Senoi Praaq yang bererti Pejuang merupakan Pasukan Polis Hutan (PPH) yang sebilangan besarnya terdiri daripada Orang Asli. Pasukan ini telah ditubuhkan pada tahun 1957 dan sebagai unit bebas dan berkhidmat di kawasan perkampungan Orang Asli di pedalaman.
Pasukan Senoi Praaq merupakan satu pasukan yang paling dihormati kerana kepakaran mereka menjejak pengganas komunis semasa darurat dahulu. Oleh kerana kecemerlangan pasukan ini membantu pasukan keselamatan menentang komunis pada masa darurat, maka pada tahun 1968 pasukan ini digabungkan dengan Pasukan Polis Hutan (PPH) sebagai Batalion 10 berpengkalan di Kem Keroh, dan Batalion 20 berpengkalan di Kem Bidor, Perak.
Pada masa ini kedua-dua Batalion ini mempunyai 2,000 orang anggota yang terdiri dari pelbagai pangkat.
Tidak ramai mengetahui sejarah perjuangan sekumpulan pemuda Orang Asli sebelum dan selepas kemerdekaan.Mereka juga adalah pejuang yang turut serta membantu pihak British menentang komunis malah dianggap lagenda kerana kepakaran mengesan dan memburu pengganas komunis (PKM) sehingga jauh ke dalam hutan-hutan tebal sempadan hingga ke sempadan Thailand. Ibuku pernah bercerita kisah-kisah ayahku yang terlibat dengan pengganas komunis ketika zaman mudanya.Kata ibu Senoi Praaq pada asalnya adalah ilham seorang mentor British bernama Tuan Noone atau R.O.D.Noone.
Senoi Praaq bermaksud "Orang Perang" dalam bahasa Semai (suku orang asli).Ketika tarikh keramat 31 Ogos 1957 semakin hampir pihak British terdesak mahu menubuhkan sebuah pasukan askar yang dapat membantu kerajaan yang baru ditubuhkan menjaga keamanan dan mengekang pengaruh komunis.Tuan Noone telah berjumpa dengan Sir Gerald Templer,pemerintah tentera Bristish Tanah Melayu ketika itu mengenai penubuhan Senoi Praaq,cabang pasukan bersenjata di bahawa Jabatan Orang Asli.Lewat tahun 1956 tertubuhlah pasukan ini yang dinamakan Senoi Praaq.
Bermula dengan 2 unit dan 10 orang setiap unit hasil dari penangkapan beberapa pemuda orang asli yang menyertai komunis di bawah operasi Surrendered Enemy Personnel(SEP) yang kemudiannya berkembang menjadi 3 unit.Menjelang tahun 1957 unit ini telah berkembang menjadi 2 skuadron dan setiap skuadron dianggotai dengan 80 orang pemuda orang asli dari perlbagai suku.
Penubuhan Senoi Praaq telah memberi tamparan hebat kepada pengganas komunis.Kepakaran orang asli menjejaki binatang-binatang hutan telah membantu mereka mengesan musuh dengan amat tepat sekali.Bau,rasa,jejak,tanda-tanda persekitaran,bunyi binatang dan unggas rimba malah mimpi-mimpi juga adalah antara isyarat operasi.Biasanya apabila suatu kawasan itu dipercayai ada musuh ,Senoi Praaq akan ditugaskan masuk mengesan dulu.Apabila maklumat telah diperolehi tentang anggaran berapa ramai,keadaan bukit dan anak air, jalan jalan yang memungkinkan pengganas komunis melarikan diri barulah pihak tentera akan membuat perancangan serangan.
Sebenarnya kisah Senoi Praaq tidak pernah dibukukan di dalam Malaysia.Namun perjuangan mereka boleh dianggap lagenda kerana pengganas komunis amat takut dengan unit ini disebabkan skil mereka memburu dan mengesan musuh di hutan.Tidak hairanlah pada peringkat awal serangan gerila komunis dulu mereka berjaya mempengaruhi anak-anak muda orang asli untuk dijadikan sebahagian dari mereka guna membantu mereka meloloskan diri dari serbuan tentera.Insya Allah aku akan menulis lagi tentang Senoi Praaq pada masa akan datang.
<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>