Cara Buat Buluh Bedil - Permainan Dulu-Dulu

Masa dulu tak ada video game , Playstation, nintendo & lain permainan macam sekarang ni.


Dulu, budak-budak kena kreatif cipta sendiri permainan dari bahan-bahan terbuang dan yang terdapat disekeliling kita.

Salah satu mainan tradisional yang kami selalu main masa kecil ialah ‘caplong’ (ada juga yang panggil bedil buluh) berpelurukan buah cenerai atau kertas surat khabar(yang direndam dalam air). Sebelum bermain kami kena cari bahan-bahan nak buat "senapang buluh" .

CARA CARA BUAT

Bila dah dapat buluh, potongkannya dengan mengambil ruas yang panjang dan lurus.

Manakala penjolok atau pengantak pula adalah buluh betong yang diraut sampai kecil dan pasangkan kepada pemegang atau kepala.
Kemudian cari peluru dari buah cenerai atau kertas surat khabar yang ditumbuk dengan air. Untuk memasukkan peluru buah cenerai, kena ketuk buah cenerai tu dengan pemegang caplong. Buah mesti lebih besar dari lubang pada buluh tu. Buah cenerai ni pun boleh di makan. Rasanya kelat-kelat masam.
Bila peluru dah masuk, tekan penjolok dengan cepat. Maka peluru pun keluar diikuti dengan bunyi “plong!”. Sebab tu kot orang bagi nama dia caplong.

Bila caplong dan peluru dah ada bolelah buat undian siapa yang jadi musuh atau askar. Selepas itu peperangan boleh la dimulakam

Permainan ini memang menyeronokan hingga tak sedar ke makan atau minum. Bila dah letih baru cari air nyor muda atau minum air telaga.

Kena peluru buah cenerai ni,jangan main kadang-kadang berbintik-bintik badan tapi peluru kertas tak apa, bunyi aje kuat tapi tak sakit. Peraturan masa main ni tak boleh pakai baju. Baru senang nampak kesan bila kena tembak dan di kira mati.



<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Upacara Menerima Ahli Baru Kongsi Gelap Di Malaysia


Pada keseluruhannya kesemua kongsi gelap di Tanah Melayu merupakan cabang kepada Thian Ti Hui (Liga Syurga dan Bumi), atau dikenali sebagai Liga Hung (Banjir). Namun begitu persoalan asal usul bukanlah perkara pokok kerana kita lebih berminat untuk melihat pengaruh pertubuhan ini di Tanah Melayu...

Upacara Menerima Ahli Baru

Upacara menerima ahli baru berdasarkan kepada kosmos orang cina dan diperkenalkan kebesaran geomatik horoskop yang rumit dan peralatan Buddha dan Taoist.

Ahli jawatankuasa adalah terdiri daripada Presiden, 'Tai Ko' atau Elder Brother, Dua orang Timbalan Presiden atau Incense Master, seorang pengajar, dua orang yang memperkenalkan kongsi gelap, seorang yang menjalankan hukuman mati, sepuluh orang kaunselor, seorang bendahari, seorang penerima, seorang pembantu penerima, agen, penghantar mesej, detektif dan rekrut-rekrut...#:-S

Semasa hari pendaftaran di Tokong, calon-calon harus memakai pakaian baru atau sekurang-kurangnya pakaian yang baru dibersihkan, kot putih dengan seluar panjang, mendedahkan tangan kanan, bahu dan dada, menggulung seluar panjang di sebelah kaki kiri ke paras lutut, menggantikan kasut dengan sepasang capal berumput dan melilit kain merah di kepalanya. Di luar bahagian Tokong, 'Master' akan membaca sejarah tradisional kongsi gelap dan memberikan tandatangan dan kata rahsia kepada calon. kemudian Master akan memasuki Tokong dan memuja dengan menggunakan artikel suci di dalam upacara ini. Ini termasuk Bendera Lima Keturunan Nenek Moyang, Sepanduk Tempat Perjumpaan, Sepanduk Tujuh Bintang iaitu Gugusan Bintang Beruang Utama, Sepanduk Persaudaraan Berjaya, Pedang Sakti, Peralatan Tulisan Suci, Cermin Sakti, Lampu Hung, Pembaris dan sebagainya. Setiap satu disertakan dengan ungkapan yang sesuai.

Tokong ini digambarkan sebagai sebuah kawasan yang dikelilingi tembok batu. Calon akan menempuh perjalanan yang simbolik. Di dalamnya terdapat Pintu Utara, Pintu Selatan, Timur dan Barat, pentas untuk Master berpidato, pasar keamanan universal, lembah berapi, jambatan, anak sungai yang cetek dengan batu-batu yang leper dalamnya, Taman Bunga berwarna merah, pintu bandar Willows, pintu Dewan Ketaatan dan pintu Hung. Setelah memasuki Tokong, maka calon-calon akan menempuh upacara yang panjang lebar. Beberapa upacara tersebut akan dibincangkan kemudian. Setelah terdengar loceng kecemasan, Kakitangan Merah ( orang yang menjalankan kerja hukuman pembunuhan) akan melaporkan kepada Master. Master akan mengarahkan Jeneral untuk melihat apa yang berlaku. Setelah Jeneral kembali, 'Vanguard' akan menemui Master dan menyembahnya. Selepas itu ia malaporkan kepada Master tentang rekrut-rekrut baru. Selepas menjawab beberapa soalan seperti " datang dari mana?", Jawapannya "dari Timur" dan sebagainya, calon ini akan diiringi oleh 'Vanguard' yang memkai Pedang Sakti dari rumah ibadat dan memegang Bendera Waran. Calon akan memasuki Pintu Timur ke bandar dan di pintu masuk mereka tadi akan membuat separuh bulatan dengan pedang. Sebelah pedang diperbuat daripada tembaga dan sebelah lagi daripada keluli. Selepas itu Master akan bertanya "Apakah kegunaan pedang ini?" Calon akan menjawab "Untuk memenggal kepala pengkhianat!" Terdapat juga perarakan melalui beberapa taman dan anak sungai dan mengelilingi Tokong.

Kemudian kita lihat pentadbiran Tiga Puluh Enam Ikrar (36).. Ikrar ini untuk menaikkan moral seseorang. Tanggungjawab seorang ahli terbatas kepada persatuan atau kongsi mereka sahaja. Tugas ahli yang pertama adalah menghormati ibu bapa. Ikrar tersebut juga berkaitan dengan godaan dan perzinaan dengan saudara mara dikalangan ahli. Ikrar yang ke-31 pula memerintahkan supaya seorang ahli membantu saudaranya yang melakukan jenayah. Mereka harus menolong ahli mereka melarikan diri. Mereka tidak boleh membiarkan saudaranya dalam kesusahan.

KOD DISPLIN yang lengkap mempunyai 36, 10 perintah, 72 Artikel Undang-undang dan 21 peraturan. Syarat utama adalah rahsia, saling bantu membantu dan menghormati kaum wanita ahli-ahli.

Selesai melafazkan ikrar, maka ketua akan memecahkan sebuah mangkuk lalu berkata, " Oleh kerana mangkuk ini tidak akan bercantum lagi, maka tiada seorang pun daripada saudara yang dapat melepaskan diri daripada tanggungjawab yang telah saudara lafazkan di dalam Sumpah Tiga Puluh Enam Ikrar yang telah diperturunkan kepada kita oleh Lima Generasi Nenek Moyang". Kemudian calon-calon tersebut dibawa melalui Pintu Barat. Kertas yang mengandungi ikrar dibakar dan mulai daripada sekarang Tuhan akan memerhatikan penguatkuasaan ikrar tersebut. Abu kertas kemudiannya dibawa ke Taman Bunga Berwarna Merah. Ikrar tersebut disahkan dengan memotong kepala ayam jantan berwarna putih. Selepas itu calon dikehendaki meminum secawan teh dan kemudian Kipas Putih (Pengajar) akan memberitahu calon-calon supaya meluruskan lengan kiri mereka untuk dicucuk dan beberapa titik darah akan jatuh ke dalam mangkuk yang mengandungi darah ayam jantan dan abu-abu ikrar yang telah dicampurkan oleh Ketua. Calon tersebut meminum darah sambil membaca ikrar.

Kemudian calon akan membayar yuran kemasukan. Selepas itu Ketua menyampaikan sijil keahlian kepada mereka yang dikenali sebagai Hung Piu (Diploma Hung), Yiu Ping (Tabung) atau Hung Tan (Bill Hung). Upacara berakhir dengan berbagai soal jawab dan penutupnya diadakan upacara perjalanan mistik.......

Pada tahun 1854, terdapat dua kumpulan kongsi gelap orang cina iaitu Ghee Hin Dan Ho Seng. Kini orang-orang Melayu dibenarkan menjadi ahli. Mereka yang dibawah Persatuan Bendera Putih menyertai Ghee Hin manakala mereka yang menganggotai Bendera Merah bergabung dengan Toh Pek Kong ( diasaskan di Pulau Pinang )..:(

VICTOR PURCELL 1947

P/S : Penulis merupakan ahli Perkhidmatan Awam Tanah Melayu 1921-46, berkhidmat dalam beberapa jawatan seperti Pelindung Kaum Cina, Penolong Pengarah Pelajaran(Kaum Cina), Ketua Pengarah Penerangan dan Ketua Penasihat Kaum Cina Kepada Pentadbiran Tentera British (BMA). Penulis menulis buku yang bertajuk "Orang-orang cina di Tanah Melayu" pada tahun 1947 dan diterbitkan oleh Universiti Teknolgi Malaysia (UTM) pada tahun 1997.
<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Asal Usul Bangsa Jin


ASAL-USUL BANGSA JIN

Menurut Wahab bin Munabbih, Jin berasal dari keturunan Jan. Adapun penciptaan Jan amat besar kejadiannya dan ia dinamakan Jan seperti firman Allah Ta'ala di dalam al-Quran, Surah ar-Rahman : 15 yang bermaksud: "Telah dijadikan Allah Ta'ala akan Jan itu daripada lidah api yang bernyala-nyala tiada berasap". Kemudian, Allah menciptakan seorang isteri buat Jan yang diberi nama Umm Naldam. Sesetengah riwayat mengatakan namanya Madihah dan gelarannya Umm Taldam. Maka Jan dan isterinya diberi tempat tinggal di bumi.

Daripada persetubuhan Jan dengan isterinya, maka lahirlah seorang anak lelaki yang diberi nama JIN dan dari keturunannya lah digelar sebagai Banul Jan. Menurut riwayat, Allah menjadikan mereka bayang-bayang pada rupanya dan mereka boleh merubah rupa mengikut apa yang dikehendaki oleh mereka seperti menjadi binatang liar, binatang jinak, binatang melata atau lain-lainnya. Setelah bumi hampir penuh dengan anak keturunan Jin, Allah pun memerintahkan mereka supaya tinggal di langit yang pertama.

Allah pun memerintahkan mereka agar berbuat ibadah dan jangan sesekali membuat kemungkaran. Beberapa lama mereka di atas langit, mereka pun menilik bumi dan sesetengah turun ke bumi. Mereka melihat dalam bumi ada berbagai jenis binatang buas dan berbagai jenis unggas-unggas. Maka mereka memohon kepada Allah: "Wahai Tuhan kami, turunkan lah kami ke bumi". Permintaan mereka diperkenankan oleh Allah lalu Allah pun berfirman: "Wahai segala Jin, turunlah kamu semua ke bumi, serta berbuat ibadah dan janganlah kamu semua derhaka kepada Aku".

Setelah membuat akuan janji, sebahagian besar mereka turun ke bumi dan sebahagian lagi di langit pertama. Adapun menurut setengah riwayat, seramai 7,000 pasukan turun ke bumi. Di bumi, mereka beribadah kepada Allah dengan sebenar-benar ibadah. Mereka membina tamadun dan negara-negara bagi menentukan wilayah yang mereka kuasai. Begitu juga kaum Jin yang berada di langit pertama, mereka membina beberapa buah kerajaan bagi mengukuhkan kedudukan sesuatu kaum. Menurut riwayat terdapat 8 buah kerajaan yang wujud merangkumi langit dan bumi. Beberapa lama kemudian, mereka berbuat derhaka kepada Allah dan membunuh sesama sendiri. Maka Allah pun mengutuskan para Nabi daripada kalangan mereka seramai 28,000 orang dalam tempoh masa selama 2,800 tahun. Setiap utusan Nabi Allah mereka lawan dan perangi.

Oleh kerana kemungkaran yang mereka lakukan, Allah memerintahkan tentera Malaikat menyerang dan membinasakan mereka. Sebahagian daripadanya di halau ke suatu tempat di penjuru dunia. Daripada banyak suku-suku Banul Jan yang dibinasakan oleh tentera Malaikat akibat kemungkaran yang dilakukan mereka, terdapat beberapa bayi yang diselamatkan oleh para Malaikat dan dibawa ke hadrat Allah. Salah satu daripadanya bernama 'Azazil yang kini digelar Iblis.

Menurut ad-Dhihak, tatkala ia dibawa oleh para Malaikat, ia belum mempunyai nama. Apabila pencapaiannya pada martabat Malaikat yang amnya, ia dipanggil dengan nama Arsatata'il dan ketika ia beroleh martabat Malaikat yang khas, ia dipanggil dengan nama Izra'il dan apabila ia mencapai martabat tertinggi Malaikat ia dipanggil dengan nama 'Azaz'il dan ketika ia engkar dengan perintah Allah, ia dipanggil dengan nama Iblis dan segala kebesaran yang dimilikinya dilucutkan dan dihalau keluar dari sisi Allah.

Dalam suatu riwayat, segala keturunan Jin terlalu banyak kaumnya dan berlainan mazhabnya. Ada di antara mereka bermazhab Wadariyah, mazhab Jabariyah, mazhab Rafidiyah dan mazhab lain-lainnya. Mereka juga diberi usia yang panjang seperti yang diriwayatkan oleh Syaidina Umar r.a, katanya: "Pada suatu hari, kami duduk di dalam majlis Nabi SAW, tiba-tiba datang seorang lelaki tua dan pada tangannya terdapat satu tongkat. Maka ia memberi salam kepada Nabi SAW, maka dijawab oleh Nabi SAW salamnya lalu Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya engkau adalah Jin". Lelaki tua itu pun berkata: " Ya Nabi Allah, akulah yang bernama Hamah bin Hidhir bin Lapis bin Iblis dan akulah yang bertemu dengan Nabi Allah Nuh dan sekalian Nabi lainnya".

Kebanyakkan mereka menempati denai-denai, hutan belantara, hulu sungai, gunung-gunung dan bukit-bukit serta lautan.

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Penyakit Berbahaya Di Seluruh Dunia

1. Sweat Sickness atau English Sweat di England pada tahun 1485 (3 juta nyawa melayang)
Ilustrasi kedahsyatan English Sweat.

Penyakit ini mula menular pada tahun 1485 tanpa diketahui puncanya sehingga sekarang.

Sepertimana penyakit ini datang begitulah juga ia berakhir.

Wabak ini berakhir dengan tiba-tiba dipercayai pada tahun 1551.

Wabak ini begitu merbahaya sehingga ia boleh membunuh dalam hanya beberapa jam sahaja.

Antara simptom-simptom yang biasa dihidapi oleh mangsa adalah mangsa akan mula berasa cemas,pening-pening dan diikuti dengan demam yang teruk, sakit-sakit sendi di bahagian leher dan bahu.

Peringkat ini dikenali peringkat sejuk.

Dalam masa beberapa jam, peringkat panas akan memberi kesan.

Mangsa akan berasa panas dan berpeluh dengan kadar yang banyak.

Daripada simpton berpeluh inilah pandemik ini mendapat namanya.

Pada peringkat akhir, mangsa akan pengsan dan seterus membawa kepada maut.

Dianggarkan kira-kira 3 juta nyawa melayang ketika wabak ini merebak di England dan utara Eropah.




2. Smallpox di Mexico tahun 1520 (4 juta orang nyawa melayang)
Hernan Cortes.

Smallpox atau cacar diketahui kewujudannya seawal 3000BC apabila kesan wabak cacar tertera kemas pada mumia mesir.

Wabak Cacar merebak dengan cepat hinggakan pada abad ke-18, seramai 200,000 nyawa melayang setiap tahun akibat daripada wabak ini.

Namun, wabak ini paling diingati apabila ia menyerang masyarakat Inca pada 1520 di Mexico.

Dipercayai, wabak ini dibawa oleh tentera-tentera penceroboh Sepanyol yang diketuai oleh Panfilo de Narvaez de Varacruz.

Disebabkan wabak ini, tamadun Inca menjadi lemah dan memudahkan panglima tentera penceroboh Sepanyol iaitu Hernan Cortes menawannya selepas itu.

Wabak ini telah membunuh lebih 4 juta rakyatnya termasuk Rajanya sendiri, Huayna Capac.

Permulaan bagi simpton smallpox adalah demam, kesejukan, rasa loya,mula sakit kepala, kesakitan di bahagian otot-otot dan seterusnya muntah-muntah.

Smallpox boleh merebak dengan cepat hanya melalui pernafasan dan ia semakin mudah merebak apabila berlaku face to face contact sepertimana berlaku pada masyarakat Inca pada 1520.

Smallpox berpunca daripada virus Variola.




3. Ukraine Famine di Ukraine tahun 1921 (5 juta meninggal dunia) dan 1932 (7 juta meninggal dunia)
Kematian berlaku di mana sahaja di Ukraine ketika kemuncak wabak ini merebak.

Ukraine Famine atau lebih dikenali sebagai Holodomor adalah wabak penyakit kebuluran yang melanda seluruh Ukraine.

Dianggarkan kira-kira 5 juta rakyat Ukraine meninggal dunia daripada kanak-kanak, dewasa dan orang tua.

Subjek Holodomor menimbulkan kontroversi apabila ia dikatakan dimulakan oleh Soviet Union untuk melemahkan golongan penentang komunis di Ukraine.

Namun, ia dinafikan sekeras-kerasnya oleh pihak Soviet.

Sehingga sekarang, kerajaan Ukraine pro-barat masih lagi berusaha untuk mengaitkan Soviet dengan Holodomor.




4. Wabak Influenza di seluruh dunia tahun 1918-1919 (22 juta-50 juta org meninggal dunia)
Sebuah hospital di Kansas City yang padat dengan pesakit.

Epidemik Influenza atau dikenali juga sebagai Spanish Flu mula dikesan pada 4hb March 1918 di Kansas dan 11hb March 1918 di New York.

Semenjak itu, dengan cepatnya wabak ini menular ke serata Amerika Syarikat dan seterusnya ke seluruh dunia.

Kadar cepat merebaknya wabak ini disebabkan oleh Perang Dunia Pertama(WW1) yang meletus pada waktu itu.

Sebenarnya Sepanyol langsung tidak menyebabkan tersebarnya wabak ini miskipun wabak ini dikenali Spanish Flu.

Nama ini hanya dikenali disebabkan oleh liputan meluas media ketika wabak ini merebak di Sepanyol.

Wabak penyakit ini telah menyebabkan 1/3 populasi dunia jatuh merudum.

Wabak ini mula reda menjelang bulan November 1919.

Tentang bagaimana ia berhenti merebak masih lagi menjadi persoalan sepertimana bagaimana ia datang.

Namun, ramai mempercayai bahawa doktor sudah mengambil pendekatan yang efektif dalam menanggani wabak ini daripada terus merebak.

Antara individu berprofil tinggi yang meninggal dunia adalah Frederick Trump(datuk Donald Trump), Prince Erik, Duke of Västmanland(putera keluarga diraja Sweden) dan ramai lagi.

Walaubagaimanapun, bukan semua yang terkorban.

Antara individu berprofil tinggi yang terselamat adalah Wilhelm II(Maharaja Jerman) dan Franklin D. Rossevelt(Presiden Amerika).




5. Black death di seluruh Eropah tahun 1347-1351 (75 juta orang meninggal dunia)

Wabak Black Death hampir merencat pertumbuhan populasi Eropah.

Wabak ini telah menyebabkan populasi Eropah merudum sebanyak 30% hingga 60% dan seterusnya populasi dunia jatuh daripada 450 juta kepada 350 juta hingga 375 juta pada akhir 1400.

Eropah menuntut 150 tahun untuk kembali kepada populasi asalnya.

Begitulah hebatnya wabak ini sehingga ia dinamakan Black Death.

Dipercayai oleh ramai saintis bahawa ia berpunca daripada Asia Tengah yang dibawa oleh virus tikus hitam, Indian Rat Flea.

Tikus-tikus ini kemudian di bawa belayar bersama-sama di atas kapal dan seterusnya sampai di Eropah dan Mediterranean.

Ia mula dikesan di Crimea, Itali.

Teori lain yang lebih kukuh adalah ia adalah letusan lain bagi wabak Bubonik yang pernah menular satu ketika dahulu.

Ia disebabkan oleh Bakteria Yersinia Pestis.

Walau apapun puncanya, wabak ini memang mengerikan.

Hawar Maut membawa 3 jenis virus iaitu bubonik yang menyerang dan merosakkan limpa.

Virus buboe dikaitkan dengan tanda bengkak-bengkak di leher, ketiak bernanah dan berdarah.

Virus septicamic pula menyebabkan keracunan dalam darah, menyerang paru-paru sebelum menular ke lain-lain bahagian anggota badan.

Kebanyakan mangsa virus bubonik maut dalam tempoh 4 hingga 7 hari selepas terkena jangkitan.

Meskipun demikian, terdapat mangsa yang terselamat, akan tetapi sistem tubuh badan mereka menjadi teruk akibat virus Black Death.

Terdapat satu lagenda yang dikaitkan dengan Black Death.

Diturunkan secara turun-temurun mengenai peperangan antara Puak Tartar dengan puak Genoise
(masyarakat Genoa di Itali sekarang) di Crimea.

Peristiwa ini dipercayai berlaku pada 1346.

Pada waktu kemuncak peperangan, puak Tartar mendapati ramai tentera mereka dijangkiti ‘penyakit misteri’ dan mati dalam masa hanya beberapa hari.

Kira-kira dalam 1000 orang tentera mereka mati.

Puak Tartar mengambil peluang ini untuk melakukan serangan biologi ke atas musuh mereka.

Puak Tartar melontar mayat-mayat tentera mereka yang dihidapi penyakit misteri itu ke dalam kubu pihak musuh.

Disebabkan daripada peristiwa inilah, wabak Black Death mula muncul dan seterusnya tersebar ke Naples dan kemudian ke seluruh Eropah hingga hampir memusnahkan beberapa dinasti diraja di Eropah.





6. HIV/AIDS di seluruh dunia daripada 1981 hingga sekarang (membunuh hampir 25 juta dan semakin meningkat dari hari ke hari)
Freddie Mercurry antara orang yang meninggal dunia akibat jangkitan virus HIV kerana gaya hidup Gay beliau.

Sebut sahaja HIV/AIDS pasti dapat meneka wabak apakah ini.

AIDS adalah singkatan bagi Acquired Immune Deficiency Syndrome atau Sindrom Daya Tahan Penyakit.

Penyakit AIDS disebabkan oleh virus HIV(Human Immunodeficiency Virus).

Virus inilah yang bertanggungjawab melemahkan sistem pertahanan badan semulajadi manusia.

Wabak ini pertama kali ditemui pada 1981 di Amerika Syarikat yang biasa dihidapi oleh golongan Gay di Amerika.

Pada masa itu, istilah penyakit ini dinamakan GRID(Gay-Related Immune Defiency).

Dalam pada waktu yang sama, saintis turut menemui bukti darah yang mempunyai wabak yang sama di Belgian Congo.

Mangsa meninggal dunia dengan penyakit yang tidak dapat dikenalpasti.

Daripada darah warga Congo inilah pertama kalinya istilah AIDS diterbitkan.

AIDS adalah wabak masa kini yang paling ditakuti di dunia.

Saintis masih belum menemui pengubat sebenar bagi wabak ini.

Wabak ini mampu melumpuhkan seluruh antibodi dan sistem imun manusia sekaligus.

Bayangkan jika mangsa menghidapi selsema biasa sahaja pun boleh membawa maut kepadanya.

AIDS sentiasa dikaitkan dengan pengkongsian jarum ketika pengambilan dadah dan seks rambang terutama golongan gay, lesbian dan pelacur.

Setakat ini, tiada ubat untuk merawat wabak AIDS ini.



<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Misteri Peradaban Kaum Awan

Misteri peradaban kuno Chachapoyas ‘Masyarakat Awan’ di puncak Amazon, Peru. Kota kuno Chachapoyas, negeri orang-orang awan yang hilang ratusan tahun lalu berhasil ditemukan. Sebutan “masyarakat awan” mungkin karena mengacu pada pegunungan andes yang selalu berselimut awan. Kehidupan dan kebudayaan kota kuno yang eksis sejak abad ke-9 ini, sampai sekarang masih misteri dan sulit diungkap karena mereka tidak banyak meninggalkan catatan


Meski hilang tanpa jejak selama ratusan tahun, namun jejak peradaban kota Chachapoyas yang kini masuk wilayah utara Peru, masih bisa ditemukan. Deretan patung-patung menghadap ke matahari terbit yang terkenal dengan sebutan “prajurit awan” tetap berdiri tegak hingga kini. Patung-patung itu melambangkan keperkasaan masyarakat mereka di masa lalu.

Situs Karija ini dibangun hampir 1 milenium. Sebenarnya itu merupakan kuburan, setiap patung melambangkan tokoh yang di makamkan di sana. Mungkin bisa dibilang mirip dengan situs-situs makam di Tanah Toraja, Sulawesi.


Patung-patung itu terbuat dari clay dan plant matt di mana di dalamnya berisi mumi para tokoh Chachapoyas. Yang uniknya posisi patung berisi mumi itu sangat sulit dijangkau. Entah bagaimana masyarakat pada jaman itu membawa dan menempatkannya di sana. Sebab, telah diteliti, tidak ada jalan yang bisa diakses menuju tempat itu.

Kisah bangaimana kehidupan di Chachapoyas nyaris menjadi misteri karena tempatnya sangat terisolir. Kota kuno Chachapoyas yang hilang ini, ditemukan tahun 2008 di hutan lebat Amazon, yang sangat terisolir, oleh tim ekspedisi arkeologi. Jaraknya sekitar 500 km sebelah timur laut Lima.



Tim arkeologi menemukan benteng-benteng dari batu serta bangunan-bangunan yang berada di tepi jurang, sisa-sisa tembok yang memuat lukisan-lukisan yang di pahat di bebatuan. Mungkin ini dibangun mereka untuk melindungi dari musuh.

Sayangnya, tidak banyak yang tahu tentang keberadaan kota kuno Chachapoyas ini. Hanya sedikit catatan tentang hal itu, termasuk tentang kebudayaan mereka yang berkembang di abad ke-9. Kenyataannya, kota kuno Chachapoyas itu berada di puncak ketinggian. Diduga, kota di ketinggian itu sengaja dikembangkan untuk pertahanan terhadap musuh.

 
Akan tetapi nasib mereka menjadi tak menentu ketika kekaisaran Inca semakin berkembang dan berhasil menaklukkan mereka 500 tahun lalu. Meskipun bangsa Chachapoyas sempat memberi perlawanan keras, namun kekuatan Inca tak tertandingi. Keberuntungan datang ketika Spanyol datang pada 1535. Sisa-sisa suku Chachapoyas berpihak pada Spanyol untuk berperang melawan suku Inca. Namun kemudian datang penyakit orang Eropa, yakni cacar, yang melenyapkan populasi mereka.


Penulis sejarah Cieza Pedro de León menulis, sosok orang-orang Chachapoyas berkulit putih dan tampan, kaum wanitanya cantik-cantik, itulah sebabnya banyak orang Inca ingin menjadikan mereka istri. Makam tokoh orang-orang awan ini di chullas, di sisi tebing yang dicat dengan atap runcing, khususnya yang ditemukan di Revash. Namun yang paling mengesankan dari peninggalan konstruksi Chachapoyas adalah Kuelap, benteng monumental yang berada 9.500 meter di atas permukaan laut. Bangunan itu bagian luarnya dilindungi oleh batu-batu besar.


Di Kuelap ada sekitar empat ratus gedung yang mungkin ditempati oleh sekitar 3.500 jiwa. Bandingkan dengan bangunan milik bangsa Inca, Manchu Picchu yang terkenal. Kompleks ini (Kuelap) menunjukkan bahwa bangsa Chachapoyas pada 1000 tahun lalu telah mampu membuat suatu yang luar biasa.





<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Sisi Gelap Krisis Matawang 1998 - Cerita Yang Digelapkan


Huraian dengan terperinci soalan mengenai IMF dan World Bank. Ini adalah tuduhan yang dilemparkan oleh BN kepada DSAI demi menutup kesilapan Tun Mahathir pada krisis matawang tahun 1997 dan 1998. Pada waktu itu, desakan dari Tun Mahathir lah menyebabkan DSAI terpaksa menyelematkan syarikat besar dahulu dan akibatnya banyak syarikat kecil mengalami kerugian besar. Peniaga kecil juga menjadi mangsa.

Cybertrooper Umno sedang giat mengaitkan krisis matawang 1997 dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka juga sedang meyakinkan rakyat bahawa Anwar adalah dalang dan penyebab ekonomi negara semakin teruk manakala Dr Mahathir adalah wira.

Untuk memahami krisis matawang 1997, kita perlu tahu tentang skandal wang asing Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 1992/93 yang menyebabkan negara rugi berbillion ringgit. Skandal 1992 ada kaitan rapat dengan krisis 1997 kerana kerajaan melalui BNM telah terlibat dengan aktiviti spekulasi dalam pasaran wang.

BNM tidak boleh sama sekali terlibat di dalam kegiatan ini kerana risiko kerugian amat tinggi. Fungsi sebenar BNM untuk memerangi kegiatan spekulasi. Di dalam pasaran pertukaran wang asing khususnya, fungsi teras BNM ialah menjaga dan melindungi nilai Ringgit Malaysia (MYR) berbanding nilai matawang asing khususnya matawang rakan dagang utama negara. BNM mesti melindungi MYR dari serangan spekulatif dan menjaga nilai pertukaran MYR supaya sentiasa stabil dan pasaran wang setiasa cukup kecairan. Malangnya, fungsi ini telah dicabuli.

BNM mula melibatkan diri di dalam kegiatan spekulasi di pasaran pertukaran wang apabila Tan Sri Jaffar Hussien (arwah) dilantik Gabenor pada tahun 1985. Gabenor-Gabenor sebelum beliau – Tun Ismail Ali (arwah) dan Tan Sri Aziz Taha (meletak jawatan) – semuanya menentang kegiatan spekulasi matawang. Malah, mereka sentiasa mempertahankan BNM sebagai badan yang harus bebas dari campur tangan pemerintahan. Kerana tidak rela dijadikan budak suruhan kepada Menteri Kewangan yang mengarahkan Tan Sri Aziz berbuat sesuatu yang bertentangan dengan prinsip dan etika bank pusat, beliau memilih meletakkan jawatan.

Isyarat bahawa BNM akan berspekulasi di pasaran pertukaran wang asing disebut di dalam satu syarahan yang disampaikan oleh TSJH di Delhi dalam tahun 1989. Beliau menyebut bahawa beliau telah menambahkan dimensi ketiga dan keempat kepada pengurusan rizab BNM, iaitu, mengoptimamkan keuntungan dan membangunkan kemahiran berurusniaga di dalam pasaran wang asing. Sebelum ini, teras utama pengurusan rizab adalah menjaga dan melindunigi nilai MYR dan mengekalkan kecairan di dalam pasaran. Sejak dari itu bermulalah penglibatan BNM dalam kegiatan spekulasi di pasaran wang asing dalam skala besar dengan tujuan menjana keuntangan maksimam sehingga mengkesampingkan teras utama pengurusan rizab.

BNM bukan lagi berspekulasi di dalam pasaran untuk menjaga nilai ringgit tetapi berjudi dengan harapan mendapat untung besar dan segera. Bila ada pihak yang bertanya kenapa BNM berspekulasi secara besar-besaran sedangkan tidak ada mana-mana bank pusat yang berbuat demikian, maka TSJH sering memberi alasan untuk mempertahankan nilai ringgit dan mengawal inflasi. Ini terbukti palsu kemudiannya apabila kerugian besar akibat berjudi terdedah dan nilai pertukaran asing MYR merudum dalam tahun 1997-98 diserang spekulator.

Kerana ketiadaan penyiasatan, jumlah dana terlibat sukar diperinci. Tetapi, pakar-pakar pasaran memang mengetahui bahawa pada satu ketika BNM (sebelum skandal terdedah) adalah pemain terbesar di dalam pasaran pertukaran wang asing di dunia. Lawannya hanyalah George Soros, penyangak matawang. Akhbar Reuter pernah melaporkan bahawa BNM adalah sebuah kuasa yang dominan di dalam pasaran pertukaran wang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bahawa, BNM telah menjana keuntungan yang agak lumayan dari kegiatan itu sejak sebelum tahun 1992-93, telah mendorong BNM untuk bermain di dalam pasaran pertukaran asing dalam skala yang semakin besar.

Pedagang-pedagang matawang asing biasanya berjual beli dalam lot USD1 juta, USD5 juta dan paling tinggi USD 10 juta. Tetapi BNM berniaga dalam lot USD 50 juta dan kadang-kadang dalam lot USD1 bilion (dalam istilah pasaran, ini dipanggil satu ela) dalam sehari. Amat jarang sekali peniaga matawang asing berjual beli dalam lot yang besar. Penanding yang paling hampir kepada BNM dalam kegiatan jual beli di dalam pasaran pertukaran asing ini ialah pengurus-pengurus dana Jepun. Itu pun mereka berani bermain paling tinggi dalam lot USD50 juta dan setakat sekali atau dua kali setahun. BNM bermain dalam lot-lot besar ini setiap hari. Ertinya, BNM memang berjudi di dalam pasaran, satu aktiviti yang tidak ada kena-mengena langsung dengan fungsi mempertahankan nilai ringgit dan mengawal inflasi.

Strategi BNM ialah membeli dahulu sesuatu mata wang dalam jumlah beberapa bilion USD dan setelah urusan pertama ini selesai (selang beberapa minit sahaja), ia akan membeli beberapa billion USD lagi. Ini menjana kejutan di dalam pasaran dan pedagang-pedagang lain menjadi panik dan akan tergesa-gesa membeli matawang berkenanan. Akibatnya, harga akan naik dan ketika itulah BNM menjual pegangannya dan menjana keuntungan lumayan. Akhirnya, pedagang-pedagang lain akan tahu helah ini dan bila mereka tahu, mereka akan bertindak balas. Maka bertemulah buku dengan ruas.

Dalam tahun 1992, BNM berjudi di dalam Paun British (GBP). Ia membeli dengan jangkaan GPB akan naik nilai. Pada masa yang sama, George Soros membuat short selling ke atas GBP (jual dulu dan beli kemudian) kerana dia menjangka nilai GBP akan jatuh di masa hadapan. Jangkaan soros tepat. Nilai GBP jatuh. BNM rugi USD5.5 bilion dan Soros untung USD1.7 bilion. TSJH berbohong dengan mengumumkan bahawa BNM hanya rugi di atas kertas sebanyak RM9.3 bilion. Hanya kemudian (dalam tahun 1993) beliau mengakui BNM rugi RM10.1 bilion.

Pakar-pakar membuat anggaran bahawa kerugian sebesar itu hanya boleh terjadi kalau BNM berspekulasi dalam pasaran sebanyak US27-33 bilion. Jumlah ini 5 kali ganda jumlah rizab BNM pada masa itu dan lebih besar dari nilai asset BNM, iaitu, USD20.7 bilion ketika itu, bermakna BNM sudah bankrap. Ini bukan hendak menjaga nilai ringgit dan mengawal inflasi, ini berjudi sakan.

Perjudian BNM di dalam pasaran pertukaran wang asing ini telah dikesan oleh bank pusat Amerika (Federal Reserve Bank) dan Gabenornya pada masa itu, Alan Greenspan telah menggesa BNM menghentikan segera perbuatan itu. Tetapi, BNM buat pekak badak. Ia terus bermain judi dan akhirnya rugi besar lagi dalam tahun 1993.

Akhbar Malaysia Business melaporkan bahawa pada kemuncaknya, BNM pernah berspekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing sehingga RM270 bilion (USD90-100 bilion). Pedagang-pedagang matawang asing BNM amat agresif dan digelar pembuli pasaran. Mereka seolah-oleh diberi oleh bos mereka cek kosong, berbelanja ikut suka. Yang sebenarnya, yang berjudi itu seorang sahaja, iaitu Nor Mohamed Yakcop. Khabarnya (berita yang hangat di kalangan kakitangan BNM), apa yang beliau buat ialah beliau berjual beli menggunakan komputer orang lain – pegawai-pegawai di bawah beliau. Beliau akan bergerak dari satu komputer ke satu komputer sehingga pasaran melihat BNM mempunyai ramai pedagang matawang asing yang agresif walhal yang agresif hanya seorang sahaja. Beliau selalu datang mesyuarat lambat dan ketika mesyuarat sedang berjalan, keluar pergi ke kamar dagangan (dealing room). Beliau membuat laporan palsu kepada Gabenor tetapi kerana dia licik, maka Gebenor percaya semua laporan sehinggalah nasi telah menjadi bubur barulah Gabenor sedar orang yang dipercayainya selama ini telah bermain kayu tiga dengan beliau, buat cerita dongeng.

Memang sukar diketahui dengan tepat jumlah kerugian BNM kerana tiada penyiasatan dilakukan. YB Lim Kit Siang pernah menyebut di parlimen bahawa jumlah kesemua kerugian ialah RM30 bilion, satu jumlah yang amat menggerunkan. Inilah jumlah kerugian yang paling kerap disebut di kalangan pemain pasaran.

BNM mengakui kerugian sebanyak RM10.1 bilion dalam tahun 1992 dan RM5.7 bilion dalam tahun 1993. Jumlahnya RM15.8 bilion, kira-kira setengah dari anggaran pakar. Jumlah yang diakui oleh BNM itu memang secara muslihat direndahkan. Sebahagian kerugian itu disorokkan melalui menilai semula pegangan emas BNM pada harga pasaran yang telah menjadi lebih tinggi berbanding harga mula-mula ia dibeli dan menilai pelaburan BNM dalam saham tersenarai dan beberapa lagi harta yang lain. BNM juga menggunakan creative accounting bagi menyorok kerugian. Kerugian telah ditukarkan menjadi 'harta' dengan mencipta istilah baru perakaunan, iaitu, 'deferred expenditure' atau perbelanjaan tertunda – wang telah dibelanjakan dahulu tetapi akan dibayar secara ansuran kemudian. Ini adalah penipuan. TSJH, seorang akauntan bertauliah, telah menderhakai profesyen beliau sendiri.

BNM berjudi sakan di pasaran pertukaran matawang asing semasa Tun Daim Zainuddin (TDZ) menjadi Menteri Kewangan. Semua orang maklum, TDZ ini seorang spekulator besar dalam pasaran saham. Beliau menjana kekayaan melalui spekulasi di pasaran saham. Dengan nada angkuh beliau pernah dilaporkan berkata: “Apa yang saya jana di pasaran saham itu hanyalah duit poket saya.”

Diyakini bahawa arahan “pergi buat duit di pasaran pertukaran asing” kepada BNM datangnya dari TDZ dan tentunya direstui oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad (TMM). Umum mengetahui kedua-dua mereka rapat, bagaikan isi dengan kuku. Arahan itu dilaksanakan kerana BNM memiliki seorang Gabenor yang berwatak yes man bukan macam Tun Ismail Ali dan Tan Sri Aziz Taha. Harus diingat TDZ – kerana gagal menundukkan Tan Sri Aziz Taha dengan arahan tidak munasabah – telah berjaya menekan Tan Sri Aziz sehingga beliau meletak jawatan. Gabenor TSJH pula mempunyai yes man lapisan kedua, iaitu, Nor Mohamed Yakcop.

Pada peringkat BNM, kerugian gergasi ini adalah tanggungjawab TSJH dan Nor Mohamed Yakcop sepenuhnya. Mereka, walaubagaimana pun mengambil arahan daripada dan membuat laporan terus kepada TDZ dan TMM mengenai permainan mereka di pasaran matawang ini. Pegawai tinggi BNM yang lain tidak tahu apa-apa. Timbalan Gabenor pada masa itu, Tan Sri Dr. Lin See Yan diketepikan. Sesungguhnya, mereka berdua telah terpesong jauh dari batasan (went overboard) dalam memperjudikan harta BNM di pasaran pertukaran asing. Mereka bukan berspekulasi tetapi berjudi secara cuai dan tidak bertanggung jawab dengan tidak mengendahkan langsung tentang keselamatan harta BNM dan harta negara. Mungkin mereka bernafsu besar untuk mengalahkan Goerge Soros yang dikenali sebagai “raja perompak” (robber baron) itu bertujuan memenangi hati bos mereka bahawa mereka mempunyai kepakaran tanpa tolok banding di dalam urusniaga matawang asing.

Jadi, empat orang adalah orang yang harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya di atas kerugian gergasi yang ditanggung BNM akibat perjudian di pasaran pertukaran asing – Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Gabenor, Tan Sri Jaffar Hussein dan Nor Mohamed Yakcop.

Bila Dato Sri Anwar Ibrahim mengambil alih sebagai Menteri Kewangan dalam tahiun 1991, BNM memang sudah terperangkap di dalam perjudian di pasaran. Beliau dinafikan maklumat mengenai keterdedahan BNM dalam pasaran pertukaran asing – berapa besar pelaburan, untung atau rugi, semuanya disembunyikan dari beliau. Beliau mendapat maklumat serpihan dari pihak ketiga.

Beliau, seperti yang diakui. pernah meminta maklumat terperinci dari Gabenor TSJH tetapi beliau disuruh pergi memintanya daripada Perdana Menteri. Bila DSAI dilantik Menteri Kewangan, kerugian telah menggunung – nasi telah menjadi bubur. Apa yang boleh beliau buat hanyalah memberhentikan pendarahan dan itu beliau telah berjaya buat.

Beliau membuang Gabenor dan Nor Mohamed Yakcop dari BNM pada pertengahan tahun 1994 selepas pembentangan laporan Tahunan BNM 1993 yang mendedahkan kerugian dari spekulasi wang asing itu. Beliau juga melarang sama sekali BNM dari bersepekulasi di pasaran matawang asing. Larangan ini berkuatkuasa hingga kini.

Penganalisis merasakan beliau akhirnya membayar kos yang tinggi atas tindakan beliau itu – difitnah, dibuang kerja dan dipenjara 6 tahun.

Orang yang memberi arahan supaya BNM berspekulasi di pasaran wang asing adalah TMM dan TDZ dan kerja kotor itu diserahkan kepada TSJH dan NMY untuk melaksanakannya. Jadi, TSJH dan NMY mempunyai pelindung. Sebab itu mereka bebas, tidak didakwa langsung.

Nor Mohamed Yakcop dipaksa meletak jawatan pada Julai 1994, satu hukuman yang amat ringan berbanding jenayah yang telah beliau lakukan terhadap negara. Malah, beliau kemudiannya diberi habuan lebih besar – kembali ke BNM dan menjadi menteri kabinet.

TSJH juga dipersilakan meletakkan jawatan tetapi dengan segera beliau dilantik menjadi Timbalan Pengerusi PNB sebagai habuan. Sejak dari itu, beliau hidup murung – jarang mendapat liputan media – dan dua tahun kemudian beliau meninggal dunia akibat penyakit barah.

Perdana Menteri dan Daim pula tida siapa yang berani sentuh. Mereka tidak lut undang-undang.

Individu yang terlibat tidak disiasat kerana, pertama, pemimpin tertinggi negara nampaknya terlibat dan bersekongkol dalam perjudian ini. Kedua, penyiasataan mungkin mendedahkan banyak kepincangan dan perkara buruk yang boleh membawa kacau bilau politik kepada golongan berkuasa. Ketiga, perincian-perincian skandal ini mungkin terlalu mengerikan kepada umum dan boleh menyebabkan malu besar kepada golongan berkuasa, sekiranya didedahkan. Keempat, wujud unsur-unsur jenayah di dalam skandal berkenaan yang boleh menyebabkan orang bertanggungjawab masuk penjara bukan masuk kabinet seperti yang berlaku sekarang.

YB Lim Kit Siang telah mencadangan di Parlimen supaya Suruhanjaya Penyiasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal kerugian pertukaran asing ini tetapi cadangan tidak langsung diendahkan.

Di Mongolia, dua orang bekas Gabenor dan tiga orang kakitangan bank pusat negara itu telah didakwa dimahkamah atas tuduhan kecuaian dan melebihi kuasa sehingga menyebabkan kerugian USD90 juta di pasaran pertukaran asing. TSJH dan NMY telah melakukan kesalahan yang lebih besar dan menyebabkan kerugian gergasi, maka sudah sewajarnya mereka di bawa ke muka pengadilan. Mereka mestilah disiasat. Jenayah yang terlibat termasuklah kecuaian, menyalahgunakan kuasa, memalsukan akaun, memesongkan maklumat, pecah amanah, konspirasi dan rasuah.

Aktiviti spekulasi yang dibuat sebenarnya berlawan dengan prinsip-prinsip utama bank pusat. Bank pusat sepatutnya membanteras spekulasi. Manakan boleh BNM melibatkan diri di dalam kegiatan spekulasi di pasaran matawang asing secara besar-besaran?

Kerugian wang rakyat terlalu besar untuk dilupakan begitu sahaja. Tetapi kerana media dipegang sepenuhnya kerajaan, isu ini tenggelam begitu sahaja.

Apabila krisis matawang 1997 berlaku, Dr Mahathir sebenarnya malu alah dengan George Soros kerana beliau tahu BNM juga pernah terlibat dengan aktiviti spekulasi matawang. Apa yang dia lakukan adalah menyalahkan Anwar Ibrahim bagi menutup kesalahan besar yang dia lakukan.

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Kisah Sedih Asal Usul Nama Teddy Bear

Asal-Usul Nama Teddy Bear


Siapa ada Teddy Bear? Golongan gegurl ni mesti ramai yang ada bebear kan. Yang beboy ada tak? Kalau ada, mai sini nak boh penampaq sedaih. Biasa nih! Wat malu kaum ja. Haha.. Tapi, pernah tak terfikir, macam mana menatang patung beruang tu boleh lekat nama Teddy Bear? Kenapa bukan Mickey Bear, Donald Bear ataupun Abe?

Ceritanya begini..

Pada bulan November 1902, gabenor Mississippi telah mengajak Presiden Amerika Syarikat, Theodore Roosevelt pergi berburu di Mississippi. Ramai jugak yang join. Dan pada masa tu ramai pemburu lain dah dapat tangkap dan bunuh binatang tu. Kemudian, pasukan Presiden tu pula dapat tangkap seekor beruang hitam. Lepas puas bertinju bertomoi dengan beruang tu sampai beruang tu dah lembik, diorang ikat beruang tu kat sebatang pokok. Lalu diorang panggil Presiden untuk tembak sendiri beruang tu sampai mati. Kiranya macam bagi penghormatan kat dia la sebagai seorang Presiden. Kalau tak, malu la dia sorang ja tak dapat tembak mangsa buruan. Dahla dia dulu hero masa perang kat Cuba dulu.


Tapi, Presiden tu menolak dan mengangggap itu tak profesional dan tiada semangat kesukanan (keburuan). Lalu, dia mengarahkan diorang menembak sendiri beruang tu sebab taknak beruang yang dah lembik kena belasah tadi tersiksa. Peristiwa tersebut menjadi topik hangat di seluruh Amerika. Dan dijadikan kartun politik dalam paper The Washington Post. Ala.. Macam kartun dalam Utusan Meloya tu. Dalam kartun tu, beruang tersebut yang realitinya adalah seekor haiwan yang besar dan nampak ganas dilukis kecil dan nampak comel.

Seorang pemilik kedai mainan, Morris Michtom telah tertarik dengan kartun tersebut dan memberi inspirasi kepadanya untuk mencipta mainan baru. Dia pun menghasilkan mainan seekor beruang kecil dan menghantarnya kepada Presiden Theodore Roosevelt untuk meminta kebenaran menamakan patung beruang tu dengan nama samarannya, Teddy. Maka, lekatlah nama Teddy Bear dan popular hingga sekarang.​

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>