Siri serangan ghazwah bertujuan merampas kembali hartabenda kaum muhajirin yang dirampas di Makkah untuk dijual orang Quraisy serta merupakan satu tindakan serangan ekonomi bagi melumpuhkan ekonomi Makkah yang banyak bergantung kepada perdagangan luar.
Ghazwah juga melatih ramai para sahabat dari Muhajirin dan Ansar untuk menajamkan kemahiran berperang mereka, dari segi konsep "ambush" (serangan mengejut). Menyertai ghazwah membawa maksud yang mudah bagi para sahabat yang menyertainya, hidup atau mati. Kerana ini bukan latihan, tapi melibatkan pertempuran bersenjata walaupun dalam skala kecil. Acapkali jumlah tentera Islam yang menyertai ghazwah dalam jumlah sangat minima menyerang kafilah dagang Quraisy yang jumlah pengawal jauh lebih lengkap bersenjata.
Ramai tidak menyedari bahawa Perang Badar itu juga adalah kemuncak kempen ghazwah dimana Rasulullah memimpin satu ketumbukan 313 tentera Islam untuk menyerang dan merampas kafilah dagang yang diketuai Abu Sufyan yang baru pulang dari Ash-Sham. Abu Sufyan mendapat tahu terlebih awal akan pergerakan tentera Islam segera melencong dari laluan asal dan melalui laluan alternatif ke Makkah. Bani Quraisy yang mendapat tahu maklumat berkenaan segera menghantar 1000 anggota tentera Quraisy bagi memintas tentera Islam dan untuk menyelamatkan kafilah dagang Abu Sufyan. Apabila kedua pasukan ini bertembung di Badr, maka berlakulah perang Badar yang menyaksikan kemenangan tentera Islam.