RAMAI menganggap kewujudan Pulau Batu Hairan di perairan Pulau Banggi, kira-kira 65 kilometer ke timur laut Kudat, Sabah pada 14 April 1988 dan tenggelam pada 25 Februari 1990, sebagai batu terapung yang mempunyai keramat dan pembawa rezeki. Misteri kewujudan dan kehilangan pulau yang dipercayai terhasil dari terumbu karang seluas 0.7 hektar dan berketinggian 3.1 meter itu hingga kini kekal menjadi tanda tanya.
Isabella ialah nama yang tidak asing lagi dalam sejarah perkembangan Islam di Sepanyol terutamanya dalam bidang perbandingan agama Islam dan Kristian di Bandar Cordova iaitu bandar sejarah Sepanyol dan merupakan bandar tercantik di Sepanyol. Terdapat banyak tinggalan bersejarah di Cordova seperti istana al-Hamra, Qasrul Syuhada (makam para syuhada), masjid Cordova dan juga taman tercantik di Sepanyol iaitu Rabat Yamani.
Sebutir
bom telah diletupkan di kompleks Dayabumi, Kuala Lumpur, pada pukul
8.30 pagi hari Isnin, 10 April 1989. Letupan yang kuat itu mencederakan 4
orang. Tragedi itu bukanlah berlaku di bahagian menara Dayabumi, tetapi
ia berlaku di tingkat dua bahagian podium atau City Point yang terletak
bersebelahan dengan bahagian menara tersebut. Walaupun begitu, kesan
letupan itu turut sama merosakkan bahagian bawah menara Dayabumi. Hasil
siasatan menjumpai beberapa biji bateri di lokasi letupan. Disyaki bom
tersebut diletupkan dengan menggunakan 'timer'.
Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar pembuatan pedang barat. Ketajamannya mampu menembus baju besi crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya.
Pada ka’bah kita sering melihat adanya Kiswah iaitu kain/selimut hitam penutup ka’bah. Tujuan dari pemasangan kain itu adalah untuk melindungi dinding ka’bah dari kotoran, debu, serta panas yang dapat membuatnya menjadi rosak. Selain itu kiswah juga berfungsi sebagai hiasan ka’bah. Setiap tahun pada musim haji, tepatnya tanggal 9 Dzulhijjah, Kiswah diganti dengan yang baru