Alat Muzik Yang Tertua Di Dunia


Tahukah anda, apakah alat muzik tertua di dunia? Para ahli arkeologi dari United Kingdom dan German telah berjaya menemui alat muzik tertua di dunia yang merupakan sejenis seruling purba yang dibuat dari tulang burung dan gading gajah purba.

Berdasarkan analisa radiokarbon alat muzik tiup menyerupai seruling yang ditemui di kawasan gua di barat daya Jerman ini, ia dikatakan berusia antara 42000-43000 tahun lalu, bahkan lebih tua.

Penelitian yang dipimpin oleh Prof. Tom Higham dari Universiti Oxford menjelaskan bahawa alat muzik tersebut usianya tidak jauh berbeza dengan tulang-tulang haiwan purba yang ditemui di sekitar gua Geissenklösterle.

Prof. Nicholas J Conard selaku ahli arkeologi dari Universiti Tübingen Jerman mengatakan bahawa ia adalah alat muzik tertua di dunia. Menurut beliau, di dalam gua Geissenklösterle turut ditemui banyak artifak karya seni yang lain. Hasil penelitian dan penemuan ini dipublikasikan di Journal of Human Evolution pada 8 Mei 2012

Menurut ahli arkeologi, alat muzik tersebut digunakan oleh manusia-manusia purba untuk upacara keagamaan mahupun sebagai medium hiburan. Muzik dikatakan berperanan penting dalam pemeliharaan jaringan sosial yang lebih besar.​


<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>