Showing posts with label Pelik. Show all posts
Showing posts with label Pelik. Show all posts

Makhluk Halus Misteri - Hantu Jerangkung


1. Hantu Jerangkung adalah sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan menginiaya orang lain. Pemeliharaan makhluk halus seperti ini turut dikenali sebagai saka. Jerangkung bisanya dipelihara dengan tujuan membantu pemiliknya melindung diri atau bagi memusnahkan musuh. Jerangkung mampu merasuk mangsanya dan menjadikan mangsanya menderita.

2. Pemelihara Jerangkung biasanya akan membeli atau memuja untuk mendapatkan Jerangkung. Jerangkung yang dipelihara, dipercayai secara umum akan mematuhi perintah tuannya selagi ia dijaga dengan baik. Sekiranya gagal, Jerangkung akan menghisap darah ahli keluarga terdekat pemiliknya.

3. Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat bagi membela/memelihara Hantu Jerangkung ini adalah satu perbuatan syrik dalam agama Islam. Sekiranya tidak dijaga dengan baik, Jerangkung akan membinasakan ahli keluarga terdekat pemilik Jerangkung.

4. Sekiranya Jerangkung tidak lagi diperlukan, pemilik Jerangkung perlu mendapatkan tuan pengganti, atau menghantar Jerangkung itu balik ke tempat ia dibeli, atau ia perlu dibuang. Biasanya dihanyutkan dengan acak ke dalam sungai.​

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Pesawat Pelik Ciptaan Alexander Graham Bell

AEA Cygnet : Pesawat Sayap 3 Segi Rekaan Alexander Graham Bell


Tahukah anda bapa telefon moden Alexander Graham Bell pernah mencipta sebuah kapal terbang dengan kepak yang tidak konvensional. Bell mencipta pesawat yang diberi nama Aerial Experimental Association Cygnet. Secara keseluruhan 3 variasi Cygnet dihasilkan diantara 1907 dan 1912. Dari gambar di bawah anda pasti dapat melihat konfigurasi sayap Cygnet yang unik. Tidak seperti pesawat rekaan Adik Beradik Wright, Cygnet menggunakan sayap yang terdiri dari 3393 sel tehrahedral. Bell banyak melakukan kajian menggunakan layang-layang tetrahedral. In fact Graham Bell jugalah yang mencipta layang-layang berbentuk terahedral ini. Bell merasakan jika sebuah layang-layang boleh terbang dengan menggunakan sel tehrahedral, mungkin sebuah pesawat boleh dihasilkan dengan menjadikan sel-sel tehrahedral sebagai sayap.

Cygnet memulakan hidupnya sebagai sebuah glider tanpa pesawat. Ianya ditarik dibelakang sebuah kapal stim. Ianya berjaya diterbangkan tetapi mengalami kerosakan ketika cubaan pendaratan. Sungguhpun begitu Bell meneruskan eksperimen meletakkan seorang juruterbang. Pada 6 Disember 1907, Thomas Selfridge menerbangkan Cygnet yang ditarik di belakang sebuah motorbot. Ia berjaya terbang setinggi 51 meter sebelum musnah ketika pendaratan. Masalah yang dihadapi oleh Cygnet ialah ianya mudah diterbangkan tetapi hampir mustahil untuk didaratkan. Thomas Selfridge terselamat ketika pendaratan Cygnet dan kemudian bekerja dengan Adik Beradik Wright. The sad thing is Thomas Selfridge kemudian meninggal dunia ketika menerbangkan sebuah Wright Flyer pada tahun 1908 . Beliau menjadi individu pertama yang terkorban ketika menerbangkan sebuah pesawat.

Anyway Bell meneruskan percubaan menjadikan Cygnet sebuah pesawat yang boleh digunakan secara komersil dengan menghasilkan Cygnet II dan Cygnet III. Kedua-dua variant Cygnet ini dilengkapi dengan ski dan roda bagi memudahkan proses pendaratan. Tidak seperti Cygnet I, kedua-dua versi Cygnet baru ini gagal terbang. Cygnet III hanya mampu "terbang" setinggi 2 kaki!

Bell akhirnya menamatkan projek Cygnet apabila Cygnet III mengalami kerosakan sayap yang teruk pada tahun 1912.








<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Anggota Badan Palsu Tahun 1560 - 1600


Tahun 1560 hingga 1600 terlalu lama berlalu tapi siapa menduga pada zaman ini rekaan anggota palsu manusia sudah begitu maju.

Jom kita tengok bagaimana rekaan yang diorang buat.























<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Para Malaikat Memberi Bantuan Kepada Pejuang Mujahidin Chechen

Dalam berjihad di jalan Allah swt, kejadian pelik dan aneh seringkali berlaku. Kejadian seperti ini sudah pun dirakam oleh Allah swt dalam al-Quran sejak 1,400 tahun yang lampau. Peristiwa di Badar dan semasa di Perang Hunain menyaksikan segerombolan bantuan malaikat turun membantu Rasulullah saw dan para sahabat di medan perang. Kejadian aneh ini disaksikan sendiri oleh para sahabat dan terdapat kesaksian mereka terkandung dalam hadis sahih Bukhari dan Muslim.

Tiada yang mampu dikatakan selain daripada memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt dan laungan takbir. Kejadian bantuan daripada tentera Allah ini turut sama berlaku di beberapa tempat terpilih seperti yang diberitakan berlaku di pergunungan Chenchya.

Inilah keistimewaan yang Allah swt berikan kepada pejuang-pejuang yang sentiasa meletakkan agama Allah di tempat paling atas berbanding perkara-perkara lain. Tiada sebab untuk Allah swt tidak memberi pertolongan sekiranya hal sedemikian memberi kemenangan kepada Islam. Maha Suci Allah Yang Maha Pemberi Pertolongan.

Ikutilah penceritaan daripada seorang Mujahiddin yang menjadi saksi kepada kejadian aneh ini. Moga Allah swt melimpat gandakan pahala kepada mereka dan menempatkan mereka di syurga yang telah dijanjikan.



Kesaksian Para Malaikat Memberi Bantuan

Kami berperang dalam satu batalion bersama komandan operasi, dan selama perjalanan kembali dari Grozny menuju ke sebuah gunung tiba-tiba muncul jet pejuang Rusia yang menerjunkan ratusan tentaranya. Kami mulai bersiap siaga. Pada waktu itu kami dalam keadaan berkaki ayam pada malam yang gelap gelita serta di atas tanah yang dipenuhi salji.


Tentara-tentera Rusia tersebut mendarat di atas gunung sedangkan kami berada dibawahnya. Hal ini membuat sudut pandangan kami menjadi tidak jelas, sedangkan bagi pihak mereka sangat jelas. Oleh sebab posisi mereka yang berada di atas kami menyebabkan kami tiada tempat untuk berlindung.

Komander Khattab​


Tapi tiba-tiba mereka diliputi kekacauan dan ketakutan dan mereka pun mulai menembak. Dan aku bersumpah atas nama Allah, kami melihat mereka menembak ke atas, padahal posisi kami di bawah.

Kemudian keadaan tiba-tiba berubah menjadi tenang dan hening. Kami pun menunggu hingga setengah jam. Komandan Khattab berkata,

“Saya ingin beberapa orang untuk mendaki gunung bagi mengetahui apa yang sedang terjadi dan mengapa mereka menghentikan tembakan”.

Seluruh mujahidin mengangkat tangannya. Maka komandan Khattab hanya memilih tujuh mujahiddin untuk mendaki ke atas. Setelah satu jam menunggu, kami mendengar tujuh mujahiddin yang ditugaskan untuk menyiasat melaungkan takbir di atas gunung. Laungan takbir tersebut memecahkan kesunyian malam.


Laungan takbir

Dengan rasa ingin tahu kami pun mendapatkan mereka. Sampai di atas gunung, segera kami bertanya kejadian sebenarnya. Sesaat kemudian seluruh Mujahidin bertakbir. Ternyata kami menemukan kejadian yang mengejutkan, ratusan tentara Rusia telah terpenggal.

Melihat keadaan tentara-tentara Rusia tersebut, kami beranggapan mayat mereka dipenggal dengan pedang yang begitu tajam, atau paling tidak mungkin dengan gergaji elektrik. Kami yakin tidak mungkin seorang manusia mampu melakukannya. Tambahan pula, tentera Russia terkenal dengan kecekapan dan kemahiran mereka dalam selok-belok peperangan.

Satu lagi kejadian aneh di mana senjata api mereka iaitu Kalashinkov masih tergengam di tangan mereka dan tidak sedikitpun mengalami kerosakan. Pisau-pisau dan senjata mereka yang lain pun masih lagi elok.

Jumlah tentara Rusia yang terpenggal ada sekitar ratusan orang. Melihat kepada hal sedemikian, kami menyedari bahawa sesungguhya Allah telah mengirim para malaikat-Nya untuk menolong kami.

Dipetik daripada buku “Karamah Mujahidin dari Masa ke Masa” oleh Abu Muhammad


<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Misteri Tentera Terracotta - Pahlawan Makam Dinasti Qin

Pada tahun 1974, seorang petani telah menemui makam Maharaja Qin, satu daripada tinggalan arkeologi terhebat semasa menggali perigi berhampiran Gunung Li di wilayah Shaanxi, China. Maharaja Qin Shi Huang yang mangkat pada tahun 210 SM dikebumikan bersama rombongan misteri tentera terracotta (terracotta warriors). Semenjak itu, para ahli arkeologi telah menghabiskan 40 tahun lalu dan mendedahkan secara terperinci patung pahlawan bersaiz sebenar dari lubang seluas 22 batu persegi (57 kilometer persegi).


Muzium Tentera Terracotta Terbesar Di Dunia​


Setakat ini, penggalian-penggalian di Museum of the Terracotta Army yang terletak kira-kira 25 batu (40 kilometer) di timur Xi'an telah menemui kira-kira 2,000 daripada 6,000 figura yang dirasakan wujud. Di samping tentera terracotta bawah tanah itu, turut ditemui kuda, kereta kuda, senjata – termasuklah akrobat untuk menghiburkan Maharaja Qin di alam kubur. Ramai sarjana berpendapat bahawa tentera terracotta tersebut dikuburkan bersama Maharaja China pertama untuk melindunginya di alam akhirat dan ingin disembunyikan. Kini, tentera terracotta misteri yang digelar sebagai keajaiban alam kelapan ini menarik kira-kira 2 juta pelancong setiap tahun.


Senjata Terpelihara:
Ahli arkeologi telah menemui kira-kira 40,000 senjata yang diperbuat daripada gangsa di lubang terracotta itu. Daripada lembing ke kapak, busur dan anak panah, senjata menakjubkan ini terpelihara dalam saduran kromium. Meskipun Jerman dan Amerika mendakwa mencipta teknologi salutan kromium masing-masing pada tahun 1937 dan 1950, ia telahpun wujud di China sejak 2,200 tahun yang lampau.


Kereta kuda tentera terracotta dalam satu pameran​


Berwawasan Tinggi:
Semasa Maharaja Qin baru berumur 13 tahun, kerja-kerja pembinaan makam agungnya telahpun dimulakan. Menurut dakwaan sejarawan China bernama Sima Qian dalam Records of the Grand Historian, lebih daripada 700,000 orang terlibat dalam pembinaan makam selama 36 tahun. Walaupun ia merupakan satu daripada pencapaian terhebat Maharaja Qin, namun beliau juga terkenal dengan sumbangannya dalam bidang politik dan budaya. Maharaja Qin telah memperkenalkan satu landasan penulisan naskah, menghubungkan jajahannya dengan terowong dan jalan raya, menyatukan wilayah yang berperang, memajukan teknologi kaji logam, menyeragamkan ukuran dan timbangan, membina Tembok Besar versi pertama dan kemudian menghubungkannya dengan bahagian taktikal.


Maharaja Kejam:
Meskipun banyak memajukan empayar, namun Maharaja Qin juga terkenal dengan kekasarannya. Ratusan rangka telah ditemui dalam makam berkenaan, kebanyakannya dipercayai tukang dan pekerja yang membantu pembinaan kubur itu. Menurut Sima Qian, para buruh ini dibunuh demi merahsiakan lokasi dan khazanahnya: "Selepas pengebumian dan penyembunyian hartanya, pintu tengah ditutup dan pintu luar dikunci untuk memenjarakan semua tukang dan buruh agar tiada yang keluar. Pokok-pokok dan rumput ditanam di serata makam untuk menjadikannya kelihatan seperti bukit," tulisnya.


Barisan tentera terracotta misteri yang manjadi pengawal makam Maharaja Qin di alam kubur​


Salah Ubat:
Maharaja Qin takut akan kematian dan dikatakan berusaha mencari pelbagai jenis ubat dan penawar – apa sahaja yang menjanjikan vitaliti selama-lamanya. Kononnya, Maharaja Qin telah mengutus 8,000 orang, termasuk pakar herba diraja untuk mencari penawar ajaib. Sementara menungu tonik berkenaan, Maharaja Qin mengambil tablet merkuri. Akibatnya, tabiat itu dikatakan menjadi punca kematian Maharaja Qin pada umur 50 tahun.


Peta Misteri:
Meskipun kubur Maharaja Qin belum digali, tetapi legenda mengatakan bahawa pekerjanya mengukir satu peta kerajaan Qin di lantai. Banyak replika istana, bangunan besar, termasuklah perangkap (busur untuk menembak penceroboh) dikatakan memenuhi ruang makam, sementara batu permata melambangkan langit, dan aliran raksa menggambarkan sumber air kerajaan. Penyiasatan moden dapat mengesahkan legenda ini melalui bukti-bukti berkaitan bahan kimia. Pada tahun 2005, satu kajian yang diketuai oleh ahli arkeologi China bernama Duan Chingbo telah mengambil 4,000 sampel dari timbunan tanahnya dan mendapati semua sampel positif dengan kehadiran merkuri.​

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Seram - Kisah Pengantin Hidup Dan Mati


Ni kisah pengantin satu idop satu mati. copy paste dari email . jangan tengok kalau takut.


Alkisah mcm ni ceritanya...

Tulisan ini awalnya ditulis dalam bahasa Cina Kemudian
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris (kemudian ke dalam bahasa Indonesia).
Seorang guru sejarah melakukan riset (research), dan tentu saja foto ini adalah Nyata
dan benar-benar ada.

Berasal dari tahun 1920-an, dari sebuah desa di Cina. Umur sang gadis 17
tahun. Ia berasal dari keluarga yang berada dan kaya,dan dengan kekuatan
uang, ia berhasil mendapatkan lelaki idamannya.

Pria tersebut berumur 19 tahun, dan cukup populer di mata para gadis-gadis
karena ketampanannya.
Mereka bertunangan, tetapi upacara pernikahan secara resmi Belum
terlaksana, dan sang gadis meniggal karena demam tinggi pada Tahun 1922.

Sang pria tidak ingin menjalani ritual tradisional menikah Dengan orang ang
telah mati, dan memutuskan untuk melarikan diri dan menjadi tentara.
Tetapi, seperti telah disebutkan, sang gadis berasal dari Keluarga yang
kaya, dan anggota keluarganya berhasil membawa sang pria untuk kembali,
kemudian sang pria dipaksa untuk menjalani ritual menikah dengan Gadis yang
telah mati. Foto ini diambil pada tengah malam, ketika sang gadis telah
mati selama 6 hari.

Mereka harus menyangga tubuh sang gadis dengan papan kayu, Agar dapat
berdiri dengan tegak. Perhatikan bahwa kaki sang gadis tidak menyetuh Tanah
secara penuh? Dan juga, 2 baris huruf Cina, satu barisnya di Tulis secara
terbalik, yang dikatakan diperuntukkan bagi yang telah mati. mereka
mengatakan jika anda menatap foto dengan waktu relatif Lama dan jika sang
gadis tersenyum balik kepada anda, hal buruk akan Terjadi kepada anda. Ini
karena sang pria tidak ingin menjalani ritual tersebut, namun, sang pria
sangat miskin, dan tidak dapat melakukan apapun pada Waktu itu.

Sang gadis sangat mencintainya, dan memaksanya untuk bertunangan.
Menyeramkan??? Anda yang menentukan... Saya tidak merasa Ataupun melihat
sang gadis tersenyum balik kepada saya... Anda???

Mengikut sumber yg dipercayai, gambar ini adalah original. Lihat pada muka
pengantin pompuan. Nmpk yg mata dan pipi pompuan tu jatuh, tanda sudah mati
dengan mulut yg terbuka sedikit, itu biasa terjadi pada org yg dah mati
kerana otot rahang dah tak berfungsi. Diferent dgn pengantin lelaki, muka
dia masih utuh.

Kaki pengantin perempuan tu pun tak jejak tanah, sebab diaorang guna papan untuk
mendirikan mayat tersebut. Macam mana diaorang dirikan... tak tau la
plak... :-? :-? :-?

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Washroom Sign Unik Dari Pelbagai Negara

Iran
1-34.jpg


China
2-25.jpg


France
3-21.jpg


Netherlands
4-20.jpg


Japan
5-19.jpg


6-17.jpg


Korea
7-13.jpg


Spain
8-9.jpg


USA-Georgia state
9-6.jpg

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

China - Raba Payudara Untuk Elak Gangguan Hantu

"Sebagian masyarakat China percaya bahawa ketika seorang wanita single ingin bebas dari gangguan hantu pada bulan ini, mereka harus meminta bantuan lelaki single lainnya untuk menyentuh payudara mereka. "




Menurut kalender Bulan Cina, mulai dari 31 Julai kelmarin kita telah memasuki bulan Hantu, atau disebut juga Bulan Hantu Lapar, bulan ini bukanlah sebuah bulan yang baik menurut mereka, kerana pada bulan ini mereka meyakini arwah-arwah orang yang sudah mati akan bebas bergentayangan di Bumi. Namun mereka meyakini ada satu cara agar para wanita tidak diganggu oleh arwah-arwah ini, iaitu meminta para lelaki menyentuh payudara mereka.

Para warga di kota Ejia, Yunnan yang masih single akan mengikuti Festival Menyentuh Payudara pada hari ke 14, 15 dan 16 pada bulan Hantu ini. Selama tiga hari tersebut, para lelakinya diperbolehkan menyentuh payudara wanita.

Menurut para ahli spiritual setempat, pada bulan ini para arwah orang mati tidak boleh beristirahat dengan tenang kerana mereka belum pernah menyentuh seorang wanita sebelumnya. Mereka menginginkan 10 gadis 'suci dan belum tersentuh' untuk menemanimereka ke dunia kematian. Nah agar para wanita itu tidak menjadi sasaran target, mereka yang berusia 15 tahun keatas akan meminta para lelaki untuk menyentuh payudara mereka.

Kebudayaan ini konon sudah berjalan semenjak Dinasti Sui (Tahun 581 - 619 Masehi), dimana ketika itu banyak pemuda dari suku Yi tewas dalam peperangan. Dari masa itulah, untuk menyenangkan para arwah yang sudah mati namun masih teruna upacara ini mulai secara rutin dilakukan dan diteruskan dari generasi ke generasi.


<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Jual Diri Untuk Bayar Hutang


Sehingga kelmarin, Aleksandr Kramarenko sudah menerima 200 bidaan, termasuk daripada lelaki.

Moscow: Selepas gagal memenuhi kontrak yang ditandatangani dengan Pich Shop - syarikat hadiah atas talian di sini - seorang lelaki berusia 21 tahun bersetuju untuk dilelong kepada wanita yang membuat bidaan tertinggi dan berkahwin dengannya selama setahun, sebagai cara untuk mengelak dia disaman.

Syarikat berkenaan minggu lalu mengiklankan tawaran untuk melelong Aleksandr Kramarenko, 21, yang dikatakan boleh dikahwini dengan jaminan setahun.

Iklan itu turut menyatakan usia, ketinggian, berat, lambang zodiak dan minat lelaki berkenaan.

Syarikat itu mempelawa wanita yang berusia tidak melebihi 35 tahun membida untuk meraih peluang menjadi isteri Kramarenko selama setahun. Bidaan minimum ditetapkan sebanyak 10,000 ruble (RM735).

Ketika dihubungi, Pich Shop dan Kramarenko mengesahkan kesahihan iklan berkenaan.

Kramarenko ditawar untuk dijual selepas ia berhutang sebanyak 3.12 juta ruble (RM228,000) kepada syarikat itu setelah gagal memenuhi kontrak menyediakan bahan untuk dicetak pada masa yang telah dipersetujui kedua-dua pihak.

Syarikat itu bercadang mengambil tindakan mahkamah untuk menyamannya tetapi pada masa sama menawarkan dia pilihan - dilelong dan berkahwin selama setahun dengan wanita yang membelinya.

Kramarenko yang terdesak bersetuju.

Sehingga kelmarin, Pich Shop yang bertindak demikian kerana mahu mempromosi syarikatnya, sudah menerima 200 bidaan, termasuk daripada lelaki.

Bagaimanapun, lelongan itu hanya dibuka kepada wanita tidak melebih 35 tahun.

Pemenang akan diumumkan sedikit masa lagi bersama-sama tarikh perkahwinan.


LIKE FACEBOOK PAGE KAMI UNTUK UPDATE LEBIH PANTAS

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Misteri Pulau Batu Hairan

RAMAI menganggap kewujudan Pulau Batu Hairan di perairan Pulau Banggi, kira-kira 65 kilometer ke timur laut Kudat, Sabah pada 14 April 1988 dan tenggelam pada 25 Februari 1990, sebagai batu terapung yang mempunyai keramat dan pembawa rezeki. Misteri kewujudan dan kehilangan pulau yang dipercayai terhasil dari terumbu karang seluas 0.7 hektar dan berketinggian 3.1 meter itu hingga kini kekal menjadi tanda tanya.

Lagenda Dan Mitos Serigala Jadian

Gilles Garnier (1573)

Pada tahun 1573, seorang lelaki Perancis yang bernama Gilles Garnier telah dibakar hidup-hidup selepas lebih daripada 50 orang saksi melihat beliau sedang mengoyak badan seorang kanak-kanak dan memakan dagingnya.

Sejarah Tentang Lanun

• Apabila penjelajah Portugis tiba di Laut Hindi, mereka turut berlagak seperti lanun. Sekitar tahun 1500-an, mereka merentasi Afrika dan tiba di India dan terus ke Timur Jauh. Penjelajah Portugis berlagak samseng di lautan luas dengan merempuh kapal pedagang Arab dan merampas kekayaan mereka.

Mitos Dan Misteri Kuda Kepang

Terdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian ini. Ada pendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan “Wali Songo” yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa,Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda. Dalam peralihan waktu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar.

Sejarah Mengerikan Suku Kanibal di Dunia

1. Suku Kanibal ( The Carib )
 Nama suku inilah yang menjadi sebutan untuk orang yang memakan orang lain.Ia diketahui merupakan suku pertama di dunia yang melakukan amalam kanibalisme.Oleh para pelaut biasa disebut "The Carib people of the Lesser Antilles". Nama ini diberikan oleh colombus dalam catatannya dengan menyebut nama "caniba" (yang merupakan kata lain dari kariba yang ertinya "orang yang memakan orang"). Para suku karibia ini biasanya melakukan kanibalisme kepada musuhnya, namun semenjak masuknya agama Kristian ke sana, perlahan-lahan budaya itu mulai hilang.