Pada tahun 852, seorang pemuda bernama Armen Firman terbang dari menara di Cordova menggunakan jubah lebar seperti sayap untuk melambatkan kelajuannya (penemuan payung terjun). Dia terselamat dengan kecederaan ringan, dan Ibn Firnas hadir dan menyaksikannya. .
Pada tahun 875, pada usia 66 tahun Ibn Firnas mencipta pelayangnya sendiri, dan melayang turun dari menara.penerbangan itu agak berjaya, dan disaksikan ramai orang ketika itu. Bagaimanapun, pendaratannya gagal. Belakangnya tercedera, dan pengkritik menyatakan bahawa dia tidak mengambil kira cara burung mengepak ketika terjunam, dan mendarat pada ekornya. Dia tidak menyediakan ekor, ataupun cara pergerakan serupa itu.
Antara sumbangan yang lain Ibn Firnas mencipta planetarium mekanikal dengan planet-planet yang berputar,membuat simulasi guruh dan kilat. jadual astronomi,mereka jam air yang dikenali sebagai Al-Maqata.Dia juga mencipta kaedah menghasilkan kaca dari pasir. Dia menghasilkan rantaian cincin yang boleh digunakan bagi menunjukkan pergerakan planet dan bintang.juga memajukan proses bagi memotong kristal batu. Ibn Firnas meninggal dunia pada tahun 888 Masihi pada usia 77 tahun negara Libya mengeluarkan setem sebagai menperingatinya.