti malah boleh digunakan sebagai kayu pengukur tahap ekonomi.

Pada tahun 2005, Indeks Mama Noodles dilancarkan bagi menunjukkan jumlah jualan mi segera jenama Mama, pengeluar terbesar di Thailand.

Indeks menjadi setabil sejak Krisis Kewangan Asia Timur, tetapi jualan meningkat sebanyak 15% dalam 7 bulan pertama tahun 2005, yang dianggap sebagai petanda kemelesetan ekonomi.

Rakyat tidak mampu membeli makanan yang lebih mahal, sekaligus mendorong kepada peningkatan jualan ramen.

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Misteri Tentera Terracotta - Pahlawan Makam Dinasti Qin

Pada tahun 1974, seorang petani telah menemui makam Maharaja Qin, satu daripada tinggalan arkeologi terhebat semasa menggali perigi berhampiran Gunung Li di wilayah Shaanxi, China. Maharaja Qin Shi Huang yang mangkat pada tahun 210 SM dikebumikan bersama rombongan misteri tentera terracotta (terracotta warriors). Semenjak itu, para ahli arkeologi telah menghabiskan 40 tahun lalu dan mendedahkan secara terperinci patung pahlawan bersaiz sebenar dari lubang seluas 22 batu persegi (57 kilometer persegi).


Muzium Tentera Terracotta Terbesar Di Dunia​


Setakat ini, penggalian-penggalian di Museum of the Terracotta Army yang terletak kira-kira 25 batu (40 kilometer) di timur Xi'an telah menemui kira-kira 2,000 daripada 6,000 figura yang dirasakan wujud. Di samping tentera terracotta bawah tanah itu, turut ditemui kuda, kereta kuda, senjata – termasuklah akrobat untuk menghiburkan Maharaja Qin di alam kubur. Ramai sarjana berpendapat bahawa tentera terracotta tersebut dikuburkan bersama Maharaja China pertama untuk melindunginya di alam akhirat dan ingin disembunyikan. Kini, tentera terracotta misteri yang digelar sebagai keajaiban alam kelapan ini menarik kira-kira 2 juta pelancong setiap tahun.


Senjata Terpelihara:
Ahli arkeologi telah menemui kira-kira 40,000 senjata yang diperbuat daripada gangsa di lubang terracotta itu. Daripada lembing ke kapak, busur dan anak panah, senjata menakjubkan ini terpelihara dalam saduran kromium. Meskipun Jerman dan Amerika mendakwa mencipta teknologi salutan kromium masing-masing pada tahun 1937 dan 1950, ia telahpun wujud di China sejak 2,200 tahun yang lampau.


Kereta kuda tentera terracotta dalam satu pameran​


Berwawasan Tinggi:
Semasa Maharaja Qin baru berumur 13 tahun, kerja-kerja pembinaan makam agungnya telahpun dimulakan. Menurut dakwaan sejarawan China bernama Sima Qian dalam Records of the Grand Historian, lebih daripada 700,000 orang terlibat dalam pembinaan makam selama 36 tahun. Walaupun ia merupakan satu daripada pencapaian terhebat Maharaja Qin, namun beliau juga terkenal dengan sumbangannya dalam bidang politik dan budaya. Maharaja Qin telah memperkenalkan satu landasan penulisan naskah, menghubungkan jajahannya dengan terowong dan jalan raya, menyatukan wilayah yang berperang, memajukan teknologi kaji logam, menyeragamkan ukuran dan timbangan, membina Tembok Besar versi pertama dan kemudian menghubungkannya dengan bahagian taktikal.


Maharaja Kejam:
Meskipun banyak memajukan empayar, namun Maharaja Qin juga terkenal dengan kekasarannya. Ratusan rangka telah ditemui dalam makam berkenaan, kebanyakannya dipercayai tukang dan pekerja yang membantu pembinaan kubur itu. Menurut Sima Qian, para buruh ini dibunuh demi merahsiakan lokasi dan khazanahnya: "Selepas pengebumian dan penyembunyian hartanya, pintu tengah ditutup dan pintu luar dikunci untuk memenjarakan semua tukang dan buruh agar tiada yang keluar. Pokok-pokok dan rumput ditanam di serata makam untuk menjadikannya kelihatan seperti bukit," tulisnya.


Barisan tentera terracotta misteri yang manjadi pengawal makam Maharaja Qin di alam kubur​


Salah Ubat:
Maharaja Qin takut akan kematian dan dikatakan berusaha mencari pelbagai jenis ubat dan penawar – apa sahaja yang menjanjikan vitaliti selama-lamanya. Kononnya, Maharaja Qin telah mengutus 8,000 orang, termasuk pakar herba diraja untuk mencari penawar ajaib. Sementara menungu tonik berkenaan, Maharaja Qin mengambil tablet merkuri. Akibatnya, tabiat itu dikatakan menjadi punca kematian Maharaja Qin pada umur 50 tahun.


Peta Misteri:
Meskipun kubur Maharaja Qin belum digali, tetapi legenda mengatakan bahawa pekerjanya mengukir satu peta kerajaan Qin di lantai. Banyak replika istana, bangunan besar, termasuklah perangkap (busur untuk menembak penceroboh) dikatakan memenuhi ruang makam, sementara batu permata melambangkan langit, dan aliran raksa menggambarkan sumber air kerajaan. Penyiasatan moden dapat mengesahkan legenda ini melalui bukti-bukti berkaitan bahan kimia. Pada tahun 2005, satu kajian yang diketuai oleh ahli arkeologi China bernama Duan Chingbo telah mengambil 4,000 sampel dari timbunan tanahnya dan mendapati semua sampel positif dengan kehadiran merkuri.​

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Hikayat Ilmu Mistik Misteri Melayu - ILMU PENGASIH + PENDIDING MELAYU SILAM

Ilmu Pendinding Melayu. Belajar TANGGUNG SENDIRI!

DOA RAJAH NAGA CINTAMANI YANG AMPUH LAGI MISTERI

ILMU PENGASIH + PENDIDING MELAYU SILAM.




ADA 4 CARA KAEDAH membaca DOA pendinding Melayu Silam ni.

Ada macam-macam versi; kebanyakannya bercampur antara mentera & nama2 Allah & nama Nabi. Dikatakan sesiapa yg berjaya menguasai doa ini dan sebati menjadi insan nyg terehebat. Wallahualam


Versi 1:


Bismillahirahmannirrahim,


hai sri cintamani, aku menghadap ke timur, aku makmur, aku menghadap ke barat, aku isyarat. Berkat aku memakai doa ular cintamani,

Syeikh saidi mengajar aku, berkat guru makbul limpah aku, kuuuu semangat. sekalian umat muhammad......menyerkup bumi tapak adam, cucur mencurah menimbun lambak padaku, kuuuu semangat. sekalian umat muhammad menyerkup langit sekalian umat memandang aku manis. Laut, Darat, timur barat, utara selatan, cucur menimbun lambak kepadaku. Syeikh wali menjaga depan pintu mukaku, syeikh saidi mngajar aku. Berkat guru makbul kepadaku, berkat doa :


Laa ilaha illallah muhammadar rasullulah


===============================

Versi 2:


mentera ular cintamai:


Bismillahirahmannirrahim,


hai sri cintamani, aku menghadap ketimur, aku makmur, aku menghadap ke barat, aku isyarat. Berkat aku memakai doa ular cintamani,

Syeikh saidi mengajar aku, berkat guru makbul limpah aku, kuuuurrrr semangat. sekalian umat muhammad......menyerkup bumi tapak adam, cucur mencurah menimbun lambak padaku, kuuuur semangat. sekalian umat muhammad menyerkup langit sekalian umat memandang aku manis. Laut, Darat, timur barat, utara selatan, cucur menimbun lambak kepadaku. Syeikh wali menjaga depan pintu mukaku, syeikh saidi mngajar aku. Berkat guru makbul kepadaku, berkat doa :


Laa ilaha illallah muhammadar rasullulah

===================================


Versi 3:

Inilah rupa ilmu perkasih ular cinta mani.


Bismillahhirrohmanirrohim
Adap-adap menunanikum babunallah
Hendak kukandang dalam diriku
Hendak menjadi nanggi
Kecil menjadi besar
Tua menjadi muda
Hai burung turun
Angkatkan makananku dari dalam surga
Bentang nur mabur
Jika bulan empat belas dimuka
kuberjalan anak raja raja
Aku juga manis dipandang si…(sebut namanya)…
Berjalan anak selatan
Aku juga manis dipandang si….(sebut namanya)…
Karena aku memakai do’a Ular cinta mani
Mustajab kepadaku
Kabul berkat guru
Berkat lailahailallah muhammaddarrosululloh


===========================

Versi 4:

1. Bismillah.(1x)

2. Shahadah.(1x)

3. Selawat atas NABI MUHAMMAD s.a.w (3x)

4. Doa NABI YUNUS (laaillaha illa anta subha na ka inni kuntum minal dzolimin 1x)


SERI MANI CINTA MANI,

ANAK BAYAN-BAYAN ALLAH,

KU TANAM DALAM OTAK SELIRANG TUBUH BADAN UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W YANG BANYAK,

DIRIKU HINA ENGKAU MULIAKAN,

DIRIKU MISKIN ENGKAU KAYAKAN,

ENGKAU BUKAKANLAH RIBUAN PINTU BENDAHARA PADA DIRIKU,

KASIH DI HULU,

KASIH DI HILIR,

KASIH DI DEPAN,

KASIH DI BELAKANG,

KASIH DI KIRI,

KASIH DI KANAN,

KASIH DI DARAT,

KASIH DI LAUT,

SUJUD TUNDUK,

UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W,

KEPADA DIRI KU....

BERKAT AKU MEMAKAI DOA ULAR CINTA MANI,

MAKBUL PADA DIRI KU....

HU ALLAH, HU ALLAH, HU ALLAH,

ALLAH HU, ALLAH HU, ALLAH HU..........




===========================

di antara kebanyakan doa yang saya suka baca ialah doa cinta mani kerana fungsinya pelbagai, berkat, mudah terhasil hajat, terutama hajat sesama manusia, seperti kata guru membacanya dengan keyakinan kemurahan Allah melimpah ke seluruh alam, Subhanallah, Allah mencukupkan yang sedikit, Allah melimpahkan kasih sayangNya ke seluruh alam, yang benci jadi kasih, Mintalah sesuatu dengan manusia Insyaallah dapat. Doa ini tidak boleh diberi kepada orang fasik kerana mudaratnya besar.
Tetapi apa yang tok paparkan ikhlas saya tidak pernah lihat, Sungguh luas ilmu Allah.

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Sejarah Ninja @ Shinobi


Shinobi atau Ninja (Seseorang yang bergerak secara rahsia) adalah seorang pembunuh yang terlatih dalam seni ninjutsu jepang. Ninja, seperti samurai, mematuhi peraturan khas mereka sendiri, yang disebut ninpo. Menurut sebahagian pengamat ninjutsu, kepakaran seorang ninja bukanlah pembunuhan tetapi penyusupan. Ninja berasal dari bahasa Jepun yang berbunyi Nin yang bermaksud menyusup. Jadi, keahlian khusus seorang ninja adalah menyusup dengan atau tanpa suara. Kagetora, Naruto, Ninja Rantaro, adalah contoh kecil manga yang mengangkat ninja sebagai tema utamanya. Apa ninja itu? Sama seperti yang dikisahkan dalam pelbagai cerita bahawa ninja itu penuh rahsia. Ninja biasanya akan dikaitkan dengan sosok yng mahir beladiri, ahli menyusup dan serba misteri seperti yang tampak di dalam filem atau manga. Dalam kenyataannya penampilan ninja yang serba hitam ada benarnya, namun jika ada anggapan bahawa ninja identik dengan pembunuh kejam, berdarah sejuk, pembuat onar, tukang sabotaj, tidak demikian adanya.

Kata ninja terbentuk dari dua perkataan iaitu nin dan sha yang masing-masing ertinya adalah tersembunyi dan orang. Jadi ninja adalah mata-mata profesional pada zaman feudal Jepun. Sejarah ninja juga sangat sukar dikesan. Info mengenai kewujudan mereka disimpan rapat-rapat dalam dokumen-dokumen rahsia. Ninja juga boleh diertikan sebagai nama yang diberikan kepada seseorang yang menguasai dan mendalami seni bela diri ninjutsu. Nin ertinya pertahanan dan jutsu adalah seni atau cara. Kata ninja juga diambil dari kata ninpo. Po ertinya adalah falsafah hidup atau dengan kata lain ninpo adalah falsafah tertinggi dari ilmu beladiri ninjutsu yang menjadi asas kehidupan seorang ninja. Jadi ninja akan selalu waspada dan terintregasi pada prinsip ninpo.

Ninja dalah mata-mata profesionl di zaman ketika para samurai masih memegang kuasa tertinggi dalam kerajaan jepun pada abad 12. Pada abad 14 pertarungan merebut kekuasaan semakin panas, maklumat mengenai aktiviti-aktiviti dan kekuatan lawan menjadi penting, dan para ninja pun semakin aktif. Para ninja dipanggil oleh daimyo untuk mengumpul maklumat, merosakkan dan memusnahkan gudang persenjataan ataupun gudang makanan, serta untuk memimpin pasukan penyerbuan di malam hari.karena itu ninja memperoleh latiham khusus. Ninja tetap aktif hingga zaman edo (1600-1868), di mana akhirnya kekuasaan diselesaikan oleh pemerintah di zaman edo.

B. Asal-usul Ninja
Kemunculan ninja pada tahun 522 berkaitan erat dengan kemasukan seni nonuse ke Jepun. Seni nonuse inilah yang membuka jalan bagi lahirnya ninja. Seni nonuse atau yang biasa disebut seni bertindak diam-diam adalah suatu amalan keagamaan yang dilakukan oleh para pendeta yang pada ketika itu bertugas memberikan info kepada orang-orang di kerajaan. Sekitar tahun 645, pendeta-pendeta tersebut menyempurnakan kemampuan bela diri dan mula menggunakan pengetahuan mereka tentang nonuse untuk melindungi diri dari intimidasi kerajaan pusat.

Pada tahun 794-1192, kehidupan masyarakat jepun mula berkembang dan melahirkan kelas-kelas baru berdasarkan kekayaan. Keluarga kelas ini saling bertarung satu sama lain dalam usahanya menggulingkan empayar. Keperluan keluarga akan pembunuh dan mata-mata semakin meningkat untuk merebut kuasa. Kerana itu permintaan akan para pengamal nonuse semakin meningkat. Inilah awal kelahiran ninja. Pada abad ke-16 ninja sudah dikenali dan wujud sebagai suatu keluarga atau puak di bandar Iga atau Koga. Ninja pada saat itu merupakan profesion yang berkaitan erat dengan itelijen peringkat tinggi dalam kerajaan feudal para raja di jepun. Berdasarkan hal itu, masing-masing klan mempunyai tradisi mengajarkan ilmu beladiri secara rahsia dalam keluarganya saja. Ilmu beladiri yang kemudian dikenal dengan nama ninjutsu. Dalah ilmu yang diwarisi dari nenek moyang mereka dan atas hasil penyempurnaan seni berperang selama puluhan generasi. Menurut para ahli sejarah hal itu telah berlangsung selama lebih dari 4 abad. Ilmu itu meliputi falsafah bushido, perisikan, taktik perang komando, tenaga dalam, tenaga supranatural, dan pelbagai jenis bela diri lain yang tumbuh dan berkembang mengikut zaman.

Namun ada sebuah catatan sejarah yang mengatakan bahawa sekitar abad ke-9 terjadi penghijrahan dari cina ke jepun. Hal ini terjadi kerana runtuhnya dinasti tang dan adanya pergolakan politik. Sehingga banyak pelarian yang mencari perlindungan ke jepang.sebagian dari mereka adalah jeneral besar, tentera dan sami. Mereka menetap di daerah Iga, di tengah pulau honsu. Jeneral tersebut antara lain Cho Gyokko, Ikai Cho Busho membawa pengetahuan mereka dan membaur dengan kebudayaan tempatan. Strategi ketenteraan, falsafah kepercayaan, konsep kebudayaan, ilmu perubatan tradisional, dan falsafah tradisional. Semuanya menyatu dengan kebiasaan tempatan yang akhirnya membentuk ilmu yang bernama ninjutsu.

C. Bela diri Ninjutsu
Gerakan beladiri ninjutsu hanya tendangan, balingan, patahan, dan serangan. Kemudian dilengkapi dengan teknik pertahanan diri seperti bantingan, rolling dan teknik bantu seperti meloloskan diri, mengendap, dan teknik khusus yang lain. Namun, dalam praktiknya ninja mengelakkan kenalan langsung dengan lawannya, oleh kerana itu pelbagai alat lempar, lontar, tembak, dan penyamaran yang sering digunakan. Berbeza dengan seni beladiri lain. Ninjutsu mengajarkan teknik perisikan, sabotaj, melumpuhkan lawan, dan menjatuhkan mental lawan. Ilmu tersebut digunakan untuk melindungi keluarga ninja mereka. Apa yang dilakukan ninja memang sukar difahami. Pada satu sisi harus bertempur untuk melindungi, di sisi lain ninja harus menerapkan "berkelakuan kejam dan licik" apabila menggunakan jurus untuk menghadapi lawan. Disisi lain ajaran ninpo memberi petunjuk bahawa salah satu tujuan ninjutsu adalah mengaktifkan deria keenam mereka. gabungan intuisi dan kekuatan fizikal dalam jangka waktu yang lama membolehkan para ninja untuk mengaktifkan deria keenam. Sehingga dapat mengenal orang lain dengan baik dan memahami pelbagai persoalan dalam pelbagai disiplin ilmu.

Di dalam ninpo terdapat teknik beladiri tangan kosong (taijutsu), teknik pedang (kenjutsu), teknik bahan letupan dan senjata api (kajutsu), teknik hipnotis (saimonjutsu), dan teknik ilusi (genjutsu). Pada aliran togaku ryu dikenal adanya tenaga yang disebut kuji kiri. Prinsipnya adalah penggabungan antara kekuatan fizikal dan mental. Penyaluran tenaga yang tepat dari tenaga kuji kiri boleh bersifat menghancurkan, namun disisi lain jika digunakan untuk olah fikir boleh digunakan untuk menyelesaikan persoalan yang pelik.

Ninjutsu akan sia-sia jika ninja tidak memiliki mental dan spiritual yang kuat. Untuk itu ninja harus menguasai kuji-in, iaitu kekuatan spiritual dan mental berdasarkan simbol yang terdapat di telapak tangan yang dipercayai menjadi saluran tenaga. Simbol di tangan di ambil dari amalan pada massa awal penyebaran agama budha. Kuji-in digunakan untuk membangun kepercayaan diri dan kekuatan seorang ninja. Kuji-in mampu meningkatkan kepekaan terhadap keadaan bahaya dan mengesan adanya kematian.

Dari 81 simbol yang ada, hanya 9 yang utama, iaitu rin (memberi kekuatan tubuh), hei (memberi kekuatan menyamarkan kehadiran seseorang), Toh (menyeimbangkan bahagian padat dan cair pada tubuh), sha (kemampuan menyembuhkan), kai (memberi kawalan menyeluruh terhadap fungsi tubuh), jin (meningkatkan kekuatan telepati), Retsu (memberi kekuatan telekinetik), zai (meningkatkan keselarasan terhadap alam), dan zen (memberi pencerahan fikiran dan pemahaman). Seorang ninja akan menjadi master sejati dengan menguasai simbol-simbol ini.

Walaupun terdapat banyak keluarga ninja di jepang, baru sekitar tahun enam puluhan keluarga ninja baru boleh di dekati oleh orang luar. Sejak ninja dinyatakan terlarang oleh shogun tokugawa pada abad 17. pada tahun 1950 larangan tersebut dicabut oleh pemerintah Jepun. Pada tahun 1960 televisyen jepang menayangkan laporan dokumentasi dan sejarah ninja. Setelah itu salah satu aliran yang dapat membuka diri dan memperkenalkan ninja ke dunia luar adalah aliran togakure-ryu dengan pewaris dari generasi ke 34, masaaki hatsume,. Yang profesi sehari-harinya adalah seorang tabib ahli penyembuhan dan rawatan tulang. Pada tahun 1978 ninjutsu berjaya di publikasikan dan diajarkan kepada amerika oleh stephen k. hayes. Sejak saat itu ninjutsu menjadi cabang beladiri yang paling banyak diminati.

D. Peralatan Ninja
Ninja diharuskan untuk dapat bertahan hidup di tengah alam, kerana itu mereka menjadi terlatih secara semulajadi untuk mampu membezakan tumbuhan yang boleh dimakan, tumbuhan racun, dan tumbuhan ubat. Mereka mempunyai kaedah cerdik untuk mengetahui waktu dan mata angin. Ninja menggunakan bintang sebagai alat pandu arah mereka ketika menjalankan misi di malam hari.mereka juga mahir memasang perangkap, memasak haiwan, membina tempat berlindung, mencari air dan membuat api.

Ninja memakai baju yang menutup tubuh mereka kecuali telapak tangan dan seputar mata. Baju ninja ini disebut shinobi shozoko. shinobi shozoko mempunyai 3 warna. Baju warna hitam biasanya dipakai ketika melakukan misi di malam hari dan boleh juga sebagai tanda kematian yang nyata bagi sang target. Warna putih digunakan untuk misi di hari salji. Warna hijau sebagai penyamaran agar mereka tidak kelihatan dalam lingkungan hutan.

Shinobi shozoko mempunyai banyak poket di dalam dan luarnya. Beg ini digunakan untuk menyimpan peralatan kecil dan senjata yang mereka perlukan, seperti racun, shuriken, pisau, bom asap dan lain-lain. Ninja juga membawa kotak P3K kecil tradisional, yang diisi dengan cecair dan minuman. Ninja juga memakai tabi yang mirip kasut boot. Celah yang memisahkan ibu jari kaki dengan jari yang lain memudahkan ninja saat memanjat tali atau dinding.

Ninja wanita atau kunoichi yang biasanya bekerja dengan menggunakan kefemininan mereka ketika melakukan pendekatan pada sang target menggunakan manipulasi kejiwaan dan perang batin sebagai senjata mereka. mereka boleh mendekati target dan membunuhnya tanpa jejak. Kunoichi mempunyai misi yang berbeza dengan ninja laki-laki. Mereka lebih sering dekat dengan target, sehingga mereka juga lebih sering menggunakan senjata jarak dekat seperti metsubishi, racun, golok, tali, dan tessen. Selain itu senjata-senjata tersebut juga wajar dibawa tanpa kelihatan.

Ninja memiliki senjata dalam pelbagai jenis, bentuk, dan saiz. Selain senjata standard seperti pedang, naginata, panah, dan pisau, ada pula tessen (kipas yang bila dikibaskan keluar racun), shobo, kyoketsu shogei, neko te, dan lain-lain. Peralatan canggih ninja lain adalah kaginawa (jangkar bertali) untuk memanjat dinding, ashiaro untuk membuat jejak kaki palsu agar tidak terjejas ketika menjalankan misi, metsubishi (cangkang telur yang diisi dengan pasir dan serbuk logam, biasanya juga kotoran tikus) yang berfungsi untuk membutakan lawan.

E. Latihan Ninja
Pada saat anak-anak ninja telah dilatih untuk waspada dan dididik dalam kerahsiaan dan tradisi ilmu mereka. Pada umur 5-6 tahun mereka diperkenalkan dengan permainan arked dan keseimbangan tubuh. Anak-anak disuruh berjalan di atas papan titian yang sangat keci, mendaki papan yang terjal, dan melangkau semak-semak yang berduri. Pada umur 9 tahun mereka dilatih untuk kelenturan otot. Anak-anak berlatih berguling dan melompat. Selepas itu anak-anak diajarkan teknik memukul dan menendang pada target jerami yang di ikat. Setelah itu latihan meningkat kepada seni bela diri tanpa senjata dan selepas itu dasar-dasar menggunakan pedang dan tongkat.

Pada masa remaja mereka diajar cara menggunakan senjata khusus. Membaling pisau, penyembunyian senjata, teknik tali, berenang, taktik bawah air, dan teknik menggunakan alam untuk mendapat informasai atau untuk menyembunyikan diri. Masa mereka dihabiskan dalam ruang tertutup atau bergelantungan di pohon untuk membina kesabaran, daya tahan, dan stamina. Terdapat pula latihan gerak tanpa suara dan lari jarak jauh. Mereka juga diajar teknik melompat dari pohon ke pohon atau bumbung ke bumbung.

Pada masa akir remaja ninja belajar menjadi pelakon dan psikologi melalui tingkah laku mereka sendiri dan orang-orang di sekitarnya. Mereka mula memahami cara bekerja jiwa manusia, menggunakan kelemahan orang lain untuk keuntungan mereka. Mereka juga belajar membuat ubat-ubatan, mendapatkan jalan masuk rahsia ke dalam sebuah bangunan, cara memanjat dinding, melewati bumbung, mencuri di bawah rantai, mengikat musuh, cara kabur, dan menggambar peta, laluan, penggunaan jalan, serta wajah.

Ada 18 tingkat ilmu dan seni berperang ninjutsu dari banyak keahlian yang dimiliki oleh ninja yang boleh dipelajari oleh umum pada saat ini. Selebihnya di luar kemahiran fizikal dan penguasaan jiwa, para pendekar ini perlu mempelajari latihan batin. Setelah menguasai level ini, ninja boleh sangat ahli dan bahkan dianggap sebagai orang bijak atau dukun, kerana kemampuannya menyatu dengan alam dan kitaran di sekitarnya.

Lapan belas keahlian tersebut adalah:
1. Seishin teki kyoyo (pemurnian jiwa)
ninja aliran tokakure sangat bergantung kepada pengenalan jati diri. Seorang ninja harus mengetahui dengan tepat komitmen dan motivasi hidupnya. Dengan pemahaman dan penghayatan terhadap proses pematangan seorang ninja boleh menjadi seorang pendekar yang bijak. Penglibatan ninja dalam pertarungan dimotivasi oleh alasan untuk melindungi. Tidak dibenarkan jika alasannya semata-mata hanya kerana wang.

2. tai jutsu (bertarung dengan tangan kosong)
gabungan dari ilmu daken taijutsu (pukul, tendng, tangkis), ju taijutsu (gumul, mencekik, meloloskan dari kuncian), taihen jutsu (gerak tanpa suara, berguling, melompat, cara jatuh). Kemahiran ini di perlukan dalam situasi terancam atau bertahan

3. ninja ken (pedang ninja)
pedang ninja adalah pedang pedek lurus bermata tunggal. Pedang adalah senjata utama ninja. Untuk menggunakan pedang dituntut dua keahlian utama iaitu ilmu menarik pedang (dg kelajuan namun halus gerakannya) sekaligus mengayun untuk memotong.

4. bo jutsu (jurus tongkat dan bilah)
ada 2 jenis tongkat, tongkat panjang sekitar 2 meter (bo) dan tongkat pendek sekitar satu meter (hanbo). Ada lagi senjata dari bilah buluh yang bila di buka di dalamnya ada mata pedang yang sekilas tampak seperti tongkat biasa.

5. shuriken jutsu (senjata lempar)
ilmu lempar berupa lempeng baja dengan mata tajam bersisi empat seperti bintang (senban shuriken) atau paku lempar (bo shuriken). Senban shuriken dilempar dengan cara dipuntir agar boleh menancap dan memberi kesan gergaji. Bo shuriken dilempar bersamaan beberapa buah sehingga kelihatan seperti kilatan jarum.

6. yari jutsu (jurus tombak)
tombak digunakan untuk pertarungan jarak sederhana untuk menangkis dan meredam serangan lawan.

7. naginata jutsu (jurus pedang bertongkat)
pedang pendek yang pemegang dibuat panjang seukuran tombak. Digunakan ninja untuk memotong lawan yang berada dalam jarak yang. Boleh digunakan untuk menyerang samurai dan merobohkan tentera berkuda.

8. kusari gama (jurus rantai dan bandul)
berupa rantai sepanjang 2-3 meter yang diberi bandul pada salah satu hujungnya. Pada hujung yang lain dikaitkan pada gagang arit tradisional jepun. Rantai digunakan untuk menangkis serangan senjata lawan.sedangkan bilah arit digunakan untuk menghabisi lawan yang sudah terjerat. Senjata rantai dan bandul yang disukai oleh para ninja aliran togakure adalah kyoketsu iaitu belati lengkung yang pemegang dipasangi tali halus dari rambut kuda dan hujung tali satu lagi diberi cincin besi besar.

9. henso jutsu (ilmu menyamar dan membaur)
ilmu ini sangat diperlukan pada saat perisikan. Ninja membuat identiti palsu dan mengalihkan perhatian orang. Ninja juga bergerak tanpa dapat di lacak.

10. shinobi iri (ilmu mengintai dan menyusup)
ilmu ini mengajar bergerak tanpa suara dan bersembunyi di bawah bayangan.

11. ba jutsu
seorang ninja harus boleh bertempur di atas kuda selain menunggang kuda dengan baik di segala medan.

12. sui ren (ilmu tempur di dalam air)
meliputi teknik mengintai dengan cara berenang, bergerak tanpa suara dalam air, cara menggunakan perahu khusus untuk mengapung di dalam air, dan teknik perkelahian di dalam air.

13. bo ryaku (ilmu strategi)
ilmu taktik yang tak lazim digunakan dalam keadaan bertahan atau pertarungan terbuka. Ninja sering memanfaatkan keadaan persekitaran untuk melaksanakan tugasnya, tanpa banyak mengeluarkan tenaga.

14. cho ho (ilmu perisikan)
ilmu mata-mata termasuk merekrut dan memakai orang yang digunakan sebagai mata-mata.

15. inton jutsu (teknik meloloskan diri dan menghilang)
ninja pandai meloloskan diri dengan memanfaatkan keadaan alam yang ada.

16. ten mon (meteorologi)
memanfaatkan cuaca juga merupakan senjata utama ninja. Sejak kecil mereka dilatih mengendalikan cuaca dari tanda-tanda alam yang kecil.

17. chi mon (geografi)
teknik pemanfaatan lahan.

E. Falsafah Ninja
Falsafah ninja adalah untuk mendapatkan hasil maksimum dengan tenaga minimum. Muslihat dan taktik yang sering dilakukan daripada konfrontasi langsung. Ninja tidak mempunyai status mulia seperti samurai, sehingga ninja tidak melakukan apa-apa untuk mengatasi masalah, tanpa terikat oleh nama baik keluarga dan kehormatan.

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Alat Muzik Yang Tertua Di Dunia


Tahukah anda, apakah alat muzik tertua di dunia? Para ahli arkeologi dari United Kingdom dan German telah berjaya menemui alat muzik tertua di dunia yang merupakan sejenis seruling purba yang dibuat dari tulang burung dan gading gajah purba.

Berdasarkan analisa radiokarbon alat muzik tiup menyerupai seruling yang ditemui di kawasan gua di barat daya Jerman ini, ia dikatakan berusia antara 42000-43000 tahun lalu, bahkan lebih tua.

Penelitian yang dipimpin oleh Prof. Tom Higham dari Universiti Oxford menjelaskan bahawa alat muzik tersebut usianya tidak jauh berbeza dengan tulang-tulang haiwan purba yang ditemui di sekitar gua Geissenklösterle.

Prof. Nicholas J Conard selaku ahli arkeologi dari Universiti Tübingen Jerman mengatakan bahawa ia adalah alat muzik tertua di dunia. Menurut beliau, di dalam gua Geissenklösterle turut ditemui banyak artifak karya seni yang lain. Hasil penelitian dan penemuan ini dipublikasikan di Journal of Human Evolution pada 8 Mei 2012

Menurut ahli arkeologi, alat muzik tersebut digunakan oleh manusia-manusia purba untuk upacara keagamaan mahupun sebagai medium hiburan. Muzik dikatakan berperanan penting dalam pemeliharaan jaringan sosial yang lebih besar.​


<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

10 Sejarah Menarik Kopi


Kopi ialah minuman utama dunia selain teh. Aromanya cukup membuatkan kita terangsang dan kepahitannya cukup untuk membuatkan badan kita terasa segar. Namun tahukah anda dari mana datangnya benih kopi ini? Dan bagaimanakah ia diperkenalkan sebagai minuman? My Decrescendo hari ini ingin berkongsi 10 Fakta Menarik Tentang Kopi.



**********​


Kambing Menari
Legenda menarik tentang kopi bermula dengan kambing. Semasa zaman Euthopia, gembala kambing mula tertarik dengan kopi sewaktu melihat kambing-kambingnya menjadi lincah dan 'berjoget-joget' akibat memakan buah kopi. Kesan kafein dalam kopi membuatkan kopi itu lain daripada yang lain.


Bukan Minuman
Asalnya biji kopi adalah sesuatu yang dimakan. Puak-puak di Afrika mencampurkan buah kopi dengan bahan berlemak untuk dijadikan makanan dalam bentuk bebola. Kegunaannya adalah untuk memberi tenaga.


Kebangkitan Islam
Islam sangat menyumbang kepada kepopularitian kopi kerana sewaktu itu arak diharamkan namun tidak pada kopi.


Bean Belt
Bean Belt merujuk kepada kawasan tropika dan khatulistiwa di mana hanya negara di garisan ini sahaja yang mengeluarkan kopi. Hawaii adalah satu-satunya negeri di Amerika yang mengeluarkan kopi.


Kedai Kopi Diharamkan di England
Pada tahun 1675, Raja England menitahkan semua premis kopi ditutup dan diharamkan kerana baginda mempercayai bahawa kedai kopi adalah sarang konspirasi terhadap pemerintahnnya.


Beza Arabica dan Robusta
Tahukan anda 70% kopi yang diminum di seluruh dunia adalah Arabica, kopi yang lebih halus dan beraroma tinggi manakala selebihnya adalah Robusta, kopi yang lebih pahit dan mempunyai kafein 50% lebih tinggi berbanding Arabica.


Permintaan Kopi
Untuk pengetahuan semua, kopi adalah komoditi kedua tertinggi yang didagangkan. Yang pertama adalah Petroleum.


Proses Kopi
Kopi bermula daripada buah-buah kopi yang merah menyala. Kemudian ianya dipetik, dikeringkan dan dikupas sehingga yang tinggal adalah biji kopi yang hijau. Selepas itu ia akan dipanggang dengan suhu 500F atau 260 darjah celcius. Beberapa minit kemudian biji kopi akan meletup seperti bertih dan mengembang dua kali ganda dari saiznya. Kemudian beberapa minit lagi kopi akan meletup semula. Letupan kedua bermaksud biji kopi itu sudah siap untuk dijadikan kopi.


Kopi Segera Lahir Pada Zaman George Washington
Tahukan anda bahawa kopi segera yang berada digondola-gondola shopping mall ini berasal hanya daripada seorang lelaki biasa di Guatemala yang berbangsa Belgian. Kopi segera mula diperkenalkannya pada tahun 1906 iaitu semasa pemerintahan George Washington.


Ekspresso
Espresso dibaca dengan 3 suku kata E-Spress-Oh. Nama ini bukanlah merujuk kepada jenis kopi, teknik panggang atau kisar. Ia adalah sejenis teknik membancuh kopi.
Americano pula berasal dari glosari Amerika sewaktu Perang Dunia Kedua, dimana ia dibancuh seperti ekspresso namun dicairkan sedikit dengan air atas permintaan mereka semasa perang.


<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Negara Yang Telah Lenyap Dari Muka Bumi


Setelah adanya penggabungan / pemisahan dan juga penukaran nama , banyak negara yang ada diantaranya sangat dikenali umum, telah hilang atau lenyap dari peta dunia . Senarai yang di sertakan ni bukanlah yang lengkap dan muktamad tapi masih lagi tepat sebagai rujukan tentang negara yang telah tiada .


Abyssinia
Nama lama bagi Ethiopia sehingga awal abad ke 20

Austria - Hungary
Sebuah kerajaan monarki ( juga dikenali sebagai Empayar Austro-Hungarian ), yang ditubuhkan pada tahun 1867 yang merangkumi kawasan ( pada hari ini )Austria, Hungary, Poland, sebahagian Czech Republic, Itali, Romania dan beberapa negaraBalkan . Empayar ini telah runtuh pada hujung Perang Dunia Yang Pertama .

Basutoland
Bertukar menjadi Lesotho pada tahun 1966

Bengal
Sebuah kerajaan yang merdeka dari tahun 1338 sehingga 1539 . Sekarang ini merupakan sebahagian dari negara Bangladesh dan India .

Burma
Nama nya telah ditukar secara rasmi kepada Myanmar pada tahun 1989 namun banyak negara/individu yang tidak menyedari perubahan ini dan masih mengenalinya sebagai Burma .

Catalonia
Sebelumnya adalah sebuah negara autonomi di Sepanyol . Pernah mendapatkan kemerdekaan dari 1932 - 1939 sebelum kembali menjadi daerah di negara tersebut .

Ceylon
Menukar nama menjadi Sri Lanka pada tahun 1972

Champa
Terletak di bahagian tengah dan selatan Vietnam hari ini . Merupakan sebuah kerajaan dari abad ke 7 sehingga ia runtuh pada 1832.

Corsica
Pulau Mediterranean ini pernah diperintah oleh beberapa kuasa besar dan juga pernah beberapa kali mendapatkan kemerdekaannya . Pada hari ini , ia termasuk dalam negara Perancis .

Czechoslovakia
Berpecah secara aman pada tahun 1993 menjadi negara Slovakia danCzech Republic.

Jerman Timur & Jerman Barat
Bergabung pada tahun 1989 dan membentuk Kesatuan Jerman .

Pakistan Timur
Memisahkan diri dari Pakistan pada tahun 1972 dan membentuk Bangladesh.

Gran Colombia
Sebuah negara di Amerika Selatan dari 1819 sehingga 1930 yang pada hari ini membentuk Colombia, Panama, Venezuela dan Equador . Negara Gran Colombia berpecah apabila Venezuela dan Equador memutuskan untuk keluar dari penyatuan.

Hawaii
Walaupun mempunyai kerajaan selama beratus ratus tahun, Hawaii tidak pernah diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka sehingga 1840. Setelah merasai kemerdekaan selama 58 tahun, akhirnya Hawaii menyertai United States Of America pada 1898.

New Granada
Merupakan sebahagian dari Gran Colombia dari 1819-1830, negara ini mendapatkan kemerdekaan pada tahun1830 sehingga 1858. Kemudian negara ini dikenali sebagai nama Grenadine Confederation (1858), United States Of New Granada (1861), United States Of Colombia (1863) dan akhirnya Republic Of Colombia (1886-sehingga sekarang)

Yaman Utara & Yaman Selatan
Yaman berpecah pada tahun 1967 dan membentuk 2 negara iaitu Yaman Utara ( Dikenali Sebagai Republik Arab Yaman ) dan Yaman Selatan ( Dikenali sebagai Republik Demokratik Rakyat Yaman ) sebelum kembali bersatu pada 1990 dan kembali menjadi Yaman.

Empayar Uthmaniyyah
Juga dikenali sebagai Empayar Turki, bermula dari tahun 1300 merangkumi kawasan selatan Russia, Turki, Hungary, Sebahagian Negara Balkan, Afrika Utaradan juga Timur Tengah . Empayar ini runtuh pada 1932.

Persia
Empayar Persia mengunjur dari Laut Mediterranean sehingga ke benua kecil India . Persia Moden telah ditubuhkan pada abad ke 16 dan semakin mengecil sehingga dikenali sebagai Iran pada hari ini .

Prussia
Menjadi koloni Belanda pada tahun 1660, dan bertukar menjadi kerajaan pada kurun selepasnya. Pada zaman kegemilangannya, ia merangkumi 2/3 negara Jerman dan wilayah barat Poland . Menjadi wilayah Jerman pada Perang Dunia Ke 2 dan terus dimansuhkan selepas itu .

Rhodesia
Bertukar nama pada tahun 1980 menjadi Zimbabwe .

Siam
Menjadi Thailand pada tahun 1939.

Sikkim
Sekarang ini merupakan daerah utara India . Sikkim merupakan sebuah kerajaan merdeka sejak dari kurun ke 17 sehingga 1975.

Vietnam Selatan
Wujud sekitar 1954 - 1976 sebagai wilayah anti komunis . Menyertai semula Vietnam selepas itu .

Southwest Afrika
Memperolehi kemerdekan pada tahun 1990 dan menukar nama menjadi Namibia.

Taiwan
Walaupun Taiwan masih wujud sehingga ke hari ini , ia masih dalam tuntutan negara China dan banyak negara masih belum mengiktiraf Taiwan sebagai negara merdeka . Taiwan adalah ibunegara yang pernah mewakili China ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sehingga 1971.

Tanganyika dan Zanzibar
2 buah negara ini bergabung pada tahun 1964 dan membentuk Tanzania.

Texas
Republic Of Texas mendapat kemerdekaannya dari Mexico pada 1836 dan kekal sebagai sebuah negara selama 9 tahun sebelum menyertai United States pada tahun 1845.

Tibet
Tibet merupakan sebuah kerajaan sejak dari abad ke 7 sebelum dijajah oleh China pada tahun 1950. Kini ia merupakan sebuah wilayah autonomi China yang dikenali sebagai Xi Zang

Transjordan
Menjadi Kerajaan Jordan pada tahun 1946

USSR
Kesatuan Soviet telah berpecah kepada 15 negara pada 1991 iaitu Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Lithuania, Moldovia, Russia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan.

Urjanchai Republic
Terletak di Selatan Tengah Russia, menjadi negara hanya selama 2 tahun iaitu dari 1912-1914, sebelum kembali menjadi wilayah dalam Russia .

Vermont
Pada 1777, Vermont mengisytiharkan kemerdekaan dan kekal sebagai sebuah negara sehingga 1791. Menjadi negara pertama yang menyertai United States selepas penyatuan 13 koloni awal.

West Florida
Menjadi Republik dengan dianggotai Sebahagian Florida, Mississippi dan Lousiana pada 1810 , namun kemerdekaan mereka hanya bertahan selama 90 hari.

Western Samoa
Menjadi Samoa pada 1998.

Yugoslavia
Berpecah akibat dari perang etnik pada 1990 dan membentuk negara negara Bosnia, Croatia, Macedonia, Serbia & Montenegro dan Slovenia.

Zaire
Menukar nama menjadi Democratic Republic Of Congo pada tahun 1997.

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Bukti Zaman Purba Lebih Canggih - 7 Fakta

Penemuan saintis dan ahli arkeologi sejak beberapa tahun kebelakangan ini seolah-olah menafikan tanggapan umum yang dunia silam adalah dunia mundur, tidak bertamadun serta belum terdedah kepada teknologi.

Malah, saintis kini semakin kebingungan memikirkan penemuan artifak purba menjurus kepada kenyataan yang keadaan dunia kuno sebenarnya sudah begitu maju dari segi sains dan teknologi malah mungkin lebih futuristik daripada zaman sekarang!

Kenyataan itu memang sukar dipercayai tambahan pula kita dimaklumkan yang era perkembangan sains dan teknologi hanya bermula sekitar 200 lalu malah teknologi komputer berasaskan elektronik saja hanya bermula sekitar 1940.

Akan tetapi, artifak purba serta catatan kuno yang ditemui saintis menceritakan sebaliknya – masyarakat zaman purba sudah memiliki teknologi hebat serta maju dalam pelbagai bidang terutama sains.

Bagaimanapun, atas sebab tertentu yang masih menjadi misteri, zaman purba yang serba canggih dan futuristik itu akhirnya lenyap sehingga dunia kembali menjadi mundur, tidak bertamadun dan jauh daripada perkembangan teknologi.

Sehinggalah kira-kira 200 tahun lalu, manusia kembali meneroka rahsia sains dan dunia sekali lagi melangkah ke arah perkembangan teknologi. Berikut adalah antara penemuan teknologi silam yang menunjukkan seolah-olah dunia purba lebih maju atau menyamai kemajuan teknologi ketika ini:



Penemuan bateri dari Baghdad, Iraq
Pada 1930, ahli arkeologi Austria, Dr Wilhem Konig yang menjalankan kerja mencarigali di daerah Khujut Rabula, dekat Baghdad; menemui suatu objek aneh tertanam di tapak itu. Objek itu terdiri daripada silinder tembaga, batang besi serta aspal yang disusun dalam sebuah bekas tanah liat seperti tempayan kecil setinggi 14 sentimeter (sm) dan berdiameter lapan sm.

Penyelidikan lanjutan mendapati objek aneh itu ternyata berfungsi seperti bateri malah bateri kuno itu dianggarkan berusia 2,000 hingga 5,000 tahun lalu! Penemuan menggemparkan itu secara tidak langsung mencabar sejarah berikutan bateri dikatakan pertama kali dicipta pada 1800 oleh Count Alessandro Volta.

Penemuan itu juga secara tidak langsung menunjukkan masyarakat purba yang wujud 5,000 tahun lalu sudah menemui tenaga elektrik sekali gus ‘menafikan’ Michael Faraday sebagai individu pertama menemui induksi elektromagnetik dan hukum elektrolisis pada 1831.
Uji kaji mendapati bateri kuno itu mampu menghasilkan tenaga elektrik antara 1.5 volt hingga dua volt.

Kalkulator kuno.
Pada 1901, penyelam di perairan pulau Antikythera, Greece menemui artifak berusia lebih 2,000 tahun dari sebuah runtuhan dasar laut. Artifak menyerupai jam itu dikaji penyelidik, Derek J De Solla Price dan didapati ia berfungsi sebagai ‘kalkulator’ yang menghitung pergerakan bintang dan planet.

Reaktor nuklear berusia dua juta tahun.
Pada 1972, sebuah reaktor uranium yang sudah wujud sejak dua juta tahun lalu ditemui di Oklo di Republik Gabon, Afrika.

Kajian reka bentuk dan struktur lombong purba itu mendapati ia dapat mengekang radioaktif daripada tersebar malah teknologi reaktor dan kaedah digunakan pada zaman purba itu jauh lebih canggih daripada kaedah reaktor nuklear digunakan pada zaman kini.

Penemuan itu menimbulkan persoalan sama ada manusia pada dua juta tahun lalu sudah menguasai teknologi atom dan menggunakan sumber nuklear sama ada sebagai sumber tenaga untuk kegunaan harian atau peperangan.

Kanta optik
Di lokasi sama dengan penemuan bateri kuno di Baghdad, Iraq; turut ditemui kanta optik purba yang dihasilkan kira-kira 2,200 tahun lalu.
Kanta purba sebesar kira-kira dua ibu jari itu dijumpai dengan bahagian kacanya sedikit retak. Sebelum penemuan menggemparkan itu, kanta dikatakan pertama kali dihasilkan di Eropah pada abad ke-16. Bagaimanapun penemuan kanta kuno itu menunjukkan masyarakat purba sudah lama mengetahui kaedah menghasilkan kanta serta mengaplikasikannya dalam kehidupan.

Jantung buatan
Di dada kiri mumia anak lelaki dalam sebuah piramid Mesir, penyelidik menemui jantung buatan. Sejarah ilmu perubatan pada masa kini memperlihatkan jantung buatan hanya dihasilkan beberapa puluh tahun lalu tetapi penemuan itu memungkinkan jantung buatan sudah dihasil dan dipasang pada 5,000 tahun lalu.

Robot
Pada zaman pemerintahan Kaisar Mu (976 hingga 922 SM) di China, pencipta berbakat, Ma Daifeng menghasilkan aplikasi robotik yang dibina tetapi berasaskan mekanisme mekanikal. Robot yang dibina dapat bernyanyi dan menari seperti manusia, membawa peralatan kepada tuannya selain mempunyai organ tubuh seperti tulang, otot, sendi, kulit dan rambut.
Turut dicipta Ma Daifeng pada zaman berkenaan adalah alat merekod jarak perjalanan selain aplikasi untuk industri kilang yang mampu bekerja tanpa kawalan manusia.

Kenderaan
Ukiran purba ditemui di sebuah kuil Kerajaan Mesir Purba di Abydos, Mesir menunjukkan gambar kenderaan yang wujud pada zaman ini walaupun ukiran itu dianggarkan dihasilkan lebih 3,000 tahun lalu. Gambar berkenaan yang jelas kelihatan adalah helikopter, kapal selam, bot dan pesawat. Pada 1898, di sebuah makam kuno berusia kira-kira 2,200 tahun di Saqquara, Mesir, replika pesawat yang formatnya mirip dengan pesawat terbang moden ditemui

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>