Dulu, budak-budak kena kreatif cipta sendiri permainan dari bahan-bahan terbuang dan yang terdapat disekeliling kita.
Salah satu mainan tradisional yang kami selalu main masa kecil ialah ‘caplong’ (ada juga yang panggil bedil buluh) berpelurukan buah cenerai atau kertas surat khabar(yang direndam dalam air). Sebelum bermain kami kena cari bahan-bahan nak buat "senapang buluh" .
CARA CARA BUAT
Bila dah dapat buluh, potongkannya dengan mengambil ruas yang panjang dan lurus.
Manakala penjolok atau pengantak pula adalah buluh betong yang diraut sampai kecil dan pasangkan kepada pemegang atau kepala.
Kemudian cari peluru dari buah cenerai atau kertas surat khabar yang ditumbuk dengan air. Untuk memasukkan peluru buah cenerai, kena ketuk buah cenerai tu dengan pemegang caplong. Buah mesti lebih besar dari lubang pada buluh tu. Buah cenerai ni pun boleh di makan. Rasanya kelat-kelat masam.Bila peluru dah masuk, tekan penjolok dengan cepat. Maka peluru pun keluar diikuti dengan bunyi “plong!”. Sebab tu kot orang bagi nama dia caplong.Bila caplong dan peluru dah ada bolelah buat undian siapa yang jadi musuh atau askar. Selepas itu peperangan boleh la dimulakam
Permainan ini memang menyeronokan hingga tak sedar ke makan atau minum. Bila dah letih baru cari air nyor muda atau minum air telaga.
Kena peluru buah cenerai ni,jangan main kadang-kadang berbintik-bintik badan tapi peluru kertas tak apa, bunyi aje kuat tapi tak sakit. Peraturan masa main ni tak boleh pakai baju. Baru senang nampak kesan bila kena tembak dan di kira mati.
<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>