5000 tahun lalu, kaum Minoan, tamadun agung Eropah yang pertama, bermula di kepulauan Crete. Penduduknya yang sofistikated, dinamakan sempena lagenda Raja Minos, merupakan kaum Eropah purba yang pertama menggunakan bahasa penulisan dikenali Linear A, dan kaum purba yang pertama membina jalan batuan. Kaum ini adalah masyarakat yang mempunyai kepakaran artisan serta kesenian yang tinggi dan memiliki kepakaran kejuruteraan awam yang cekap. Kaum Minoan adalah bangsa pelaut & pembina kapal laut yang terbaik, & empayar maritim yang tersangat luas di Mediterrean bersaing dengan empayar Mesir Kuno.
Kaum yang agak misteri, menyembah rahib wanita kultus ular dan mengamalkan ritual korban manusia yang amalannya berasal dari Iran purba (bukan amalan Eropah purba ketika itu), mungkin menjelaskan mengapa budaya kaum Minoan agak berbeza dengan tamadun Yunani Mycenea yang muncul selepas mereka. Amalan & ritual yang berbeza ini melahirkan kisah mitos Yunani mengenai makhluk separuh manusia separuh lembu yang memakan daging manusia di terowong labyrinth yang berselirat. Namun begitu, di tengah2 puncak kegemilangan peradaban & kekuasaan Empayar Minoan ini, masyarakat & tamadun Minoan lenyap dalam lipatan sejarah. Lenyapnya tamadun ini telah membingungkan sejarawan buat bergenerasi lamanya – sehingga sekarang.